Evidence of Open Science Principles in Library Disaster Management: The Malaysian Academic Library Experience

 Abstract :  Many institutions struggle to create effective preparedness, response, recovery, and mitigation plans despite the significance ...

Saturday, September 20, 2014

Kerjaya Pustakawan : Antara Realiti dan Andaian? Menarik atau Bosan?....Suatu Persepsi

Kerjaya Pustakawan. Adakah masayarakat kini terutamanya masyarakat Malaysia mengetahui bidang sebenar kerjaya Pustakawan? Apakah pandangan mereka terhadap kerjaya dan bidang kepustakawanan? Apakah sebenarnya kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang  Pustakawan? Susun buku? Peminjaman dan pemulangan buku? Cop bahan-bahan perpustakaan? Atau sebagainya. Apakah juga nilai, imej dan perwatakan yang perlu bagi menjadi seorang pustakawan? Berkaca mata? Good looking? Konservatif? Stereotype? Orang yang serius? Old-fashion? Orang yang mundar mandir di perpustakaan bagi memastikan perpustakaan senyap? Orang yang tak ceria dan tidak mesra alam? Atau apa lagi? Ataukah adakah seorang Pustakawan itu seorang yang seorang sopan santun, mengambil berat, rajin, membantu pengguna bila diperlukah dan sebagainya?  Apakah perlunya mengambil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau lebih tinggi lagi PhD untuk menjadi seorang Pustakawan atupun cukupkah sekadar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Banyak lagi sebenarnya persoalan dan pemikiran samada positif atau negatif bila diajukan dengan soalan bidang kepustakawanan ataupun kerjaya Pustakawan.
Merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Kneale (2002) dari Special Library Association, yang menjadikan masyarakan di Amerikia Syarikat sebagai respondennya mendapati kebanyakan masyarakat di Amerika Syarikat mengaitkan Pustakawan dengan imej konservatif dan lebih teruk lagi kebanyakan respondent lelaki memberi komen kerjaya ini lebih sesuai untuk golongan wanita sahaja. Antara komen mereka berbunyi seperti ini : “"How can you be a librarian? You're a man!" and "I thought being a librarian was a woman's job."  Bowes menambah (1979) didalam buku karangan beliau bertajuk Between the stack “ In the public psyche, a librarian is a woman of indeterminate age, who wears spectacles; a person with either a timorous disposition or an austere dispostion or an austere dispostio, wearing a long sleeved blouse buttoned to the neck; someone who loves silences, like books and suffers people. Librarians don’t laugh. They are covered  with a thin film or dust. They have pale skins, which, when touched (as if one evr could) might flake and prove to be reptilian scales”  Begitu juga dengan kajian yang dilakukan di United Kingdom, rata-rata masyrakat disana memberi tanggapan yang negatif dan stereotype dan mereka menklasifikasikan semua Pustakawan sebagai  "female, old, dowdy and bespectacled, with her grey hair in a bun and constantly demanding fines or silence with a grim, unhappy face" (Allison). Imej negatif dan streotype dikalangan Pustakawan bukan sahaja boleh dizahirkan melalui pemikiran orang awam secara langsung dan juga melalui kajian yang dilaksanakan, namun imej ini dengan aggresifnya juga dipamerkan di dalam filem-filem Barat. Mengambil contoh filem dari Barat seperti “Merlin, Ghostbuster, All the President’s Men, It’s a Wonderful Life” dan banyak lagi, semuanya mempamerkan imej negatif dan stereotype yang ada dikalangan Pustakawan. Melalui filem ini, masyarakat akan terus menerus menganggap Pustakawan ini sebagai seorang yang stereotype, membosankan, tidak mesra dan sebagainya sekaligus membuatkan masyrakat memandang rendah bukan sahaja kepada Pustakawan tersebut namun juga kepada kerjaya sebagai Pustakawan. Oleh yang demikian, anggapan, pandangan dan hasil kajian yang didapati mengenai kerjaya Pustakawan merupakan satu cabaran yang amat besar yang perlu dipikul oleh Pustakawan masa kini bagi menepis dan menukarkan pandangan tersebut kepada lebih positif dan lebih diterima masyarakat. Pustakawan sendiri perlu lebih giat dan aktif dalam mempromosikan bidang sebenar kerjaya pustakawan dan menukar perspektif masyarakat agar mereka semua lebih senang dan suka bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat bahkan juga sebagai kerjaya kepada mereka pada suatu hari nanti.
Persepsi kuno seperti disebut tadi terhadap imej Pustakawan perlu ditukar segera. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa, perkara pertama yang boleh dibuat oleh Pustakawan adalah menukar nama jawatan Pustakawan ini kepada nama yang lebih extravaganza, lebih gah dan lebih dinamik bunyinya seperti Pengurus Maklumat, Pengurus Sumber Maklumat, Eksekutif Maklumat, Eksekutif Penyelidik, Dokumentalis dan sebagainya. Di Universiti-universiti Barat dan Organisasi besar disana kebanyakan menggunakan nama jawatan seperti Director of Information, Information Centre Specialist, Information Specialist, Principal Researcher, Researcher Specialist, Corporat Research Executif dan sebagainya bagi mengantikan nama jawatan Pustakawan. Ini kerana, sejak kita disekolah rendah lagi , pengawas perpustakaan digelar sebagai Pustakawan. Dan tugas atau tanggungjawab Pustakawan di sekolah hanya menyusun buku, meronda, cop pinjam dan pulang buku dan lain-lain yang mana kerja ini pada hakikatnya didunia realiti perpustakaan hanya dilaksanakan oleh pembantu perpustakaan, kerani atau pembantu awam pejabat bukan dilaksanakan oleh Pustakawan. Nama jawatan Pustakawan sebenarnya seperti tidak lagi relevan digunakan oleh Pegawai kerajaan skimS41 dan keatas yang menjawat jawatan Pustakawan. Bagi masyarakat awam yang tidak biasa ke Perpustakaan dan tidak tahu fungsi sebenar seorang Pustakawan akan sentiasa menganggap kerjaya Pustakawan hanyalah sama seperti kerja yang dilakukan oleh pembantu perpustakaan. Dan lebih dashyat lagi ada juga yang mengatakan berbunyi seperti ini : “ peliklah kau ambil Degree atau Master Perpustakaan. Apa kerja yang kau buat. Takkan susun buku pun nak ambil sehingga master”. Ayat-ayat seperti itu sudah teralu biasa bagi seorang pustakawan di Malaysia mendengarnya. Ditambah pula dengan satu artikel yang berjudul “Library sciene degree : file that under ‘stupid’ : Nothing even remotely scientific, useful about this program” oleh Sony Barari, beliau membuat kesimpulan mengapa Program Library Science perlu ditawarkan pada peringkat Ijazah oleh University of California dan beliau menyatakan berbunyi seperti ini “ Library Science? Science? There is not a single scientific thing about library science..”.  Oleh yang demikian, Pustakawan perlu segera menukarnya nama jawatan kepada nama yang lebih extravaganza dan lebih dinamik bagi memberi nafas baru dan menerima persepsi yang lebih positif kelak.
Selain daripada menukar nama jawatan, apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan dalam mempromosikan kerjaya ini adalah dalam bergiat aktif dalam kehidupan masyarakat samaada secara langsung dan tidak langsung. Bagi mencapai penglibatan aktif dikalangan Pustakawan, Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan skim Anugerah Pustakawan Harapan yang diadakan 2 tahun sekali. Melalui skim ini, Perpustakaan Negara telah menyediakan garis panduan bagi sesiapa yang layak dicalonkan bagi menerima anugerah ini. Antara kriteria yang perlu dilalui adalah seperti : menyumbangkan kepada peningkatan profesion kepustakawan melalui PPM, telah menunjukkan corak pengurusan perpustakaan yang efisien dan berkesan, berjaya dalam mempromosikan penggunaan perpustakaan/pusat maklumat, penglibatan dalam bidang kepustakawan di luar organisasi bertugas, berjaya menghasilkan penulisan yang dapat mempertingkatkan profesion, membuat penyelidikan yang boleh membantu memajukan bidang kepustakawanan. Melalui semua kriteria seperti diatas, jika seseorang pustakawan dapat mencapainya, saya yakin semua Pustakawan bukan sahaja dapat mempromosikan kerjaya mereka secara langsung dan tidak langsung bahkan juga dapat meningkakan persepsi yang lebih positif dari masyarakat keatas imej dan kerjaya Pustakawan.
Pada suatu ketika dahulu kita pernah mendengar istilah ataupun isu seperti “ ledakan maklumat”, “dunia tanpa sempadan”, “globalisasi”, “teknologi hijau” dan kini yang paling popular, menjadi satu fenomena dan paling digunakan oleh hampir keseluruhan masyarakat global adalah “Social Media, Web 2.0 dan Library 2.0”. Melalui teknologi baru dan berkembang pesat ini, Pustakawan perlu sentiasa bersedia dan menggunakannya agar tidak ketinggalan. Masyrakat kini lebih kepada “digital native”. Mereka mendapakat maklumat dihujung jari mereka dan rata-rata mereka  tidak lagi pergi ke Perpustakaan bagi mendapatkan sumber dan maklumat. Pustakawan perlu lebih bijak dan mengimplimentasikan teknologi ini agar semua maklumat dan sumber yang terdapat di perpustakaan dapat disampaikan dengan lebih sistematik dan ianya secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan dengan cara lebih effisyen. Ini juga secara tidak langsung juga dapat mempromosikan imej seorang pustakawan yang sentiasa terkini dalam apa jua bidang.

Sebagai kesimpulan, semua pustakawan perlu bergiat lebih aktif bukan sahaja untuk mempromosikan kerjaya mereka bahkan juga berjaya menukarkan persepsi kuno seperti pustakawan stereotype kepada pustakawan yang lebih dinamik, disukai, diperlukan dan sebagainnya yang memberikan persepsi yang positif kepada kerjaya pustakawan.


References
Kneale,Ruth A.(2002) You Don't Look Like a Librarian! Librarians' views of public perception in the Internet age.  http://www.librarian-image.net/perc.html
Bowes,Barry. (1979) Between the stacks. London : Landesman, 1979.
Hamilton, V. (2004). The image and role of the librarian. Library Review, 53(8), 416-417.
Libraries present and future: The future of the library profession.(1993). Electronic Library, the, 14(6), 517-522.
Mills, J., & Bannister, M. (2001). Library and librarian image as motivators and demotivators influencing academic staff use of university libraries. Performance Measurement and Metrics, 2(3), 159-171.
Rothwell, Alison.(snd).THE IMAGE OF LIBRARIANS. Emerald Backfiles 2007

“Library sciene degree : file that under ‘stupid’ : Nothing even remotely scientific, useful about this program”. oleh Sony Barari. http://librarytalking.blogspot.com/2005/05/library-science-degree-file-that-under.html

2 comments:

  1. Bagus...tolongla tukar nama segera....

    ReplyDelete
  2. xde motivasi nk kerja kalau nama jawatan masih kuno "pustakawan"

    ReplyDelete