Library, Librarianship, Information Professional, Researcher, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA
HARI KEEMPAT CSR Kemboja 5-8 Jun 2025 (PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KHIDMAT MASYARAKAT: KORBAN DAN WAKAF TELAGA DI KEMBOJA SIRI IV )
Hari Keempat | 8 Jun 2025 Hari terakhir di bumi Kemboja… dan macam biasa, kami terbangun lewat lagi. Badan pun memang dah terlalu penat. H...

Showing posts with label About Us. Show all posts
Showing posts with label About Us. Show all posts
Sunday, June 23, 2013
Monday, November 7, 2011
Mohd Ismail (Librarian): Biodata Ringkas-Penulis
Ayahku bernama Abidin Bin Mukhtar dan Ibuku ini bernama Alimah Bte Osman.
![]() |
Baba dan Mak |
Setelah mengharungi detik suka dan duka, gembira dan sedih, akhirnya pasangan ini melahirkan zuriat yang sungguh comel dan montel pada tanggal 18 April 1982...dan dinamakan Mohd Ismail Bin Abidin...iaitu aku. Semasa bayi, aku seringkali menangis, meragam dan merengek-rengek tak tentu pasal. Disebabkan keadaan tersebut maka nenek aku (sebelah bapa aku), namanya Endon bin Abdullah, Cina muslim, meletakkan nama timangan ku sebagai Alan...Sekarang ini semua saudara terdekat aku mengenali aku dengan nama Lan..Mungkin bagi nenek aku senang untuk menyebutnya kerana ia berbangsa cina.. Mak aku bercerita, bila aku mula meragam, nenek Endon selalu memangil aku dengan nama Alan...Alan...bulak(budak) baik..senyap la..Jangan nangis-nangis..Ha..ha.. aku sangat geli hati bila mendengar cerita dari mak aku. Dan sampai sekarang aku mengingati kisah tersebut walaupun aku tidak ingat tentang percakapan nenek aku. Aku sangat rindu padanya bila mengingati cerita tersebut kerana nenek aku meninggal dunia semasa aku berusia 2 tahun. Al-Fatiha untuk beliau. Aku mamanggil ibu ku dengan panggilan mak manakala bapa ku aku memanggilnya Baba. Semasa aku berumur hampir 2 tahun...aku menerima kehadiran anggota keluarga baru iaitu pada 31 July 1983, iaitu adik lelaki aku, dan dinamakan Mohd Isham Abidin. Isham ini lebih putih berbanding aku yang agak sedikit gelap. Kebiasaanya setiap bayi tidak berapa suka kepada kehadiran orang baru kerana baginya kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa akan berkurangan dan lebih tertumpu kepada orang baru. Begitu juga dengan aku. Mak dan Baba aku pernah bercerita semasa aku kecil aku sentiasa bergaduh dengan adik aku, Isham. Ibarat seperti anjing dan kucing. Dan ada juga peristiwa yang aku masih ingat sekarang iaitu masa aku berebut nak main mainan, aku tumbuk dan cakar adik aku sampai berdarah dan kemudian bapa aku marah. Bila di ingat semula peristiwa tersebut aku menjadi malu dan sedih. Namun apakan daya, ianya perbuatan semasa kanak-kanak, tidak boleh nak fikirkan baik buruk dan salah betul sesuatu perkara. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1987, mak aku melahirkan seoarang lagi cahaya mata, seorang puteri dan di namai Nurul Ilyana Binti Abidin. Kami sangat gembira dengan kehadiran Nurul. Dan diri aku juga berubah. Aku menjadi lebih penyayang dan bertanggung jawab. Aku tidak lagi selalu bergaduh dengan Isham. Kadang-kadang itu adalah..Al-maklumlah kadangkala ianya faktor gender. Kemudian pada tahun 1990, mak dan bapa aku dikurniakan dengan cahaya mata keempat, lelaki dan dinamai dengan nama Mohd Rahmat Abidin. Pada tahun 1995, mak dan bapa aku dikurniakan dengan cahaya mata kelima (buat masa ini bongsu lah...tak tahu lah kalo-kalo ada lagi..ha..ha..ha..) dan dinamai Nurul Asyikin Umairah Binti Abdin.
![]() |
Keluarga ku |
Berbalik pada kisah aku semula, ketika aku berumur 6 tahun, aku memulakan pra-sekolah ku di Tadika Kemas Limbongan. Semasa di tadika, aku sangat gembira kerana dapat banyak kawan baru seperti, Shahrel, Hamidah, Shamirwan, Hafiz, Lizawati dan ramai lagi. Aku rindu kan kalian semua.... Di tadika kami diajar bermacam-macam benda dan yang paling seronok sekali ialah semasa kami diajar menyanyi sambil bertepuk tangan atau menari. Sampai sekarang aku masih ingat lagi lagu-lagu seperti lagu Ikan Kekek, Bangau oh Bangau, Bapa Ku Pulang, Jong-Jong Inai, Burung Kakak Tua, Can Mali Can, Lagu Tiga Kupang dan banyak lagi. Di tadika, hanya seorang sahaja cikgu yang ajar dan bermain dengan kami, dan ianya merupakan seorang guru yang paling penyayang, ambil berat dan sangat cantik yang pernah aku temui. Namanya Cikgu Azizah. Banyak kenangan semasa aku ditadika yang tidak akan kulupakan lebih-lebih lagi atas jasabaik dan tujuk ajar Cikgu Azizah. Kemudian setelah umur ku menginjak 7 tahun, aku memasuki alam persekolahan sebenar iaitu di Sekolah Rendah Tengkera 2, Melaka. Aku belajar disini selama 6 tahun, dari darjah 1 Merah hingga darjah 6 Hijau. Di SRK Tengekera 2, ada 2 kelas untuk setiap tahap. Iaitu Kelas merah dan Kelas Hijau. Kelas Hijau adalah bagi murid-murid yang lebih pintar manakala kelas merah bagi murid-murid yang memerlukan lebih perhatian dan bimbingan. Semasa aku darjah 1, aku berada didalam darjah 1 merah sehingga darjah 4. Semasa tempoh ini, aku pernah memasuki kelas pemulihan, iaitu kelas bagi murid-murid yang tidak berapa nak pandai menulis dan membaca (sekarang dikenali sebagai kadar literasi yang rendah). Tetapi Alhamdullilah, berkat dan kegigihan cikgu Fatimah yang mengajar aku dan murid-murid lain, prestasi aku meningkat dan menduduki tempat pertama diakhir peperiksaan dan semasa di darjah 5 aku dimasukkan di darjah 5 Hijau sehinggan darjah 6. Namun demikian, semasa didarjah 5-6, kedudukan aku selalu antara yang terkebelakang, namun ianya tidak bererti prestasi aku menurun, ini kerana, kawan-kawan aku didarjah 5 dan 6 hijau bijak-bijak belaka. Semasa disekolah rendah aku sangat aktif bersukan. Mungkin kerana pada masa itu adalah waktu kanak-kanak. Sukan bererti bermain. Itu bagi definisi hidup aku lah ketika itu. Dan yang paling aku suka adalah sukan lumba lari. Aku selalu mendapat tempat antara naib johan dan johan. Susah untuk aku mendapat johan kerana kawan aku, Daniel sangat pantas berlari dan merupakan atlet sekolah pada ketika itu.
![]() |
Kawan-kawan ku |
Setelah tamat alam persekolahan rendah, aku memasuki alam persekolahan menengah ketika berumur 13 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang. Disekolah menengah persekitarannya amat berbeza sekali dengan sekolah rendah dan tadika. Semasa di sekolah rendah dan tadika, kawan-kawan aku kebanyakannya dari kalangan kawan-kawan sekampung dan mudah untuk aku bergaul, bermain, dan berkomunikasi. Tetapi di Sekolah Menengah, tidak banyak kawan sekampung aku bersekolah di situ dan ini membuatkan hidup aku tidak berapa ceria pada awalnya. Kebanyakan kawan-kawan disekolah aku berbangsa cina dan india. Namun, lama-kelamaan aku boleh menerimanya dan ianya merupakan permulaan bagi aku bergaul dengan pelbagai bangsa. Boleh dikatakan disekolah menengah 80 peratus adalah murid bukan melayu. Dan di kelas aku, hanya 6 orang sahaja melayu (Shahreza, Izahar, Hasri, Nuruddin, Syahrizad dan aku) daripada 27 orang sekelas. Itu pun dah kira bernasib baik. Jika di kelas untuk murid-murid yang lebih cemerlang, pelajar melayu hanya seorang, 2 orang ataupun 3 orang sahaja. Di Sekolah Menengah aku terlibat aktif dalam persatuan dan kelab. Antara sumbangan aku di Sekolah Menegah, aku menjadi Pengawas, Pengerusi Kelab Keusahawanan, Bendahari Kelab Keusahawan, Quatermaster PBSM, AJK Persatuan Agama Islam, AJK Persatuan Bahasa Melayu, AJK Kelab Bolasepak dan banyak lagi. Aku juga hampir-hampir dipaksa untuk menjawat Jawatan Penolong Ketua Pengawas semasa aku di Tingkatan 5, namun aku tolak secara baik kerana aku takut tidak dapat memberi komitment sepenuhnya.
Ini kerana aku mahukan tumpukan perhatian aku pada peperiksaan SPM dan juga pada masa tersebut aku lebih banyak terlibat dengan program-program keusawanan yang aku dan pasukan aku uruskan. Beberapa bulan sebelum SPM, aku dan kawan-kawan aku selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kadangkala aku belajar di rumah kawan aku pada waktu malam sambil lepak-lepak bermain gitar. Kadangkala aku belajar di perpustakaan. Namun aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran aku di Perpustakaan Sekolah kerana keadaan yang sempit dan bersesak-sesak. Antara Perpustakaan pilihan aku adalah di Perpustakaan Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka). Disitu aku berasa tenang dan mudah untuk aku menghafal dan mengingati sesuati subjek. Dan ianya juga memudahkan aku untuk menunaikan kewajipan aku sekaligus apabila tiba waktunya. Setelah bertungkus lumus dan sama-sama mengulangkaji pelajaran, Alhamdulillah aku memperoleh keputusan SPM yang agak baik.

Setelah keputusan SPM telah keluar, aku dan rakan-rakan ku membuat permohonan untuk kemasukan ke peringkat lebih tinggi pengajian iaitu Universiti. Disini aku mempunyai kesukaran dalam membuat pilihan. Aku tidak tahu hendak memilih program apa. Tapi mak dan bapa aku suka aku dalam bidang IT. Aku pula lebih suka bidang perniagaan. Betul-betul dalam dilema yang hebat ketika itu. Kawan-kawan aku pun suka bidang perniagaan dan mereka memilih bidang perniagaan. Akhirnya aku memutuskan 3 pilihan dalam bidang perniagaan dan 2 sains komputer. Setelah beberapa bulan keputusan kemasukan ke Universiti pun keluar. Aku berjaya mendapat tempat di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dalam program Diploma Pengajian Maklumat. Manakala sahabat-sahabat baik aku semuanya dapat tawaran ke UiTM Cawangan Melaka dalam program Diploma Pengurusan Perniagaan. Hu...hu... sedih betul aku kerana tidak dapat bersama-sama dengan sahabat aku dan juga sangat tertekan kerana perlu berjauhan dengan keluarga aku. Ini merupakan pengalaman pertama aku tinggal di asrama dan jauh dari keluarga. Namun ku gagahi kan juga demi masa depan ku.
![]() |
Kawan-kawan IS110, UiTM |
Pada awalnya, aku ingat Diploma Pengajian Maklumat adalah seperti Diploma Sains Komputer. Namun akhirnya aku diterangkan bahawa ianya program Diploman Penguran Perpustakaan dan bila aku habis belajar, peluang pekerjaan lebih kepada Perpustakaan dan Pusat Sumber. Aku sangat tertekan ketika itu kerana aku tidak berminat untuk kerja di Perpustakaan. Prestasi aku pun jatuh dan aku mendapat agak rendah keputusan peperiksaan aku di semester pertama dan kedua. Namun setelah masuk semester ke 3 dan ke 4, aku perbetulkan niat aku supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan aku, aku sungguh bertuah kerana mendapat sokongan padu dari sahabat-sahabat aku, dan juga bimbingan dan nasihat dari pensyarah. Alhamdulillah aku dapat menamatkan Diploma aku dengan keputusan yang agak memuaskan dan membolehkan aku menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat.
![]() |
Kawan-kawan IS220, U |
Dan ketika ini, aku yakin, prospek kerjaya aku di bidang kepustakawanan luas pada masa hadapan. Semasa dalam pengajian aku di peringkat Ijazah, minat aku semakin mendalam dalam bidang ini dan aku terlibat dalam banyak program perpustakaan anjuran fakulti aku. Antaranya Program Membaca bersama kanak-kanak di Sekolah Rendah, Program Pusat Sumber Sekolah, Program Literasi Maklumat di Perpustakaan Kuala Lumpur, dan banyak lagi. Banyak pengalaman yang aku timba didalam penglibatan aku sepanjang program tersebut. Ketika ini juga, aku membuat beberapa kerja sampingan bagi menampung kos hidup aku. Aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa aku kerana aku bukan lah dari golongan yang berada.

Di Taylor’s College University Library, suasana persekitaran bekerja amat berbeza sekali dengan kolej terdahulu. Tapi aku tidak berasa susah untuk menerima suasana persekitaran tersebut kerana sebelum ini aku telah pun mempunyai pengalaman bekerja di Syarikat Pemasaran Produk PEPSI. Aku sangat seronok bekerja disini. Disamping inisiatif yang baik yang diberikan kepada kami, dapat melancong, makan malam di hotel mewah dan sebagainya namun persekitaran yang kondusif dan cara bekerja yang effisen membuatkan aku seronok bekerja disini.
![]() |
Sarawak Trip |
![]() |
Lawatan ke Perpustakaan Awam Sarawak bersama staf Taylor's |
Banyak pengalaman aku timba kerana ianya IPTS yang mempunyai bilangan pelajar antarabangsa yang ramai. Sepanjang tempoh disana juga, selama 9 bulan, aku mendapat 2 panggilan temuduga, satu di IPTS library di Melaka-aku tak ingat pula namanya, dan satu lagi di Universiti Teknologi MARA. Kedua-duanya aku pergi. Di Melaka aku pergi sebab ianya tempat kelahiran aku. Jika aku dapat kerja disana, bermakna aku boleh tinggal bersama-sama keluarga aku. Dah puas merantau selama 7 tahun. Orang kata Hujan Emas di tempat orang, Hujan Batu di tempat sendiri. Lebih baik di tempat sendiri. Kita lebih bahagia. Tidak kusangka, Alhamdulillah aku mendapat tawaran bekerja disana dengan tawaran gaji yang lebih tinggi. Namun semasa aku pergi berjumpa dengan Ketua aku, Mr. Jaspal Singh, untuk memberi surat perletakkan jawatan, beliau memberi nasihat dan pandangan peribadi mengenai pekerjaan aku disana dan meminta aku berfikir semula samaada untuk aku meneruskan pekerjaan aku disana atau kekal di Taylor’s. Aku betul-betul dalam dilema. Tapi setelah difikir masak-masak dan mendapatkan pandangan ibu bapa dan rakan-rakan aku, aku membuat keputusan untuk kekal di Taylor’s dan Ketua aku menaikkan gaji aku sedikit lebih daripada yang ditawarkan kepada aku di Melaka. Namun demikian. Tidak sampai pun sebulan, aku menerima tawaran bekerja sebagai Pustakawan di Universiti Teknologi Mara, Melaka. Tawaran yang tidak mungkin aku dapat menolaknya. Ini kerana bukan sahaja aku boleh bekerja di tepat kelahiran aku, namun faedah untuk kerjaya dimasa hadapan adalah lebih terjamin dan lebih cerah. Dan yang paling penting, aku boleh menyumbangkan khidmat bakti aku kepada anak bangsa aku sendiri.
![]() |
UiTM Librarian |
![]() |
Mak, Mek, Ayah, Baba |
Aku dan Isteriku-Roslina |
![]() |
PGReS2011 |
![]() |
My First Presentation at Symposium |
![]() |
My MLIS Friend |
![]() |
With Prof Gorman at Malacca |
Wednesday, October 12, 2011
Operation Hours
Waktu Perkhidmatan Pusat Sumber Aras 1
Semasa semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 6.45 petang
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi – 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi – 2.45 petang
Waktu Peperiksaan
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 9.45 malam
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 4.45 Petang
Sabtu/ Ahad : Tutup
Waktu Perkhidmatan Pusat Sumber Aras 12
Waktu Semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 6.45 Petang
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi - 2.45 petang
Waktu Peperiksaan
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 9.45 malam
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 4.45 Petang
Sabtu/ Ahad : Tutup
*Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah
Semasa semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 6.45 petang
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi – 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi – 2.45 petang
Waktu Peperiksaan
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 9.45 malam
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 4.45 Petang
Sabtu/ Ahad : Tutup
Waktu Perkhidmatan Pusat Sumber Aras 12
Waktu Semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 6.45 Petang
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi - 2.45 petang
Waktu Peperiksaan
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 9.45 malam
Sabtu/ Ahad : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Umum : 10.15 pagi - 2.45 petang
Cuti Semester
Isnin – Jumaat : 8.30 pagi - 4.45 Petang
Sabtu/ Ahad : Tutup
*Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah
About Library
PERPUSTAKAAN UiTM (MELAKA) KAMPUS JASIN
Perpustakaan
UiTM (Melaka) Kampus Jasin terletak
di tengah-tengah Kampus
UiTM (Melaka) Kampus Jasin, Jalan Seri Mendapat, Jasin Melaka dan sangat
mudah
diakses
oleh
warga
UiTM
KJM dan
dan mula
beroperasi pada
3 Februari
2014.
Penubuhan
Perpustakaan
UiTM
KJM ini adalah
untuk
menyokong
program pembelajaran
dan
pengajaran
di Kampus Jasin yang menawarkan program diploma dan sarjana muda dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan Fakulti
Sains dan Matematik
Perpustakaan
UiTM
(Melaka) Kampus Jasin
ini mempunyai
3 aras
dan
mampu
menyediakan tempat
duduk
bagi
954 orang pengguna
dalam
satu-satu
masa.
Koleksi
bahan
rujukan
yang disediakan
adalah
bertepatan
dengan
subjek-subjek
yang ditawarkan
bagi
program diploma dan Ijazah
Sarjana
Muda.
Secara
umumnya,
Perpustakaan
UiTM
(Melaka) Kampus
Jasin
menawarkan
perkhidmatan-perkhidmatan
seperti
Peminjaman
dan
Pemulangan
pelbagai
sumber
rujukan
(Aras1 ), Rujukan
Koleksi
Jurnal/Majalah
dan
Makalah
tempatan
serta
Akhbar-akhbar
Tempatan
(Aras 2) dan
Kemudahan
Perkhidmatan
IT (Aras 3).
Terdapat
70 unit terminal komputer disediakan
untuk
membolehkan
pengguna
mengakses
pelbagai
pangkalan
data atas
talian
seperti
‘e-books’ dan
‘e-journals’. 6 unit komputer juga
disediakan
bagi
kemudahan
pencarian
bahan
menggunakan
sistem
katalog
perpustakaan
(Web-OPAC),
Subscribe to:
Posts (Atom)