Library, Librarianship, Information Professional, Researcher, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA
HARI KEEMPAT CSR Kemboja 5-8 Jun 2025 (PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KHIDMAT MASYARAKAT: KORBAN DAN WAKAF TELAGA DI KEMBOJA SIRI IV )
Hari Keempat | 8 Jun 2025 Hari terakhir di bumi Kemboja… dan macam biasa, kami terbangun lewat lagi. Badan pun memang dah terlalu penat. H...

Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts
Tuesday, December 31, 2013
Monday, September 23, 2013
MINI PAMERAN & KUIZ ANJURAN PUSAT SUMBER UiTM KBM
Syukur Alhamdullilah Mini Pameran bertemakan Explorasi Ilmu, Transformasi Minda dan Kuiz yang dijalankan pada 25-26 September 2013 bersempena dengan kempen Derma Darah dapat dijalankan dengan jayanya. Pihak Pusat Sumber UiTM KBM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dah tahniah buat buat pelajar praktikal ( Nur Farah Wahidah, Shahirah dan Nawal Qistina) yang membantu dalam menjayakan pameran dan kuiz ini. Sambutan dan penyertaan dari pelajar-pelajar amat memberansangkan. Pelajar yang yang mendaftar bagi menyertai kuiz ini diberi satu soalan dan disertakan nombor hadiah bertuah. Soalan yang diberi adalah soalan pengetahuan umum dan ada juga soalan berkaitan PSKBM. Kesemua pelajar diberi peluang menjawab/mencari jawapan yang betul seterusnya akan diberikan hadiah yang disediakan oleh PSKBM. Program sebegini dapat membantu mengeratkan kemesraan antara staf-staf PSKBM dan pengguna. Maklum balas atau komen yang diberikan oleh pengunjung dan peserta quiz adalah sangat positif dan menggalakkan. Dikesempatan ini, PSKBM ingin mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih atas sambutan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Insyallah kita bertemu di lain masa.
Dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang program mini pameran, kuiz dan kempen derma darah..- Farah
Sunday, June 23, 2013
Tuesday, December 6, 2011
Dato' Naib Canselor menghadap Tuanku Canselor
KUALA LUMPUR 5 Disember 2011- Naib Canselor, Dato' Prof. Ir. Dr. Dr. –Ing. E.h. Sahol Hamid bin Abu Bakar hari ini menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bagi mengucapkan junjungan kasih atas perkhidmatan Baginda selama lima tahun sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis berlangsung di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, jam 12.00 tengahari.
Dalam majlis tersebut Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan cenderakenangan daripada pihak UiTM yang berupa sebuah buku bertajuk 'Menjunjung Kasih Tuanku Canselor: Koleksi Kenangan 5 Tahun Bersama UiTM (2007 – 2011): Budi disemai semerbak wangi, Tuanku junjungan mengharum universiti' terbitan Jabatan Komunikasi Korporat dan dua buah lukisan potret Baginda dan juga Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang dihasilkan oleh En. Suhaimi Tohid, pensyarah Fakulti Senilukis dan Senireka. Dato' Naib Canselor telah menyembah ucapan menjunjung kasih atas komitmen Baginda yang amat tinggi sebagai Canselor UiTM. Baginda juga telah banyak memberi ilham dan idea untuk perkembangan universiti ini.
Tuanku Mizan Zainal Abidin akan tamat tempoh perkhidmatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 pada 12 Disember ini. Baginda mengucapkan terima kasih kepada pihak UiTM serta warganya, yang telah memberi layanan yang amat baik setiap kali berangkat ke majlis-majlis universiti. Baginda mendoakan agar hasrat UiTM menghasilkan pemenang Hadiah Nobel Malaysia pertama akan menjadi kenyataan, dan UiTM akan terus cemerlang melahirkan lebih ramai para graduan yang bertaraf dunia.
Berita dalaman UiTM ini dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM pada 5/12/2011.
Lawatan Benchmarking ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor
Lawatan Penandarasan Perpustakaan UiTM Kampus Melaka ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 November 2011. Hampir kesemua Pustakawan dan kakitangan Perpustakaan UiTM Melaka telah mengikuti rombongan penandarasan ini.
Monday, November 14, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Website (Blog) Training
On July 18, 2011, the library provides Website (Blog) Trainning for all library and information resources center staff . The place is located at the Information Technology Unit, Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah, Malacca starts at 9.00 am to 5.00 pm. This course was delivered by Mr Mohd Hatta Bin Mohd Yatim, Assistant Cultural Officer.
Subscribe to:
Posts (Atom)