Menghidupkan Tradisi Ilmu: Pengenalan kepada Talaqqi dan Pelaksanaannya di PTAR UiTM

Pengajian Talaqqi Dalam tradisi pendidikan Islam, proses menuntut ilmu bukan sekadar membaca buku atau menghadiri kuliah. Ia merupakan satu ...

Wednesday, October 12, 2011

About Library

PERPUSTAKAAN UiTM (MELAKA) KAMPUS JASIN



Perpustakaan UiTM (Melaka)  Kampus Jasin terletak di tengah-tengah  Kampus UiTM (Melaka)  Kampus Jasin, Jalan Seri Mendapat, Jasin Melaka  dan sangat mudah diakses oleh warga UiTM KJM dan dan  mula beroperasi  pada 3 Februari 2014.



Penubuhan Perpustakaan UiTM KJM ini adalah untuk menyokong program pembelajaran dan pengajaran di Kampus Jasin yang menawarkan program diploma dan sarjana muda dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan Fakulti  Sains dan Matematik

Perpustakaan UiTM (Melaka) Kampus  Jasin   ini  mempunyai 3 aras dan mampu menyediakan  tempat duduk bagi 954  orang pengguna dalam satu-satu masa. Koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan bagi program diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Secara umumnya, Perpustakaan UiTM (Melaka)  Kampus Jasin   menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Peminjaman dan Pemulangan pelbagai sumber rujukan (Aras1 ), Rujukan Koleksi Jurnal/Majalah dan Makalah tempatan serta Akhbar-akhbar Tempatan (Aras 2) dan Kemudahan Perkhidmatan IT (Aras 3).
Terdapat 70 unit terminal komputer disediakan untuk membolehkan pengguna mengakses pelbagai pangkalan data atas talian seperti ‘e-books’ dan ‘e-journals’. 6 unit komputer juga disediakan bagi kemudahan pencarian bahan menggunakan sistem katalog perpustakaan (Web-OPAC), 





No comments:

Post a Comment