Menjadi tanggungjawab setiap
pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan.
Kebolehan sepanjang pengajian diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah
peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat
mengukur usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan
PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :
Persediaan Peringkat Awal
Iaitu persediaan disepanjang waktu pengajian. Ini termasuklah tumpuan semasa di
dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat
nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada pensyarah jika ada masalah.
Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira sebulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca
balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang
penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan
pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang
diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan
ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan
lepas (Layari laman web EQPS di laman web perpustakaan) bagi membiasakan diri
dengan format soalan peperiksaan.
Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan
anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya
mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga
anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.
PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
- Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada
esoknya.
- Kumpulkan keperluan teknikal
untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan
dan lain-lain. Letakkan ditempat
yang senang diambil dan mudah diingati.
- Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum
Peperiksaan
- Jangan lupa ambil sarapan pagi
- Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15
minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
- Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan
rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini
boleh merungsingkan fikiran anda.
- Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat
kejayaan yang cemerlang .
- Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
- Pastikan tempat duduk anda
selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
- Dengar arahan pengawas peperiksaan.
- Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
- Lihat semua soalan.
- Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
- Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
- Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
Soalan Objektif
- Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya bilangan soalan
ialah 60 soalan, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30
saat.
- Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR,
MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
- Lihat semua pilihan jawapan.
Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
- Pastikan jawapan ditanda
pada petak yang betul.
- Jawab soalan yang mudah
dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula
kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan
jawapan yang anda rasa yakin.
- Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan
jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
- Pilih soalan yang paling banyak isi yang anda boleh kenalpasti
- Kenalpasti bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
|
PENERANGAN
|
Huraikan
|
Penerangan terperinci dan
jelas
|
Bincangkan
|
Kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan- kesan
|
Ertikan
|
Maksud yang jelas tentang
sesuatu istilah
|
Namakan
|
Tulis nama-nama tertentu atau label
|
Bandingkan
|
Faktor yang sama dan tidak sama
|
Bezakan
|
Faktor yang tidak sama
|
Jelaskan
|
Terangkan supaya mudah
difahami
|
Definisikan
|
Takrif tentang
istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
|
Kritik
|
Penilaian dan pendapat
tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti
sendiri
|
Analisiskan
|
Idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
|
Ilustrasi
|
Rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
|
- Mulai menjawab dengan tenang
- Jawab semua soalan yang ditetapkan.
- Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan.
Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut
tetapi isi dan hujah yang bernas.
- Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah
seimbang.
- Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda
tidak menyimpang dari tajuk.
- Setelah selesai menjawab,
luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang
ditulis adalah betul. Semak ejaan,
ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
- Tulisan mestilah jelas,
kemas dan mudah dibaca.
- Tulisan yang jelas membantu
menaikkan 'impression' markah.
Persediaan
yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi
peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang
anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah
anda pasti berjaya.
No comments:
Post a Comment