Library, Librarianship, Information Professional, Researcher, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA
Menghidupkan Tradisi Ilmu: Pengenalan kepada Talaqqi dan Pelaksanaannya di PTAR UiTM
Pengajian Talaqqi Dalam tradisi pendidikan Islam, proses menuntut ilmu bukan sekadar membaca buku atau menghadiri kuliah. Ia merupakan satu ...
Tuesday, December 31, 2013
Wednesday, December 25, 2013
Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan
Doa Sewaktu Berada Kelas / Dewan Peperiksaan
Disarankan supaya doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1) Doa Sebelum Masuk Kelas / Dewan Peperiksaan
2) Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan
3) Ketika Menerima Kertas Soalan
Atau:
4) Ketika Menerima Kertas Soalan II
5) Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan
Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah dimulakan dengan membaca potongan doa dari ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dilakukan akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
6) Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan
Atau:
7) Doa Jika Terlupa Jawapan
8) Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan
10) Setelah selesai menjawab bacalah doa mohon agar beroleh kejayaan;
Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber di ambil dengan izin dari :http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/11/doa-doa-sewaktu-mengambil-peperiksaan/
Tips Doa Persediaan Mengulangkaji Pelajaran
Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalammenelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.
1) Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak
Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
Baik dan bagus diamalkan apabila hendak belajar, menduduki peperiksaan, berucap, mengadakan ceramah dan menghadri temuduga.
2) Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
3) Doa Mula Mengulangkaji Pelajaran
4) Doa Mudah Kefahaman Dan Ingat
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna ketika mengulangkaji / menelaah pelajaran:
5) Doa Untuk Mengelak Lupa
6) Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran
7) Doa Memohon Kejayaan Cemerlang
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber di ambil dengan izin dari : http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/09/tips-doa-persediaan-mengulangkaji-pelajaran/#comment-10721
TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Menjadi tanggungjawab setiap
pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan.
Kebolehan sepanjang pengajian diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah
peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat
mengukur usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan
PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :
Persediaan Peringkat Awal
Iaitu persediaan disepanjang waktu pengajian. Ini termasuklah tumpuan semasa di
dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat
nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada pensyarah jika ada masalah.
Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira sebulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca
balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang
penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan
pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang
diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan
ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan
lepas (Layari laman web EQPS di laman web perpustakaan) bagi membiasakan diri
dengan format soalan peperiksaan.
Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan
anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya
mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga
anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.
PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
- Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada
esoknya.
- Kumpulkan keperluan teknikal
untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan
dan lain-lain. Letakkan ditempat
yang senang diambil dan mudah diingati.
- Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum
Peperiksaan
- Jangan lupa ambil sarapan pagi
- Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15
minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
- Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan
rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini
boleh merungsingkan fikiran anda.
- Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat
kejayaan yang cemerlang .
- Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
- Pastikan tempat duduk anda
selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
- Dengar arahan pengawas peperiksaan.
- Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
- Lihat semua soalan.
- Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
- Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
- Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
Soalan Objektif
- Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya bilangan soalan
ialah 60 soalan, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30
saat.
- Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR,
MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
- Lihat semua pilihan jawapan.
Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
- Pastikan jawapan ditanda
pada petak yang betul.
- Jawab soalan yang mudah
dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula
kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan
jawapan yang anda rasa yakin.
- Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan
jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
- Pilih soalan yang paling banyak isi yang anda boleh kenalpasti
- Kenalpasti bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
|
PENERANGAN
|
Huraikan
|
Penerangan terperinci dan
jelas
|
Bincangkan
|
Kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan- kesan
|
Ertikan
|
Maksud yang jelas tentang
sesuatu istilah
|
Namakan
|
Tulis nama-nama tertentu atau label
|
Bandingkan
|
Faktor yang sama dan tidak sama
|
Bezakan
|
Faktor yang tidak sama
|
Jelaskan
|
Terangkan supaya mudah
difahami
|
Definisikan
|
Takrif tentang
istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
|
Kritik
|
Penilaian dan pendapat
tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti
sendiri
|
Analisiskan
|
Idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
|
Ilustrasi
|
Rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
|
- Mulai menjawab dengan tenang
- Jawab semua soalan yang ditetapkan.
- Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan.
Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut
tetapi isi dan hujah yang bernas.
- Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah
seimbang.
- Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda
tidak menyimpang dari tajuk.
- Setelah selesai menjawab,
luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang
ditulis adalah betul. Semak ejaan,
ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
- Tulisan mestilah jelas,
kemas dan mudah dibaca.
- Tulisan yang jelas membantu
menaikkan 'impression' markah.
Persediaan
yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi
peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang
anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah
anda pasti berjaya.
Sunday, October 27, 2013
TAMAN DALAM UNIVERSITI @ PUSAT SUMBER UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA
Program Going Green merupakan salah satu inisiatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertujuan untuk menyokong manifestasi kerajaan dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selesa, sihat dan kondusif untuk didiami oleh seluruh masyarakat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kerajaan memandang serius terhadap isu-isu alam sekitar yang menyumbang kepada masalah utama seperti pemanasan global, peningkatan pelepasan gas rumah hijau, penyusutan sumber-sumber semulajadi serta bencana alam. (Donald Ragang, Borneo Insider, 2013). Tanggal 26 Oktober 2013, Universiti Teknologi Mara (UiTM) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya menanam 2,013 batang pokok Meranti Bukit di kampus induknya di sini serta 13 lagi cawangannya secara serentak sempena program ‘Going Green UiTM 2013′.
Universiti Teknologi Mara Melaka juga tidak terkecuali dalam menjayakan inisiatif ini dimana, Rektor UiTM Melaka telah memberikan KPI kepada semua PTJ untuk mewujudkan Taman dalam Universiti. Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya, Dr Ismadi telah menggerakkan program ini dengan menganjurkan program Pertandingan Cergas dan Ceria peringkat UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Gotong Royong perdana yang melibatkan keseluruhan staf pentadbiran, staf akademik dan para pelajar telah diadakan pada 25 Oktober 2013. Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya juga menyokong manifestasi kerajaan dan mereliasisasikan inisiatif yang dibuat oleh Rektor iaitu mewujudkan konsep Taman Dalam Universiti bagi memberi persekitaran yang selsesa, sihat dan kondusif. Gambar-gambar dibawah merupakan inisiatif pihak Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya dalam mewujudkan mini Taman dalam bangunan (Universiti).
Monday, September 23, 2013
MINI PAMERAN & KUIZ ANJURAN PUSAT SUMBER UiTM KBM
Syukur Alhamdullilah Mini Pameran bertemakan Explorasi Ilmu, Transformasi Minda dan Kuiz yang dijalankan pada 25-26 September 2013 bersempena dengan kempen Derma Darah dapat dijalankan dengan jayanya. Pihak Pusat Sumber UiTM KBM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dah tahniah buat buat pelajar praktikal ( Nur Farah Wahidah, Shahirah dan Nawal Qistina) yang membantu dalam menjayakan pameran dan kuiz ini. Sambutan dan penyertaan dari pelajar-pelajar amat memberansangkan. Pelajar yang yang mendaftar bagi menyertai kuiz ini diberi satu soalan dan disertakan nombor hadiah bertuah. Soalan yang diberi adalah soalan pengetahuan umum dan ada juga soalan berkaitan PSKBM. Kesemua pelajar diberi peluang menjawab/mencari jawapan yang betul seterusnya akan diberikan hadiah yang disediakan oleh PSKBM. Program sebegini dapat membantu mengeratkan kemesraan antara staf-staf PSKBM dan pengguna. Maklum balas atau komen yang diberikan oleh pengunjung dan peserta quiz adalah sangat positif dan menggalakkan. Dikesempatan ini, PSKBM ingin mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih atas sambutan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Insyallah kita bertemu di lain masa.
Dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang program mini pameran, kuiz dan kempen derma darah..- Farah
Wednesday, September 18, 2013
Adoption of Public Library 2.0: Librarians’ and teens’ perspective
| Author(s) | M. Ismail Abidin, K. Kiran, Abrizah Abdullah |
| Journal | Malaysian Journal of Library & Information Science (ISSN 1394-6234) |
| Volume | 18, No 3 |
| Year | 2013 |
| Keywords | Public libraries; Web 2.0; Library 2.0; Social media; Malaysia. |
| Abstract | This paper addresses the adoption of Public Library 2.0 from the perspective of Malaysian librarians and library users, particularly the teenagers. Qualitative approach, using content analysis of fourteen state public library websites and interviews with librarians, was applied to explore the level of Web 2.0 adoption, and to ascertain the motivation and purpose of adopting these technologies. Quantitative approach was used to obtain user perspective on the use of Web 2.0 by public libraries. Findings reveal that the National Library of Malaysia (PNM), leads in terms of total number of Web 2.0 tools deployed. Social networking applications (specifically Facebook and Twitter) are the most used in Malaysian public libraries. The main purpose of using Web 2.0 tools is to provide information on library activities, news and announcement. The adoption of Web 2.0 applications is not guided by any definite policies and there is a lack of monitoring of the librarians and users activities on the social media. No innovative use of Web 2.0 tools was discovered to enhance the participation of the library community, especially targeted for teens.Teenagers are receptive towards use of Public Library 2.0, but their lack of the knowledge on how Web 2.0 tools can improve their interaction with the library services, limits their ability to give feedback on their expectations. The evidences point to a dire need for immediate improvements in the management of Web 2.0 based library services. |
| Article File | Download |
| Download1http://ejum.fsktm.um.edu.my/VolumeListing.aspx?JournalID=3 |
Subscribe to:
Posts (Atom)






































