In the line of disaster: preparedness and effective response of academic libraries in Malaysia

  Authors Mohd Ismail Abidin, K Kiran, Samsul Farid Samsuddin Publication date 2024/8/9 Journal Library Management Publisher Emerald Publish...

Tuesday, February 25, 2014

Pengundian Secara Elektronik (E-Voting): Realitili dan Praktikal dalam Pilihanraya Kampus

Oleh :
Ismadi bin Md Badarudin (Dr.)
 (Fakulti Komputer Sains dan Matematik, UiTM Melaka)

Mohd Ismail bin Abidin
(Pusat Sumber, UiTM Bandaraya Melaka)

Abstrak
Penulisan akademik ini adalah bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan sistem pilihanraya berkomputer (e-Voting) dan persepsi pengundi di Universiti Teknologi MARA. Perbincangan melibatkan strategi-strategi bagi meningkatan persepsi dan penerimaan pengundi kampus dan ianya bermula dengan pembangunan sistem sehinggalah pelaksanaan sistem e-Voting berdasarkan penglibatan serta pengalaman penulis dalam mengendalikan sistem e-Voting. Hasil kajian bagi persepsi pengundi untuk pilihanraya kampus 2013 juga dilaporkan dalam penulisan ini. Hasil kajian pengundian kampus 2013 telah dibandingkan dengan hasil kajian pengundian kampus 2009 bagi melihat tahap penerimaan terhadap sistem e-Voting. Penulis dapat merumuskan bahawa usaha berterusan yang dijalankan bagi menyampaikan informasi terhadap kebolehpercayaan, keselamatan dan ketelusan akan meningkatan persepsi positif terhadap sistem e-Voting.

Keyword: sistem e-Voting, piliharaya kampus, kebolehpercayaan, keselamatan, ketelusan



1.0 Pengenalan
Dalam proses demokrasi, keadilan dan pemilihan secara ekslusif adalah penting. Pelaksanaan pilihanraya secara kertas undi adalah proses yang biasa dalam proses penentuan pemimpin. Namun penambahbaikan dari masa ke semasa perlu bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Walaubagainapun isu kos, masa dan tenaga manusia sering menjadi kekangan dan halangan. Dalam era Teknologi Maklumat dan keghairahan generasi-Y dalam menggunakan kemudahan teknologi yang ada, ianya memungkinkan kaedah pelihanraya secara kertas undi ditukar kepada pilihanraya secara elektronik (e-Voting). Sistem e-Voting menggantikan kertas undi di mana undi dilakukan menerusi komputer dan data pengundian disimpan di dalam komputer untuk mengeluarkan keputusan dan proses penganalisaan.
Banyak kajian yang telah dijalankan bagi melihat kaedah pelaksanaan, keberkesaan dan penerimaan terhadap sistem e-Voting. Antara kajian yang telah dijalankan berkisar dengan isu ini adalah seperti The relationship between the national culture and the implementation of the e-Voting system” oleh Basirat, P. (2012), “Thinking outside of the ballot box: Examining public trust in E-Voting technolog” oleh Lippert, S. K., & Ojumu, E. B. (2008), “Building secure elections: E-Voting, security, and systems theory” oleh Moynihan, D. P. (2004), dan banyak lagi (Peng, K., 2011, Pieters, W., & Robert, v. H., 2007, Prandini, M., & Ramilli, M., 2012 dan Schaupp, L. C., & Carter, L., 2005).

2.0 Pelaksanaan Sistem e-Voting di UiTM
Pelaksanaan pengundiaan secara elektronik di universiti telah bermula sejak 2006 apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (telah bertukar nama kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)) mencadangkan proses pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) patut dilaksanakan secara eletronik jika ia boleh berjalan dengan lebih efisen, efektif dan sistematik. Di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terawal melaksanakan e-Voting iaitu pada tahun 2006 di beberapa kampus terpilih dan pada 2007 ia dilaksanakan diseluruh kampus UiTM negeri. Statitistik terkini Pilihan Raya Kampus UiTM Bandaraya Melaka (dikenali sebagai JPP 2013/2014) yang dijalankan pada  27 November 2013 di UiTM KBM telah mencapai 95.41% pelajar yang turun mengundi (3574 pelajar dari 3868 jumlah pelajar yang layak mengundi). Selain daripada UiTM beberapa IPTA seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaya dan terbaru, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menggunakan sistem pengundian pilahannraya kampus secara elektronik atau dikenali sebagai e-Kira pada pilihanraya kampusnya pada Oktober 2013. Menurut wakil pengurusan USM,  sistem elektronik ini mampu menjimatkan masa pengiraan undi dengan hanya mengambil masa kira-kira tiga jam selepas tamat tempoh mengundi selain ianya dijamin telus dan ketepatan proses pengiraan undi adalah tinggi (Berita Harian, 23 Oktober  2013).
Pembangunan sistem pengundian secara electronik ini bermula dengan penelitian terhadap pilihanraya kampus yang dibuat secara manual. Penelitian tersebut merangkumi prosedur pilihanraya, proses dan prosedur pembuangan serta pengiraan undi. Beberapa dapatan dari kajian-kajian gelagat (behavioural study) yang membabitkan adaptasi teknologi dan faktor ‘penolakan pengguna terhadap perubahan’ (user resistence to change) juga diambilkira dalam deraf pembentukan awal sistem e-Voting (Basirat, P. (2012), Lippert, S. K., & Ojumu, E. B. (2008), Schaupp, & L. C., & Carter, L. (2005)). Tidak dinafikan faktor-faktor skeptisme terhadap pelaksanaan sistem e-Voting menyebabkan kajian mendalam terhadap prosedur pelaksanaan e-Voting memainkan peranan penting bagi menangani isu-isu kebolehpercayaan (reliability), consistency, confidentially, keselamatan data (data security) dan transperan (integrity) (Lippert, S. K., & Ojumu, E. B. (2008), Schaupp, L. C., & Carter, L. (2005), & Oravec, J. A. (2005)).


2.1  Strategi Pelaksanaan
Cabaran utama dalam sistem e-Voting adalah ianya dijalankan secara ‘real time’ dari bermulanya proses pembuangan undi hingga tamat di mana memastikan sistem beroperasi berterusan tanpa masalah teknikal dan elektrik adalah isu yang perlu diambil kira bagi meningkatkan kebolehpercayaan. Pelaksanaan sistem e-Voting perlu meminimalkan kesan ‘penolakan pengguna’ (user resistence to change). Tiga elemen yang ditekankan adalah:
i) Tahap kerahsiaan – walaupun rekod undi disimpan dalam pangkalan data sistem, audit trail hanya boleh dilakukan hingga ketahap pas keselamatan (security ID) unik yang diberikan dan diketahui oleh pengundi sahaja. Ini bagi menjamin kerahsiaan undi yang diberikan para pengundi.
ii) Tahap keselamatan undi – Keselamatan data undi yang disimpan dalam pangkalan data tidak boleh diubah oleh pengendali sistem serta pengundi. Ciri keselamatan ini telah diprogramkan dalam sistem e-Voting.
iii)Tahap keselamatan sistem – beberapa prosedur dalam pengendalian dan perlaksanaan sistem dibuat berdasarkan konsep pengasingan skop tugas setiap individu yang terlibat. Pengendali sistem tidak diberi akses kepada kod program. Manakala pengaturcara tidak diberi akses kepada data hidup undi (live data). Pengguna pula tidak diberi akses untuk menutup (shut down) sistem. Ketua pusat pembuangan undi hanya diberi akses untuk memulakan dan menutup sistem e-Voting. Secara asasnya, pelaksanan e-Voting boleh dilaksanakan dipersekitaran Mantropolitan Area Network (MAN) atau ’extranet’, walaubagaimanapun pelaksanaan secara persekitaran Local Area Network (LAN) atau ’Intranet’ lebih baik bagi memastikan isu-isu persepsi terhadap ketelusan, manipulasi data dan lain-lain dapat dihindarkan. Gambarajah 1. menunjukan pelaksanaan sistem e-Voting dilakukan dalam persekitaran LAN.



  

Gambarajah 1: Pelaksanaan sistem e-Voting dilakukan dalam persekitaran LAN.

Pelaksanaan sistem e-Voting mengambilkira aspek penjimatan masa, meminumkan penglibatan staf, pengurangan kos dan meningkatkan kecekapan. Empat strategi yang dilakukan adalah:
(i) Mengurangkan masa pengundi dalam dalam proses  penggudian. Pengundi hanya perlu hadir membawa kad pelajar / bahan bukti dan pemilihan calon boleh dilakukan di komputer dalam masa yang singkat. Secara purata proses pembuangan undi bermula dengan memasukan number matrik dan number id serta proses pemilihan hanya kurang dari 20 saat.
(ii) Penglibatan staff yang minima. Staf yang terlibat hanyalah bertugas dalam  memastikan perjalanan penggundian berjalan lancar dan segala proses pengiraan dan laporan diproses secara automatik oleh sistem. Staf yang terlibat dalam proses ini dapat dikurangkan sehingga 50% terutama dalam proses pengiraan undi dan mengeluarkan laporan.
(iii) Kos yang minima. Penggunaan kertas undi tidak perlu dan ianya dapat menggurangkan kos secara signifikan.
(iv) Menigkatkan kecekapan. Sistem dapat menghasilkan keputusan dan laporan secara automatik dengan tepat dan cepat.

Disamping itu, paparan pengguna (user interface) sistem e-Voting ini juga direka dengan ringkas dan menyerupai kertas undi yang biasa digunakan untuk masa pembuangan undi dilakukan seminima mungkin (rujuk gambarajah 2).


Gambarajah 2: Proses pembuangan undi menyerupai kertas undi

3.0 Metodologi Kajian
Bagi melihat kepada keberkesanan sistem e-Voting ini dilaksanakan dan pandangan pelajar UiTM terhadap pilihanraya JPP 2013 /2014, satu kajian terhadap persepsi penggunaan sistem e-Voting telah dijalankan. Hasil terhadap kajian ini dilaporkan dalam penulisan ini. Kajian ini merupakan pilot study bagi melihat kepada penggunaan sistem e-Voting bagi pilihanraya kampus  dikalangan pelajar serta meninjau persepsi pelajar terhadap aplikasi sistem e-Voting dan penggunaannya dikalangan mereka. Respondent bagi kajian ini meliputi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka. Rasional pemilihan pelajar-pelajar ini adalah kerana mereka merupakan generasi muda yang menjadi penentu kepada penggunaan sistem e-Voting untuk pilhanraya memilih kerajaan dimasa hadapan. Instrument pengumpulan data merupakan soalselidik yang mengandungi 9 soalan (opend-ended questionnaire). Penyelidik telah menyenaraikan faktor-faktor dan persepsi penggunaan aplikasi e-Voting ini setelah merujuk kepada literatur. Sebanyak 261 respondent telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah convenient sampling technique. Data yang dikumpulkan melalui jawapan yang diterima, dikumpulkan dan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 20.0 bagi mengolah statistik deskrptif dan penghuraian pembolehubah melibatkan peratus dan kekerapan.

4.0 Hasil Kajian
4.1 Latar belakang responden
Soal selidik kajian ini diedarkan secara terus (convenience sampling) kepada para pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA kampus Bandaraya Melaka. Daripada maklum balas yang diterima, majoriti responden adalah pelajar perempuan (83.9%), manakala hanya 16.1% mewakili pelajar lelaki.
4.2 Kesedaran Kewujudan Sistem e-Voting dikalangan pelajar
Kesedaran kewujudan sistem e-Voting dikalangan pelajar didapati sangat tinggi dimana  majoriti responden sedar dan tahu akan maksud sistem e-Voting (75%) . Melalui jadual 1 di bawah, 39% responden perempuan dan 8 % respondent lelaki menyatakan mereka tahu dan sedar tentang sistem e-Voting ini.
Jadual 1: Definisi e-Voting

Frequency
Percent %
Sedar akan maksud sistem e-Voting
Ya
197
75.5
Tidak
64
24.5
Lelaki (Ya)
28
8
Perempuan (Ya)
169
39

Seterusnya responden telah ditanya berkaitan dengan bagaimana mereka sedar/tahu tentang kewujudan sistem e-Voting bagi ini (rujuk jadual 2). Responden diberi peluang untuk memilih lebih daripada satu jawapan samaada mereka tahu/sedar akan kewujudan sistem ini melalui rakan mereka, pensyarah, laman web universiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, banner/poster, fakulti dan lain-lain.  Berdasarkan maklum balas yang diterima, 3 sumber utama kesedaran (rujuk jadual 2) dikalangan pelajar mengenai kewujudan sistem ini adalah (i) melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik (100%), (ii) melalui portal/laman web Universiti (49.4%) dan (iii )melalui pensyarah mereka (38.3%). Seterusnya, 17.2% responden mengetahui maklumat tentang sistem ini melalui Fakulti, dan 15.7% melalui rakan mereka. Ini menunjukkan usaha dan komitmen yang dilakukan oleh Bahagian HEA, pensyarah dan fakulti responden sangat mempengaruhi dalam proses penyebaran informasi khususnya mewujudkan kesedaran kewujudan penggunaan sistem e-Voting ini. Agak memeranjatkan walaupun pihak Hal Ehwal Pelajar yang bertungkus lumus dalam menguruskan proses pilihanraya e-Voting ini, hanya 2.7% responden yang mengetahui makluman sistem e-Voting ini melalui bahagian ini serta 1.1% melalui banner/poster yang ditampal.
Jadual 2: Sumber kesedaran kesedaran penggunaan sistem e-Voting bagi pilihanraya kampus

Frequency
Percent %
Sumber kesedaran kewujudan sistem e-Voting
Laman Web Universiti
129
49.4
Banner/Poster
3
1.1
HEP
7
2.7
HEA
261
100
Fakulti
45
17.2
Pensyarah
100
38.3
Rakan
41
15.7
Lain-lain
7
2.7

4.3 Persepsi pelajar dalam menggunakan sistem e-Voting yang disediakan oleh pihak Universiti
Sebelum melihat sejauhmana persepsi pengguna terhadap sistem e-Voting yang dibangunkan oleh pihak Universiti, responden ditanya terlebih dahulu adakah mereka pernah menggunakan sistem ini dan berapa kalikah mereka membuang undi secara e-Voting ini dalam pilihanraya kampus. Melalui maklumbalas yang diterima, 81.2 % responden pernah membuang undi dengan menggunakan sistem e-Voting yang disediakan oleh pihak Universiti. Daripada jumlah tersebut, 81.2% mempunyai satu kali pengalaman membuang undi, 10.7% mempunyai 2 kali pengamalan dan kira-kira 5.4 % responden yang telah menggunakan sistem ini sebanyak 3 kali dan keatas sepanjang tempoh pengajian mereka.  (rujuk jadual 3).
Jadual 3: Berapa Kali menggunakan e-Voting

Frequency
Percent (%)


1 Kali
212
81.2

2 Kali
28
10.7

3 Kali dan keatas
14
5.4

99
7
2.7

Total
261
100.0

Dalam melihat kepada persepsi pelajar terhadap sistem e-Voting ini, responden ditanya dengan 7 soalan dimana respondent perlu menyatakan penilaian mereka terhadap sistem ini sama ada sangat setuju (5) atau sangat tidak setuju (1) (rujuk jadual 4). Pernyataan yang mewakili angka 3 bermaksud responden tidak pasti terhadap soalan yang diberikan. Melalui maklumbalas yang diterima, majoriti respondent bersetuju bahawa sistem ini sangat berguna, senang digunakan, menarik untuk digunakan, dijamin selamat, melindungi privasi mereka, boleh dipercayai dan berasa keselamatan yang ada pada sistem ini mempengaruhi mereka untuk membuang undi dengan cara sistem e-Voting ini. Data menunjukkan 45.6% bersetuju dan 34.5% sangat bersetuju bahawa sistem ini sangat berguna bagi mereka dalam membuang undi bagi pilihanraya kampus. Hanya 2.7% - 5.4 % sahaja responden yang menyatakan mereka sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju bagi ketujuh-tujuh pernyataan yang ditanya.
Jadual 4: Persepsi pelajar terhadap sistem e-Voting

Sangat Tidak Setuju
(1) %
Tidak Setuju (2) %
Tidak Pasti (3)
%
Setuju (4)
%
Sangat Setuju
(5) %
Sistem ini sangat berguna
2.7
0
14.2
45.6
34.5
Sistem ini senang digunakan
2.7
0
13.8
58.6
21.8
Sistem ini menarik untuk digunakan
0
5.4
19.2
48.3
24.1
Sistem ini dijamin selamat
2.7
5.4
20.7
41.8
26.4
Sistem ini melindungi privasi anda
2.7
0
29.9
38.3
26.1
Sistem ini boleh dipercayai
3.1
2.7
29.1
33.7
28.4
Saya rasa  keselamatan sistem ini  mempengaruhi kecenderungan saya untuk menggunakannya
3.1
2.7
19.9
41.8
29.5

5.0 Perbincangan dan Penutup
Secara umumya, rata-rata pelajar pernah menggunakan sistem e-Voting ini dan merasakan sistem ini sangat berguna, selamat dan mempunyai tahap sekuriti yang boleh dipercai. Namun ada juga respondent merasakan sistem ini perlu diberi penambahbaikan agar kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengundi terjamin selamat.
Strategi pihak pengurusan secara berterusan dalam perbincangan mencari inisiatif baru dan menggandakan usaha bagi menghasilkan medium penyampaian informasi dan perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif dalam kebolehpercayaan, keselamatan dan ketelusan sistem e-Voting adalah usaha yang amat baik bagi meningkatkan persepsi positif terhadap pelaksanaan e-Voting. Ini kerana, hasil kajian yang dilaporkan di atas, menunjukan peningkatan yang positif terhadap semua item dalam penggunaan sistem e-Voting berbanding kajian yang telah dilaksanakan oleh penulis pada 2009 seperti dipaparkan dalam jadual 5.
Jadual 5: Perbandingan Persepsi Pengguna terhadap Sistem e-Voting bagi Kajian 2009 dan 2013
Item
2009
(%)
2013
(%)
Julat peningkatan persepsi pengguna bagi 2013
(%)
Sistem ini sangat berguna
78
94.3
16.3
Sistem ini senang digunakan
81
94.2
13.2
Sistem ini menarik untuk digunakan
74
91.6
17.6
Sistem ini dijamin selamat
74
88.9
14.9
Sistem ini melindungi privasi anda
74
94.3
20.3
Sistem ini boleh dipercayai
76
91.2
15.2
Saya rasa  keselamatan sistem ini  mempengaruhi kecenderungan saya untuk menggunakannya
71
91.2
20.2

Penulis merumuskan kejayaan dalam melaksanakan pilihanraya berkomputer bukan sekadar terletak kepada sistem e-Voting tetapi juga disokong dengan prosedur pelaksanaan dan kumpulan pelaksana yang merupakan aspek utama perbincangan dalam penulisan ini seperti dipaparkan dalam gambarajah 3.

Gambarajah 3: Pelaksanaan e-Voting disokong oleh prosedur dan kumpulan pelaksana

Penggunaan sistem e-Voting ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja diperingkat pilihanraya kampus malah boleh digunakan semasa pilihanraya pertubuhan mahupun pilihanraya umum sesebuah Negara. Pihak pelaksana perlu mewujudkan komunikasi dua hala dengan pengguna/pengundi agar melalui maklumbalas yang diterima pihak pelaksana boleh mencari jalan penambahbaikan yang berterusan seterusnya memastikan mencapai piawaian prestasi cemerlang di masa hadapan.

Rujukan Bibliografi

(2013). Laporan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP 2013/2014). Universiti
Teknologi Bandaraya Melaka.

(22 Oktober 2013). Pilihan raya USM guna sistem e-kira. Berita Harian, 22 Oktober 2013,
ms 17.
Basirat, P. (2012). The relationship between the national culture and the implementation of the e-Voting system. International Journal of Innovation, Management and Technology, 3(6), 811.

Lippert, S. K., & Ojumu, E. B. (2008). Thinking outside of the ballot box : examining public trust in E-Voting technology. Journal of Organizational and End User Computing, 20(3), 57-80.

Schaupp, L. C., & Carter, L. (2005). E-Voting: From apathy to adoption. Journal of Enterprise Information Management, 18(5), 586-601.

Moynihan, D. P. (2004). Building secure elections : E-Voting, security, and systems theory. Public Administration Review,64(5), 515-528.

Oravec, J. A. (2005). Preventing E-Voting hazards : the role of information professionals. Journal of Organizational and End User Computing, 17(4), 4-I,II,III,IV.

Pieters, W., & Robert, v. H. (2007). Temptations of turnout and modernisation. Journal of Information, Communication & Ethics in Society, 5(4), 276-292. doi:http://dx.doi.org/10.1108/14779960710846146

Peng, K. (2011). A general and efficient countermeasure to relation attacks in mix-based e-Voting. International Journal of Information Security, 10(1), 49-60. doi:http://dx.doi.org/10.1007/s10207-010-0122-1

Prandini, M., & Ramilli, M. (2012). A model for E-Voting systems evaluation based on international standards: definition and experimental Validation1. E - Service Journal, 8(3), 42-72,9


Maklumat Penulis :
Nama penuh                        : Dr. Ismadi Bin Md Badarudin
Bahagian / fakulti                  : Fakulti Komputer Sains dan Matematik, UiTM Melaka
Alamat e-mel                        : ismadi73@melaka.uitm.edu.my
Jawatan                                : Penolong Rektor, UiTM Bandaraya Melaka
Maklumat pendidikan           : Doktor Falsafah Artificial Intelligence, Universiti Putra Malaysia      


Nama penuh                        : Mohd Ismail Bin Abidin
Bahagian / fakulti                 : Pusat Sumber, UiTM Bandaraya Melaka
Alamat e-mel                       : mohdismail@bdrmelaka.uitm.edu.my
Jawatan                               : Pustakawan
Maklumat pendidikan           : Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat, Universiti Malaya        





No comments:

Post a Comment