Wednesday, December 25, 2013

Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan

Doa Sewaktu Berada Kelas / Dewan Peperiksaan

Disarankan supaya doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1)  Doa Sebelum Masuk Kelas / Dewan Peperiksaan

2)  Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan

3)  Ketika Menerima Kertas Soalan
 Atau:
4)  Ketika Menerima Kertas Soalan II

5)  Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan
Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah dimulakan dengan membaca potongan doa dari ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dilakukan akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.

6)  Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan
 Atau:
7)  Doa Jika Terlupa Jawapan

 8)  Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan

10)  Setelah selesai menjawab bacalah doa mohon agar beroleh kejayaan;

Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tips Doa Persediaan Mengulangkaji Pelajaran

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalammenelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.
1)  Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak
Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Baik dan bagus diamalkan apabila hendak belajar, menduduki peperiksaan, berucap, mengadakan ceramah dan menghadri temuduga.

2)  Doa Mula Mentelaah Agar Mudah Mengingat Pelajaran
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.

3)  Doa Mula Mengulangkaji Pelajaran


4)  Doa Mudah Kefahaman Dan Ingat
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna ketika mengulangkaji / menelaah pelajaran:

5)  Doa Untuk Mengelak Lupa

6)  Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran

7)  Doa Memohon Kejayaan Cemerlang

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang pengajian diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.

JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik 
2. Persediaan Mental 
3. Memulakan Peperiksaan 
4.
Menjawab Soalan 
  
PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :
Persediaan Peringkat Awal 

Iaitu persediaan disepanjang waktu pengajian. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada pensyarah jika ada masalah.


Persediaan Peringkat Pertengahan 

Iaitu kira-kira sebulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas (Layari laman web EQPS di laman web perpustakaan) bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.


Persediaan Akhir 

Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap. 
   
PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang .
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN 

  •  Dengar arahan pengawas peperiksaan.
  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
  • Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya bilangan soalan ialah 60 soalan, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
  • Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
  • Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
  • Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
  • Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
  • Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
  • Pilih soalan yang paling banyak isi yang anda boleh kenalpasti
  • Kenalpasti bentuk soalan seperti :

BENTUK SOALAN
PENERANGAN
Huraikan
    Penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan
    Kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-           kesan
Ertikan
   Maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan
   Tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan
   Faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan
   Faktor yang tidak sama
Jelaskan
  Terangkan supaya mudah difahami
Definisikan 
  Takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana                       keistimewaan  dapat diaplikasikan
Kritik
  Penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta   atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan 
  Idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi
  Rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
  •  Mulai menjawab dengan tenang
  • Jawab semua soalan yang ditetapkan.
  • Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
  • Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
  • Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
  • Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
  • Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
  • Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.


Sunday, October 27, 2013

TAMAN DALAM UNIVERSITI @ PUSAT SUMBER UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA

Program Going Green merupakan salah satu inisiatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertujuan untuk menyokong manifestasi kerajaan dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selesa, sihat dan kondusif untuk didiami oleh seluruh masyarakat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kerajaan memandang serius terhadap isu-isu alam sekitar yang menyumbang kepada masalah utama seperti pemanasan global, peningkatan pelepasan gas rumah hijau, penyusutan sumber-sumber semulajadi serta bencana alam. (Donald Ragang, Borneo Insider, 2013). Tanggal 26 Oktober 2013, Universiti Teknologi Mara (UiTM) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya menanam 2,013 batang pokok Meranti Bukit di kampus induknya di sini serta 13 lagi cawangannya secara serentak sempena program ‘Going Green UiTM 2013′.

Universiti Teknologi Mara Melaka juga tidak terkecuali dalam menjayakan inisiatif ini dimana, Rektor UiTM Melaka telah memberikan KPI kepada semua PTJ untuk mewujudkan Taman dalam Universiti. Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya, Dr Ismadi telah menggerakkan program ini dengan menganjurkan program Pertandingan Cergas dan Ceria peringkat UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Gotong Royong perdana yang melibatkan keseluruhan staf pentadbiran, staf akademik dan para pelajar telah diadakan pada 25 Oktober 2013.  Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya juga menyokong manifestasi kerajaan dan mereliasisasikan inisiatif yang dibuat oleh Rektor iaitu mewujudkan konsep Taman Dalam Universiti bagi memberi persekitaran yang selsesa, sihat dan kondusif.  Gambar-gambar dibawah merupakan inisiatif pihak Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya dalam mewujudkan mini Taman dalam bangunan (Universiti). 












Monday, September 23, 2013

MINI PAMERAN & KUIZ ANJURAN PUSAT SUMBER UiTM KBM

Syukur Alhamdullilah Mini Pameran bertemakan Explorasi Ilmu, Transformasi Minda dan Kuiz yang dijalankan pada 25-26 September 2013 bersempena dengan kempen Derma Darah dapat dijalankan dengan jayanya. Pihak Pusat Sumber UiTM KBM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dah tahniah buat buat pelajar praktikal ( Nur Farah Wahidah, Shahirah dan Nawal Qistina) yang membantu dalam menjayakan pameran dan kuiz ini. Sambutan dan penyertaan dari pelajar-pelajar  amat memberansangkan. Pelajar yang yang mendaftar bagi menyertai kuiz ini diberi satu soalan dan disertakan nombor hadiah bertuah. Soalan yang diberi adalah soalan pengetahuan umum dan ada juga soalan berkaitan PSKBM. Kesemua pelajar diberi peluang menjawab/mencari jawapan yang betul seterusnya akan diberikan hadiah yang disediakan oleh PSKBM. Program sebegini dapat membantu mengeratkan kemesraan antara staf-staf PSKBM dan pengguna. Maklum balas atau komen yang diberikan oleh pengunjung dan peserta  quiz adalah sangat positif dan menggalakkan. Dikesempatan ini, PSKBM ingin mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih atas sambutan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Insyallah kita bertemu di lain masa.
Dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang program mini pameran, kuiz dan kempen derma darah..- Farah




















Wednesday, September 18, 2013

Adoption of Public Library 2.0: Librarians’ and teens’ perspective


Author(s)M. Ismail Abidin, K. Kiran, Abrizah Abdullah
JournalMalaysian Journal of Library & Information Science (ISSN 1394-6234)
Volume18, No 3
Year2013
KeywordsPublic libraries; Web 2.0; Library 2.0; Social media; Malaysia.
AbstractThis paper addresses the adoption of Public Library 2.0 from the perspective of Malaysian librarians and library users, particularly the teenagers. Qualitative approach, using content analysis of fourteen state public library websites and interviews with librarians, was applied to explore the level of Web 2.0 adoption, and to ascertain the motivation and purpose of adopting these technologies. Quantitative approach was used to obtain user perspective on the use of Web 2.0 by public libraries. Findings reveal that the National Library of Malaysia (PNM), leads in terms of total number of Web 2.0 tools deployed. Social networking applications (specifically Facebook and Twitter) are the most used in Malaysian public libraries. The main purpose of using Web 2.0 tools is to provide information on library activities, news and announcement. The adoption of Web 2.0 applications is not guided by any definite policies and there is a lack of monitoring of the librarians and users activities on the social media. No innovative use of Web 2.0 tools was discovered to enhance the participation of the library community, especially targeted for teens.Teenagers are receptive towards use of Public Library 2.0, but their lack of the knowledge on how Web 2.0 tools can improve their interaction with the library services, limits their ability to give feedback on their expectations. The evidences point to a dire need for immediate improvements in the management of Web 2.0 based library services.
Article FileDownload
Download1http://ejum.fsktm.um.edu.my/VolumeListing.aspx?JournalID=3

Friday, September 6, 2013

Empowering the Educational Magnificence of Students’ Life Skills through Library Web 2.0 Services

Mohd Ismail Abidin
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
mohdismail@bdrmelaka.uitm.edu.my

Mohd Ab Malek bin Md Shah
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
malek625@bdrmelaka.uitm.edu.my

Mahdad Tajbakhsh Jadidi
Department of Library and Information Science, Faculty of Computer and Information Technology
University Malaya
mahdad777@yahoo.com

Kiran Kaur
Department of Library and Information Science
Faculty of Computer and Information Technology
University Malaya
kiran@um.edu.my

Sabariah Hj. Mahat
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
sabariah@melaka.uitm.edu.my

Abstract

Cognitive skills, personal skills, and inter-personal skills are the tripartite components which are vital in to the teaching process and system. Indeed, in order to empower students’ competencies, it is undeniably true that school libraries have played a crucial role in materializing such magnificent achievement. This is due to the fact that as more schools add project-based learning to the curriculum, students need library skills to conduct research which is essential to completing their projects. Most importantly, students must master library skills in order to navigate problems which they might encounter in a real-life setting. In fact, some students, especially those in higher levels, do not receive direct instruction in regards to library skills, but learn them through activities that support the content areas instead. Thus, the main focus of this study is to explore an overall landscape of using Web 2.0 library services, as well as the awareness among students regarding the services offered by the library in developing their skills theoretically based on a practical approach. This study incorporates user survey to obtain the overall data use of library Web 2.0 services in general (public and academic libraries). A total of 657 people participated in this research. It is hoped that this study will increase the awareness of using library Web 2.0 services offered by the school libraries among students which could eventually enrich their life skills in facing their academic world holistically.

Keywords: cognitive skills, personal skills, inter-personal skills, competencies, library skills, Web 2.0 

Introduction 

Schools and universities are no longer the only academic sources of information and knowledge. Without a doubt, the traditional literacy has been gradually extended to a multimedia literacy pertaining to the students’ abilities of cognitive skills, personal skills, as well as inter-personal skills with digitally encoded materials (Nikolov, 1997). In relation to this, Web 2.0 and social media technologies contribute to an ongoing shift in learning styles and knowledge creation; as well as changing learner’s information needs and expectation. The convergence of diverse philosophical and pedagogical concepts such as creation of new cognitive authorities, knowledge construction through individual learning styles, autonomy of the learner in formal educational contexts or the increasing role of informal learning promote innovative pedagogical approaches and models of to enhance learning. Online applications are increasingly ubiquitous, social, and participatory (Jenkins, 2006;  Valkenburg & Peter, 2009). Similarly, the studies carried out by Riza Ayu and Abrizah (2011) and Aziz, Arif, Ramly, Abdullah, and Husaini (2011) found out that Facebook is the most popular social media used by the academic libraries in Malaysia. In fact, the rise of online communities such as Facebook facilitates a participatory culture where individuals must develop literacies such as networking, information appropriation, remix, judgment, and collective intelligence. Application of Web 2.0 in Teaching and Learning Process The Web 2.0 virtual learning environments provide opportunities for students, academicians, parents and stakeholders in creating conducive atmosphere for teaching and learning process holistically. The emergence of Web 2.0 revolution is widely recognized (O’Reilly, 2005). In relation to this, it is undeniably true that today’s learner does not merely read or consume content instantly. This is due to the fact that most of the students (generation Y and Z) access Web 2.0 applications widely (Socialbakers.com, 2013). To support this remark, the latest research done by Mohd Ismail and Kiran (2012) indicated that the main purpose of Web 2.0 application development is for promotional purposes which could eventually lead towards a formation of bilateral communication between users and libraries. In relation to this situation, some of the Web 2.0 applications and services are blogs, wikis, RSS feeds, tagging and social bookmarking, multimedia sharing, podcasts, social networking (Abram, 2005). 

Research Aims and Methodology 
The main purpose of this research is to investigate the use of Web 2.0 offered by Malaysian public and academic libraries among Malaysian society. It also indirectly raises awareness about this application among library users in Malaysia. In addition, this research also aims to identify the extent of the service acceptance among users, and also to see how this application helps users in the education and learning process. It is compatible with the latest Malaysian social lifestyle where government promotes virtual learning or blended learning. To explore the use of Web 2.0 among users aged between 12 to 21 years old, these users were surveyed. A questionnaire consisting of 15 open-ended questions was used for this study. A total of 657 library patrons from various walks of life participated in this study. 

Result and Discussion
Respondents’ Background
The profile information which was gathered from the respondents consists of gender, place of residence, and age. From the surveys, the majority of respondents are women (62.6), while the urban population is the largest respondents for this study, with 54%. In terms of age, the 15-17 years respondents were the highest representing 42.8%, followed by the age range of 12-14 years (28.8%). Almost 17.5% of respondents aged 21 years and above (See Table 1). Respondents were also asked whether they surfed the Internet or not. The results indicate, about 96.2% of them used for or been surfing the Internet in their daily lives. Only 3% of respondents had never used the Internet.

To be continued.......
Discussion and Conclusion
Indeed, it is undeniably true that educational institutions currently have been familiarized with the application of technology in its implementation of teaching and learning process holistically. In fact, the application of Web 2.0 services has tremendously contributed to assisting the students to strengthen their abilities in mastering the cognitive skills, personal skills, and inter-personal skills which are indeed vital in their effective learning process. Indeed, in order to enrich the students’ competencies, school libraries play crucial roles in
materializing such magnificent achievement; as it is of the utmost importance for the librarians to keep pace with their users professionally.

* This Paper has successfully presented at IASL 2013, Sanur Bali, Indonesia. 26-30 August 2013. Thanks to Mr Malek and Mahdad..Hope we can collaborate again in next research....















Thursday, September 5, 2013

Kajian mengenai penawaran aplikasi Web 2.0 : transformasi perkhidmatan Perpustakaan Awam dan penerimaaannya dikalangan remaja



Pustakawan, Pusat Sumber, Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka,

Pustakawan, Pusat Sumber, Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka, Malaysia²

Pustakawan, Perpustakaan Kampus Alor Gajah, Melaka, Malaysia³


Abstract

This study aims to provide an overview of Web 2.0 applications among public libraries in Malaysia and the awareness and use of these applications by Malaysian youth. The main focus of this study is to explore the types of Web 2.0 that is used by the public library, the extent of its offering, and how widespread the adoption and the awareness is among youth about the applications. This study incorporates web analytics methods, interviews and questionnaires. All 14 states public library and 536 youths were involved in this study. The findings show that the Penang Public Library (PPAPP) is the most active library in offering Web 2.0 (6 applications) while the top application used by Malaysian public libraries is a Facebook. Through the observation the adoption of Web 2.0 application is at an initial stage and most libraries are planning to enhance the use for better services. However, the study also found that there were no clear guidelines or policies in the development of this application. Meanwhile, survey data show Malaysian youth are not very aware of Web 2.0 services provided by public libraries, however they are wiiling to use Web 2.0 services if offered by the library in the future.

Keywords: Malaysian Public Library, Web 2.0, Web 2.0, Social Media, Youth


Abstrak
Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk memberikan gambaran penawaran aplikasi Web 2.0 dikalangan perpustakaan awam di Malaysia dan juga gambaran kesedaran penggunaan aplikasi ini di kalangan remaja Malaysia. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk meneroka jenis Web 2.0 yang digunakan oleh perpustakaan awam, sejauh mana penawarannya, bagaimana meluas aplikasi ini di guna pakai dan kesedaran pengguna dikalangan remaja tentang penawaran aplikasi ini . Kajian ini menggabungkan  kaedah analisis web, temubual dan juga soal selidik. Kesemua 14 perpustakaan awam negeri dan 536 remaja Malaysia terlibat dalam kajian ini. Penemuan menunjukkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) merupakan perpustakaan yang paling banyak menawarkan perkhidmatan Web 2.0 (6 aplikasi) manakala laman Facebook adalah aplikasi tertinggi yang digunakan di kalangan perpustakaan awam Malaysia. Melalui pemerhatian terhadap kandungan aplikasi Web 2.0 yang ditawarkan dikalangan perpustakaan awam di Malaysia boleh dikatakan penawarannya masih di peringkat awal dan kebanyakan perpustakaan merancang untuk meningkatkan penggunaan bagi perkhidmatan yang lebih baik. Walau bagaimanapun kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat garis panduan ataupun polisi yang jelas dalam pembangunan aplikasi ini. Sementara ini, melalui soal selidik, data menunjukkan remaja Malaysia kurang sedar akan penawaran perkhidmatan Web 2.0 oleh perpustakaan awam dan mereka amat bersetuju dan akan menggunakan perkhidmatan Web 2.0 jika ditawarkan oleh perpustakaan di masa hadapan.

Kata Kunci: Perpustakaan Awam Malaysia, Web 2.0, Perpustakaan 2.0, Media Sosial, Remaja




PENGENALAN

Perpustakaan awam adalah sumber utama dalam proses pencarian maklumat secara asasnya oleh masyarakat setempat. Perpustakaan awam menawarkan perkhidmatan maklumat dengan menawarkan kepelbagaian bentuk sumber maklumat seperti buku, jurnal, makalah, mikrofilem, pangkalan data dan sebagainya. Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi telah membawa pengaruh dan perubahan yang besar dalam menyumbang kepada transformasi perpustakaan kearah perkhidmatan yang lebih dinamik, berdaya saing dan kreatif dalam menarik minat penggunanya.  Revolusi  ICT dan teknologi memecahkan satu demi satu batu sempadan negara di dunia dan menjangkau jauh melepasi had kemampuan fizikal. Dunia seolah-olah semakin mengecil dengan segala bentuk pengaksesan dan capaian hanya dihujung jari sahaja tanpa batasan masa dan tempat. Profession pustakawan turut menerima tempias agar peranan mereka seiring dengan tuntutan arus kemajuan dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan tidak ketinggalan. Pustakawan harus mempelajari bidang-bidang baru yang lebih kompeten dan mempunyai nilai tambah sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna generasi baru. Penggunaan pelbagai aplikasi Web 2.0 seperti media sosial Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Blog dan sebagainya telah menjadi satu fenomena luar biasa di kalangan pengguna ICT, terutamanya golongan Y dan Z. Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan pengguna media sosial Facebook didunia telah meningkat kepada 1.15 bilion manakala lebih dari 13 juta darinya adalah pengguna Malaysia (Socialbakers.com, 2013). Dalam era Web 2.0, perpustakaan juga perlu mengambil langkah-langkah segera serta peluang menggunakan teknologi ini dalam penyampaian perkhidmatan mereka kepada pengguna. Menurut Alexander (2006), teknologi Web 2.0  meransang kerjasama dikalangan pengguna dimana ianya menjana pemikiran dan strategi baru bagi memenuhi permintaan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah. Web 2.0 dengan memiliki keupayaan multimedia interaktif, mudah untuk digunakan, reka bentuk antara muka dengan gambaran visual yang menarik perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh perpustakaan bagi menjalankan aktiviti promosi, menyampaikan maklumat dan perkhidmatan terus kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, dalam konteks negara-negara membangun seperti Malaysia, isu-isu yang timbul seperti sejauh mana teknologi ini mudah diterima oleh masyarakat tempatan (terutamanya di kalangan remaja) dan bagaimana teknologi ini (Web 2.0/Library 2.0/perkhidmatan sosial media) boleh digunakan untuk menyokong kepada penyampaian maklumat dan perkhidmatan perpustakaan, terutama di kalangan perpustakaan awam. Walaupun statistik telah membuktikan Malaysia adalah antara negara-negara membangun yang aktif menggunakan rangkaian media sosial sebagai medium komunikasi dan perkongsian maklumat, walaubagaimanapun kebimbangan utama yang akan dikaji adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan awam. Masakini perpustakaan awam tidak hanya menanti kedatangan pengunjung malahan perlu bergerak lebih  aktif dan efektif  mencari pengguna dengan bantuan Web 2.0. serta dapat merialisasikan konsep masyarakat maya yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Peranan perpustakaan dan pustakawan dalam mentransformasikan perkhidmatan Web 2.0 ini sangat besar dan perlu dilaksanakan dengan teliti dan sistematik dalam memperkasakan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penyampaian maklumat. Kajian ini secara tidak langsung akan membantu perpustakaan awam merialisasikan konsep penyebaran maklumat dengan menggunakan bantuan Web 2.0 dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memenuhi polar kehendak masyarakat era kini yang celik IT.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat peranan perpustakaan awam dan pustakawan dalam mentranformasikan perkhidmatan baru dan secara tidak langsung merealisasikan konsep penyebaran dan penyampaian maklumat  menggunakan aplikasi Web 2.0. Kajian ini juga melihat kepada penerimaan perkhidmatan ini dikalangan remaja di Malaysia. Bagi mencapai matlamat kajian, beberapa soalan kajian dibangunkan untuk menjawab persoalan kepada penawaran aplikasi Web 2.0

SK1      :   Apakah aplikasi Web 2.0 yang menjadi trend penggunaan/perlaksanaan dikalangan
    perpustakaan awam di Malaysia?
SK2      :  Apakah tujuan aplikasi ini ditawarkan dan sejauhmana perpustakaan menggunakan
    aplikasi ini untuk meningkatkan hubungan dengan penggunanya?
SK3      :  Sejauh manakah penerimaan pengguna keatas penawaran perkhidmatan Web 2.0
                Perpustakaan?

SOROTAN KAJIAN

Penggunaan aplikasi Web 2.0 dikalangan masyarakat dunia telah menjadi satu fenomena terutama sekali dikalangan generasi baru.  Menurut Tim Berner, Sir Web 1.0 adalah mengenai hubungan manusia dan ianya adalah berbentuk interaktif manakala Web 2.0 adalah penggunaan standard yang berterusan dan dihasilkan oleh oleh manusia yang terlibat dengan Web 1.0. Terma Web 2.0 telah di konsepkan oleh Tim O’Reily dan Dale Dougherty pada tahun 2004 (O’Reilly,2005). Ianya merujuk kepada pelbagai definisi : (1) laman web yang berasaskan kepada penggunaan teknologi, (2) mengandungi ciri-ciri komponen sosial dan (3) berorientasi kandungan yang dijana oleh  pengguna (Cormode and Krishnamurthy,2008).Teknologi Web 2.0 menandakan bermulanya revolusi maklumat yang ditransformasikan ke arah bidang sosial. Penggunaan laman web yang interaktif merupakan salah satu paltform bagi pengguna menyebarkan maklumat, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi secara aktif. Perubahan secara mendadak ini memberikan satu cabaran baru kepada profesion pustakawan untuk mengkaji sejauh mana perkembangan dan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan (Bronstein and Aharony, 2009). Perpustakaan 2.0 merupakan satu perubahan cara bagaimana perpustakaan berinteraksi dengan pengguna. Perkembangan teknologi Web 2.0 merupakan pengaruh besar ke atas perubahan ini. Perubahan ini juga memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi daripada pustakawan (Isto Hivula et al., 2013). Cullen (2008) menyatakan bahawa Perpustakaan 2.0 (Library 2.0) merupakan komunikasi utama yang berorientasikan  pengguna. Abraham (2008) juga mengatakan bahawa  Perpustakaan 2.0 mesti mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang tingkah laku pengguna.

Chawner (2008) telah mengkategorikan 4 peranan pustakawan di dalam penggunanaan media sosial. Peranan itu ialah sebagai content consumer (passive), content commenter ( reactive), content creator (proactive) and content collector ( current awareness). Beliau lebih selesa mentakrifkan peranan pustakawan sebagai content consumer dan collector berbanding memainkan peranan dengan lebih proaktif dan reaktif. Menurut Oberhelman (2007), "Web 2.0 secara amnya merujuk kepada alat web itu, dan bukannya bertindak sebagai forum bagi pihak berkuasa untuk memberikan maklumat kepada pendengar yang pasif menerima, sebenarnya mengundang pelawat laman mengulas, bekerjasama, dan mengedit maklumat….. ". Manakala Perpustakaan 2.0 pula bermaksud satu laman web yang terbuka kepada semua, interaktif, dapat menampung aplikasi Web 2.0 dan wujud kerjasama dengan pengguna (Xu, Ouyang dan Chu, 2009). Isto Huvila et al.(2013) dalam kajiannya mengatakan fenomena Perpustakaan 2.0 didefinasikan sebagai perubahan cara interaksi diantara perpustakaan dan pengguna perpustakaan (Holmberg et al., 2009). Berdasarkan definisi tersebut, perkembangan teknologi didalam peralatan dan teknik laman web menjadi faktor perubahan berlaku. Perpustakaan 2.0 juga bermakna perubahan ke arah peningkatan penggunaan media sosial dan apa yang dipanggil Web 2.0  sebagai alat di perpustakaan. Aspek perubahan itu boleh dianggap mempunyai implikasi yang besar kepada kemahiran dan pengalaman yang diperlukan oleh pustakawan.

Sementara itu Squires dan Golden (2009), mengatakan bahawa hari ini, Web 2.0 merupakan satu aplikasi yang digunakan sebagai salah satu cara menjalinkan hubungan dengan lebih mudah dan perpustakaan awam sedia memberikan kerjasama. Walaupun fokus utama perkhidmatan perpustakaan awam banyak tertumpu pada pembangunan sumber dan program untuk kanak-kanak dan remaja, aplikasi Web 2.0 banyak membantu perpustakaan awam bagi membantu dan membimbing  pelajar menjalankan penyelidikan ketika diluar  persekitaran sekolah mereka. Pada bila-bila masa sahaja pustakawan boleh membantu dalam pencarian maklumat yang berkesan beserta dengan contoh-contoh dan teknik yang lebih kreatif dan inovatif. Menurut Ram (2011) pula pengenalan ICT kepada perpustakaan telah banyak membantu bagi mengatasi rutin dan tugas yang berulang-ulang serta menawarkan kaedah pembelajaran baru yang lebih inovatif melalui pelbagai mod iaitu (a) secara serentak ; kandungan yang berbeza dan bahan-bahan pembelajaran yang interaktif, (b) fleksibiliti ; masa,tempat dan kadar serta memberi peluang kepada guru-guru meluangkan masa bagi mencipta teknik pembelajaran yang lebih terkini dan mencabar. Kemunculan aplikasi Web 2.0 merupakan satu transformasi teknologi (Joint, 2010), yang telah memberi jangkauan dan jalan yang baru kepada generasi pengguna perpustakaan  yang akan datang dimana mereka boleh berinteraksi pada bila-bila masa sahaja, menjimatkan masa dan lebih berinteraktif dalm proses pembelajaran. Smith (2013), telah membuat ulasan daripada buku Do You Web 2.0?: Public Libraries and Social Networking hasil tulisan Linda Berube. Didalam ulasan beliau mengatakan, pengenalan kepada Web 2.0 merupakan satu isu yang praktikal dan perlu diuruskan secara efektif. Halangan yang  biasanya wujud ialah hasil dari perbezaan persepsi dan tanggapan terhadap fungsi teknologi  yang digunakan. Ianya jelas bahawa tidak hanya cukup memahami atau menghargai apa yang teknologi boleh lakukan tetapi juga apa yang perlu dilakukan untuk mengintegerasikan pemahaman ini ke dalam perkhidmatan yang sedia ada. Jika seorang pustakawan tidak berminat menjalinkan interaksi, maka hakikatnya bahawa blog dan perkhidmatan rangkaian sosial hanya wujud tanpa maklumbalas dari pengguna dan sudah tentu seseorang biasanya dari pengurusan tertinggi akan bertanya apakah faedah yg diperolehi dari aplikasi ini.

METHODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengabungkan 3 kaedah untuk mendapatkan keseluruhan data yang diperlukan. Ianya terdiri daripada analisis kandungan laman web, temubual dikalangan pegawai yang bertangunggjawab keatas pembangunan/penyelengaraan aplikasi Web 2.0, dan soal selidik keatas pengguna. Analisis kandungan  web perpustakaan dijalankan secara umum dan hanya melibatkan pemerhatian keatas paparan hadapan (first link view) setiap laman web perpustakaan awam untuk melihat apakah jenis Web 2.0 yang dibangunkan/ditawarkan oleh setiap perpustakaan. Analisis ini dilakukan 2 kali iaitu sebelum dan selepas temubual dijalankan. Seterusnya, temubual secara bersemuka (individual interview) dan juga melalui telefon telah dijalankan dengan pegawai-pegawai perpustakaan (pegawai IT / Pustakawan) untuk mengenal pasti tujuan utama aplikasi ini dibangunkan, serta mengumpul faktor penting yang telah memberi kesan kepada pelaksanaan Aplikasi Web 2.0 di perpustakaan ini. Daripada 14 sampel Perpustakaan Awam yang dipilih bagi kajian ini, hanya 11 Perpustakaan sahaja yang dapat di temubual. Faktor kos dan kekangan masa merupakan faktor yang melambatkan proses temubual dijalankan. Setiap perpustakaan yang di temubual di beri kod PA1-PA14. Seterusnya, soal selidik ke atas remaja dilakukan di seluruh Malaysia untuk melihat persepsi dan penerimaan remaja akan penawaran aplikasi Web 2.0 oleh perpustakaan awam. Sebanyak 536 responden yang terdiri dari remaja seluruh Malaysia berumur antara 12-18 terlibat dalam kajian ini meliputi Sabah dan Sarawak

ANALISIS DATA
1) ANALISI KANDUNGAN LAMAN WEB

1.1   Mengenal pasti perpustakaan awam yang mempunyai aplikasi Web 2.0.

Kewujudan dan penawaran keatas aplikasi Web 2.0 yang disediakan oleh perpustakaan awam di Malaysia dikenalpasti melalui laman web atau portal rasmi perpustakaan awam tersebut. Satu senarai semak yang mengandungi 8 aplikasi dibangunkan untuk melihat akan penawaran aplikasi Web 2.0 ini. Jika didapati perpustakaan awam tersebut mempunyai penawaran atau ada kewujudan ikon-ikon Web 2.0, didalam laman web perpustakaan maka ianya akan ditandakan sebagai “Ya”, manakala jika sebaliknya ianya akan ditanda sebagai “Tidak”. Setiap ikon yang wujud ini juga disemak sekali lagi untuk melihat sama ada ianya aktif digunakan ataupun sekadar hiasan.

1.2   jenis Web 2.0 yang digunakan oleh perpustakaan awam di Malaysia?

Melalui semakan ke atas setiap laman web atau portal rasmi 14 perpustakaan awam utama di Malaysia (sehingga 15 Julai 2013), dapatan data menunjukkan hampir kesemua perpustakaan awam ini membangunkan dan menawarkan sekurang-kurangnya satu jenis aplikasi Web 2.0 dan rata-ratanya  3 jenis aplikasi Web 2.0 (PPAKB, PPANP, PPASB, PPAS dan PPATG). Menariknya melalui semakan pertama keatas setiap portal perpustakaan awam pada awal Februari 2012 dan sehingga temubual dijalankan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPATG) tidak menawarkan apa-apa perkhidmatan Web 2.0 namun semakan terkini (15 Julai 2013) mendapati perpustakaan ini telah menawarkan 3 jenis aplikasi Web 2.0 iaitu halaman Wikipedia, pautan RSS dan laman Facebook. Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) merupakan perpustakaan awam yang paling banyak menawarkan aplikasi Web 2.0 iaitu sebanyak 6 jenis aplikasi berbanding 8 jenis aplikasi yang dikaji (Lihat Rajah 1).  Namun demikian, pada semakan pertama penyelidik menemui ikon Ask Librarian didalam portal PPAPP namun ianya tidak aktif dan tiada apa-apa respon dari PPAPP apabila penyelidik mencubanya. Semasa proses temubual dengan pegawai PPAPP, penyelidik ada memaklumkan berkenaan perkara ini dan mendapat maklumbalas bahawa perkhidmatan sembang bersama pustakawan atau Ask Librarian tidak dapat ditawarkan lagi akibat kekangan masa dan kekurangan staf bagi mengendalikan perkhidmatan ini. Namun demikian, sebagai alternatifnya, pengguna boleh memberi apa jua maklumbalas, komen dan cadangan melalui Facebook perpustakaan. Seterusnya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang (PPAPH) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) masing-masing menawarkan sebanyak 5 aplikasi Web 2.0. Semakan kali kedua juga menemukan data yang menarik keatas portal Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK), dimana perpustakaan awam ini tidak lagi mempunyai / tidak menawarkan apa-apa jenis aplikasi Web 2.0 walaupun pada semakan pertama, mereka mempunyai 3 jenis aplikasi Web 2.0. Seperti yang dijangkakan, Facebook merupakan aplikasi yang paling banyak ditawarkan oleh pepustakaan. Ini kerana aplikasi ini merupakan aplikasi yang menjadi trend penggunaan terkini dalam membentuk satu transformasi hubungan yang lebih meluas dikalangan pengguna Facebook.

Hampir kesemua perpustakaan awam mempunyai laman Facebook (93%) masing-masing kecuali PPANPK walaupun pada awal semakan, perpustakaan ini mempunyai laman Facebook nya. Ini diikuti dengan penawaran aplikasi RSS (64%) dan Youtube (43%). Walaupun begitu RSS merupakan aplikasi yang memang tersedia secara automatik bagi perpustakaan yang membangunkan laman web / portal menggunakan perisian Joomlaa. Lain-lain aplikasi yang digunakan oleh perpustakaan awam adalah sebanyak 29% bagi blog dan Twitter serta Wikis sebanyak 21%. Analisis web terkini juga mendapati bahawa tiada perpustakaan awam menawarkan perkhidmatan Instant Messaging atau sembang bersama pustakawan walaupun ada perpustakaan yang mempunyai perkhidmatan ini (PPAPP dan PNM) melalui semakan pertama.


2) Analisis Temubual

2.1 Pembangunan dan Penawaran Aplikasi Web 2.0

Pembangunan dan penawaran perkhidmatan aplikasi Web 2.0 dikalangan perpustakaan awam boleh dikatakan sangat perlahan dan hanya bermula di akhir tahun 2008 walaupun aplikasi ini berada di ruangan siber bermula tahun 2004. Melalui maklumbalas yang diterima melalui temubual yang dijalankan dikalangan 11 buah perpustakaan awam di Malaysia, kebanyakan perpustakaan mula membangunkan aplikasi ini bermula tahun 2008 dimana, Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang terawal menggunakannya dan kemudian diikuti oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Terengganu, Sabah, Sarawak, Johor, dan Perlis pada tahun 2009.
Beberapa penemuan yang menarik dan penting didapati melalui data analisis web dan juga temubual diantara pegawai  mendedahkan beberapa penemuan yang penting yang bercanggah atau tidak selari diantara kedua-dua dapatan data. Melalui penyemakan kandungan web ataupun analisis kandungan  PA1, dapatan data menunjukkan bahawa PA1 ada menawarkan khidmat chatting (Ask Librarian) melalui portal u-Pustaka, namun apabila penyelidik mencuba untuk menggunakannya, ianya tidak berfungsi dan tidak mempunyai apa-apa respon atau maklumbalas berkaitan masalah yang dihadapi walaupun penyelidik telah menghantar emel bagi memaklumkan akan ketidakfungsian perkhidmatan Ask Librarian tersebut. Melalui temubual yang telah dijalankan, pegawai yang bertanggungjawab keatas portal rasmi PA1 dan juga perkhidmatan Web 2.0, menyatakan bahawa  “u-Pustaka bukan dibangun dan diselenggarakan oleh pihak PA1. Ianya di bangunkan oleh pihak ketiga melalui konsortium yang telah ditubuhkan dengan syarikat swasta dan dibiayai oleh kerajaan.  Oleh yang demikian, PA1 tidak bertanggungjawab ke atas penyelenggaran mahupun mengemaskini portal u-Pustaka tersebut”. Melalui temubual tersebut juga, penyelidik dimaklumkan bahawa aplikasi atau perkhidmatan Web 2.0 yang pertama dibangunkan oleh PA1 adalah Blog pada tahun 2009. Namun demikian, tinjauan ke atas portal blog PA1, ianya didapati, pihak PA1 tidak menggunakan kata nama rasmi blog sebagai Blog PA1, sebaliknya blog tersebut menggunakan identiti atau nama pengarahnya. Menurut pegawai tersebut, “pengarah  amat suka menulis berkaitan berita-berita atau apa-apa aktiviti yang berkaitan PA1, peristiwa penting dan juga ucapannya didalam blog tersebut. Pada awalnya blog tersebut adalah tulisan sendiri pengarah PA1, namun demikian, pengurusan PA1 melihat ianya satu amalan yang baik (best practices) untuk menjadikan blog tersebut sebagai blog rasmi PA1. Kini, setelah diistiharkan blog tersebut sebagai blog rasmi PA1, maka segala urusan mengemaskini dan menyelenggara blog tersebut diletakkan dibawah pengurusan korporat”.  Seterusnya pada tahun 2010, PA1 membangunkan aplikasi Facebook dan Flickr. Manakala aplikasi RSS adalah aplikasi sedia ada (automated generate) yang terdapat didalam portal joomla. Kini PA1 menawarkan 5 aplikasi Web 2.0 dengan yang terkini Twitter bagi kemudahan atau cara mendekatkan diri dengan pengguna PA1.
Seterusnya melalui temubual ke atas PA4, penyelidik dimaklumkan bahawa PA4 mula membangunkan aplikasi Web 2.0 pada tahun 2011 dengan aplikasi yang pertama yang ditawarkan adalah Facebook dan RSS kemudiannya diikuti dengan Wikipedia. Walaupun PA4 cuma membangunkan / menawarkan 3 aplikasi Web 2.0, namun demikan melalui pemerhatian penyelidik ke atas kandungan didalam Web 2.0 perpustakaan ini, penyelidik mendapati bahawa PA4 merupakan antara Perpustakaan yang paling aktif menggunakan media Web 2.0 terutamanya aplikasi Facebook bagi tujuan promosi dan perhubungan dengan pengguna mereka. Melalui temubual yang dijalankan juga, penyelidik mendapati pegawai yang bertanggungjawab ke atas pembangunan ini amat peka dan cepat dalam mengadaptasikan perkhidmatan terkini dan mengikuti trend terkini yang bersesuaian dengan kehendak pengguna terutama golongan belia. Menurut pegawai PA4 tersebut “aplikasi Web 2.0 ini dibangunkan selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh MAMPU, yang memerlukan semua jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi mempunyai rangkaian sosial media untuk mendekati rakyat secara umum”.  Oleh itu, PA4 cuba merealisasikan arahan tersebut dan menggunakan Facebook dalam mendekati penggunanya secara lebih dekat dan mesra.
Satu penemuan yang menarik juga didapati melalui temubual dengan pihak PA14 dan dapatan data analisis kandungan Web 2.0.  Menurut pegawai IT yang bertanggugjawab dalam pembangunan portal PA14, PA14 tidak menawarkan ataupun membangunkan sebarang aplikasi Web 2.0” namun demikian, melalui analisis kandungan Web 2.0 yang dijalankan pada awal 2012, penyelidik mendapati wujud akaun Facebook atas nama PA14, namun pegawai tersebut memaklumkan “ianya bukan laman facebook rasmi perpustakaan PA14 sebaliknya dibangunkan oleh staf perpustakaan atas inisitiaf sendiri tanpa ada arahan dari pihak pengurusan dan ianya bertujuan untuk membantu pihak PA14 dalam mempromosi apa-apa aktiviti dan perkhidmatan terbaru kepada pelanggan”.  Menariknya, melalui semakan semula keatas kandungan Web 2.0 PA14 pada 15 Julai 2013, penyelidik mendapati, kini PA14 mempunyai 3 aplikasi Web 2.0 iaitu Facebook, Wikipedia dan RSS.
Seterusnya, temu bual dengan pegawai IT PA13 pada 12 Januari 2012, mendedahkan bahawa perpustakaan hanya mempunyai dua jenis aplikasi Web 2.0, Facebook dan Twitter. Laman ini pada asalnya laman bukan rasmi PA13 kerana ianya dibangunkan/diwujudkan oleh kakitangan fotografi yang bertujuan bagi perkongsian maklumat, aktiviti-aktiviti dan peristiwa penting diantara kakitangan PA13. Namun demikian, setelah PA13 menjalankan penjenaamaan semula ke atas semua perkhidmatan PA13 di akhir tahun 2010, laman Facebook dan Twitter ini dijadikan laman rasmi perpustakaan dan menjadi salah satu perkhidmatan penting dalam mempromosikan PA13 secara menyeluruh dan efektif.  Melalui analisis kandungan (analisis kedua) pada 15 julai 2012, PA13 menawarkan 5 aplikasi Web 2.0 iaitu RSS, Blog, Youtube, Twitter dan Facebook. Namun demikian, RSS merupakan aplikasi sedia ada yang terdapat didalam Portal Web PA13 yang menggunakan perisian Joomla.
Manakala melalui temubual dengan Penolong Pegawai IT PA12 yang bertanggungjawab ke atas aplikasi Web 2.0, data menunjukkan PA12 ini mewujudkan laman Facebook diakhir tahun 2009, manakala laman Twitter pula dipertengahan tahun 2010. Menariknya, melalui temubual yang telah dijalankan terhadap 11 buah perpustakaan awam (perpustakaan negeri), PA12 merupakan satu-satunya perpustakaan awam negeri di Malaysia yang membentuk/mewujudkan satu jawatankuasa khas yang bertanggungjawab dalam mengemaskini, menyelengara, membuat promosi/hebahan dan juga membuat laporan khas keatas perkhidmatan Web 2.0 ini. Menurut pegawai tersebut “Jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan-kakitangan dari setiap unit yang aktif menggunakan aplikasi Web 2.0 dan berminat untuk menyumbang tenaga dalam membantu mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan PA12 disamping memberi khidmat nasihat secara terus kepada pengguna mengikut bidang masing-masing. Jawatankuasa ini terletak dibawah tanggungjawab Knowledge Management Unit dan dibawah pengawasan jabatan Community Technology Networking. Melalui semakan terkini, PA12 mempunyai 3 aplikasi Web 2.0 iaitu Twitter, RSS dan Facebook manakala 1 aplikasi WebCast (koleksi e-Video dan audio) yang tidak mempunyai ciri-ciri aplikasi Web 2.0.
Seterusnya temubual yang dijalankan keatas PA7 pada 12 Mac 2012, mendapati Perpustakaan ini telah lama mewujudkan aplikasi Blog, namun bermula tahun 2010, PA7 aktif menggunakan Laman Facebook dan Blog sebagai salah satu perkhidmatan mereka. Menurut pegawai yang ditemubual “Pembangunan dan penawaran perkhidmatan Facebook dilaksanakan kerana, melalui pemerhatian trend pengguna masa kini dan juga melalui kriteria yang ditetapkan oleh MEMDEC dalam memberi pengiktirafan keatas laman portal badan-badan kerajaan. Pada tahun 2010, PA7 menerima pengiktirafan 2 bintang ke atas pembangunan Web Portal Perpustakaan manakala pada 2011, PA7 menerima pengiktirafan 4 bintang setelah memasukkan aplikasi Web 2.0 didalam portal perpustakaan. Rentetan dari itu PA7 berharap dapat menyediakan lebih banyak aplikasi Web 2.0 ini dalam memantapkan proses penyampaian maklumat dan juga kegirangan pelanggan ke atas perkhidmatan yang ditawarkan”.   Analisis terbaru (ke atas kandungan Web 2.0) menunjukkan PA7 kini menawarkan 5 aplikasi Web 2.0 iaitu RSS, Blog, Youtube, Twitter dan Facebook, berbanding 1 aplikasi sahaja pada tahun 2012.
Sementara itu, melalui temubual yang dijalankan dengan 3 orang Penolong Pegawai Teknologi PA10 pada 13 Februari 2012, satu penemuan menarik juga telah dikenalpasti melalui temubual ini. PA10 mula membangunkan laman web blognya pada bulan Jun 2010 yang dikhaskan untuk tatapan kakitangannya bagi perkongsian pintar aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dengan perkembangan trend terkini dan juga keperluan perkongsian maklumat yang lebih luas PA10 membangunkan atau mewujudkan 2 laman Facebook, Twitter dan Flickr yang berbeza fungsinya bagi kakitangan dan juga penggunanya. Menurut salah seorang pegawai yang ditemubual “Kewujudan 2 akaun yang berbeza ini kerana PA10 merasakan perlunya mereka mengasingkan sesuatu maklumat atau informasi untuk disalurkan kepada sasaran pengguna agar ianya lebih bermanfaat dan berguna. Sebagai contoh, bagi akaun yang dikhaskan kepada kakitangan, maklumat atau sumber yang akan disampaikan adalah seperti ucapan-ucapan, pekeliling, aktiviti kekeluargaan kakitangan dan apa jua yang berkaitan dengan kakitangan dan pengurusan PA10, manakala bagi akaun untuk pengguna, ianya adalah maklumat berkenaan perkhidmatan, aktiviti bersama komuniti dan apa jua maklumat yang dirasakan sesuai untuk tatapan pengguna sahaja disalurkan. Ini amat penting supaya penyampaian sesuatu maklumat dapat disalurkan dengan lebih baik dan penerimannya lebih meluas berbanding jika mencampuradukkan perkara-perkara yang tidak relevan untuk tatapan sasaran pengguna ini”. Menariknya juga, aplikasi yang dibangunkan seperti Facebook, Flickr, Youtube dan Twitter PA10, semuanya dicadangkan oleh pengguna PA10 melalui borang maklum balas perkhidmatan pelanggan. Melalui analisis kandungan terkini pada 15 Julai 2013, PPAPP mempunyai  2 Laman Youtube, 2 Laman Flickr, 1 laman Facebook, Twitter, RSS dan blog.
Semasa temubual dengan 2 orang pegawai Teknologi Maklumat PA8 pada 14 Feb 2012 dan analisis kandungan web pada awal Januari 2012, didapati PA8 cuma mempunyai 2 akaun  iaitu laman Blog dan Facebook, manakala RSS merupakan aplikasi sedia ada didalam portal PA8. Menurut pegawai yang ditemubual secara telefon, PA8 membangunkan dan menawarkan aplikasi Web 2.0 ini pada tahun 2009 dan ia sebenarnya di wujudkan oleh kakitangan perpustakaan dalam membantu PA8 secara sukarela untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan aktiviti-aktiviti dan program-program yang dilaksanakan oleh perpustakaan dan ia merupakan akaun tidak rasmi bagi PA8. Bagaimanapun setelah melihat kepada trend penggunaan Web 2.0 terlalu tinggi dikalangan masyarakat awam dan keperluan untuk menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu bentuk promosi perpustakaan yang lebih efisien, maka PA8 memutuskan untuk menjadikan akaun ini secara rasmi sekitar akhir tahun 2009. Manakala bagi laman blog pula, pada awalnya ia bertujuan untuk menyimpan dan merekodkan semua aktiviti kakitangan seperti sukan, hari keluarga, gotong royong dan sebagainya.” Kini PA8 telah menambah satu lagi aplikasi Web 2.0 iaitu Youtube sebagai salah satu perkhidmatan atas talian mereka.


2.2  Objektif dan tujuan pembangunan/penawaran perkhidmatan Web 2.0 kepada pengguna
Hampir kesemua pegawai perpustakaan awam yang ditemubual menyatakan tujuan utama mereka membangunkan atau menyediakan perkhidmatan Web 2.0 adalah bagi memudahkan  sesuatu promosi dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Sebagai contoh, melalui temubual yang dijalankan ke atas pegawai perpustakaan PA4, beliau menyatakan, “...tujuan utama PA4 membangunkan atau menawarkan perkhidmatan Web 2.0 ini adalah untuk memudahkan perpustakaan untuk berkomunikasi dengan pengunanya, dan memaklumkan (membuat hebahan) berkenaan aktitiviti-aktiviti, program-program yang dijalankan atau apa jua maklumat berkenaan perpustakaan dengan cara yang lebih cepat, cekap dan efisien. Aplikasi ini juga sangat mudah digunakan dan bersifat “userfriendly” dan maklumat dapat disebarkan dengan lebih meluas dan cepat. Kos promosi dan  penyebaran maklumat menggunakan medium ini adalah sangat minimum dan boleh dikatakan hampir percuma berbanding penggunaan promosi menggunakan kaedah konvensional seperti membuat banner, bunting, iklan di akhbar-akhbar atau radio dan sebagainya. Begitu juga perpustakaan PA5, pegawai tersebut menyatakan, “ aplikasi ini memudahkan perpustakaan untuk membuat promosi dengan lebih cepat dan paling penting ianya percuma”. Kenyataan ini juga  turut disokong oleh pustakawan yang ditemubual dari  Perpustakaan Negara Malaysia.  Sementara itu, melalui temubual yang dijalankan terhadap 2 orang kuat perpustakaan PA13 yang bertanggungjawab ke atas pembangunan aplikasi Web 2.0 ini, mereka menyatakan, PA13 sentiasa mempunyai program atau aktiviti yang dibuat secara ad-hoc. Oleh itu mereka perlu menggunakan medium ini bagi mempromosikan segala aktiviti yang dijalankan secara ad-hoc supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat,  meluas dan menjimatkan masa berbanding cara konvensional.
Selain daripada itu, ada juga perpustakaan menyatakan tujuan mereka membangunkan atau menawarkan perkhidmatan Web 2.0 ini adalah kerana mereka menerima arahan daripada kerajaan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau badan-badan kerajaan seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Multimedia Development Corporation (MDeC). Menurut pegawai IT PA4, "kewujudan laman facebook PA4 adalah disebabkan arahan daripada MAMPU... dimana badan ini mengkehendaki semua agensi kerajaan perlu mempunyai rangkaian media sosial... supaya proses penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cekap." Begitu juga dengan PA5, pegawai yang ditemubual menyatakan bahawa "Kerajaan Negeri Melaka telah menggesa semua jabatan kerajaan untuk mempunyai laman rangkaian sosial seperti Facebook untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan masyarakat” . Sesuatu yang menarik untuk dikongsi, melalui temubual bersama dengan pegawai dari PA7, beliau menyatakan, “ Pembangunan aplikasi Web 2.0 PA7 adalah disebabkan oleh kriteria penilaian ke atas setiap portal badan kerajaan yang dibuat oleh MDEC, dimana badan kerajaan yang mempunyai aplikasi Web 2.0 seperti media sosial Facebook mempunyai kelebihan dari segi permarkahan. Oleh itu, pengurusan PA7 cuba menawarkan seberapa banyak aplikasi Web 2.0 bagi mendapat kelebihan penilaian tersebut”. Begitu juga PA13, pegawai yang ditemubual menyatakan, PA13 sentiasa memastikan maklumat yang terdapat didalam Facebook PA13 sentiasa dikemaskini dan juga maklumat yang disampaikan tepat dan berkualiti bagi makluman penggunanya. Ia bertujuan supaya tidak ada pihak yang akan mempertikaikan maklumat yang diberi melalui Facebook PA13 ini.” Melalui amalan ini laman web PA13 termasuk Facebook telah menerima anugerah 4 bintang daripada MDeC dan pernah memenangi anugerah Inovasi Laman Web terbaik  dari MAMPU ".
Sementara itu melalui temubual dengan pegawai dari PA12, beliau menyatakan, PA12 sentiasa melihat dan amat sensitif (peka) dengan kehadiran teknologi atau aplikasi baru yang digunakan oleh masyarakat hari ini...trend penggunaan Facebook, Twitter, Youtube, Podcast, RSS, dan lain-lain aplikasi Web 2.0 yang semakin popular membuatkan PA12 cuba untuk membangunkan sebanyak mungkin sebagai salah satu perkhidmatan PA12. Objektif utama pembangunan atau penawaran perkhidmatan ini adalah untuk mendekati pengguna  dan masyarakat secara khususnya, mewujudkan rangkaian atau komunikasi dua hala antara perpustakaan dan masyarakat serta memudahkan proses penyaluran maklumat atau promosi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Selepas hampir 3 tahun menggunakan aplikasi ini, PA12 mendapati medium ini adalah salah satu cara yang paling cepat dan berkesan dalam membuat promosi. Sebagai contoh: PA12 telah menganjurkan satu program tayangan yang di buat pada waktu malam. PA12 memaklumkan program ini melalui laman facebook dan akaun twitter PA12, serta juga menggunakan kaedah konvensional untuk mempromosikan program ini. Melalui gabungan bentuk promosi ini, hampir 500 orang pengunjung yang hadir pada program tersebut. Ianya satu pencapaian yang diluar jangkaan dan mendapat maklum balas yang sangat positif dari pengunjung. 
Pada masa kini, Web 2.0 merupakan trend yang popular dalam membentuk sesuatu hubungan (mewujudkan jaringan hubungan yang lebih meluas) dan juga satu cara bersosial masyarakat sekarang. Munurut pegawai dari PA4, “ Web 2.0 terutamanya Facebook merupakan aplikasi yang mesra pelanggan (user-freindly) dan sangat meluas penggunaannya terutama dikalangan remaja, lebih-lebih lagi sesuatu maklumat dapat tersebar dengan lebih meluas dan cepat. Sebagai contoh, apabila seseorang pelanggan perpustakaan melihat sesuatu kiriman (wall post) didalam laman Facebook PA4, jika mereka suka (like) atau komen ataupun berkongsi pautan tersebut (shared), maka rakan-rakan mereka dapat melihat kepada pautan kiriman tersebut. Jika rakan-rakan mereka bertindak sama seperti pengguna pertama tadi maka jaringan maklumat akan lebih meluas dan sesuatu maklumat ini dapat disampaikan dengan lebih cepat dan cekap. Secara logiknya, jika proses ini berulang-ulang maka sesuatu maklumat berkaitan aktiviti dan program-program perpustakaan dapat disampaikan dengan lebih baik, cepat dan meluas disamping menjana rangkaian baru dalam membentuk hubungan diantara perpustakaan, pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baru.”  Di samping itu, pegawai PA1 menyatakan "mudah-mudahan dengan penawaran aplikasi Web 2.0, ianya dapat menarik minat lebih ramai pengguna untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PA1, meningkatkan statistik peminjaman buku dan lain-lain”. Sementara itu, menurut pegawai dari PA13, “ media sosial seperti Facebook ini dapat mewujudkan komunikasi 2 hala yang baik antara pihak PA13 dan pengguna...pengguna bebas memberi pandangan dan cadangan kepada pihak PA13, berkongsi idea dan juga mereka dapat memberi ekspresisasi mereka keatas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PA13. Begitu juga dengan PA2 dan PA6, pegawai yang ditemubual  menyatakan melalui perkhidmatan ini, ianya akan memudahkan komunikasi 2 hala antara pengguna dan perpsutakaan dan juga dapat membentuk hubungan yang lebih mesra dan dekat dihati pengguna.

2.3 Bentuk promosi yang digunakan oleh pihak Perpustakaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna akan kewujudan aplikasi ini.
Melalui analisis Web, temubual yang dijalankan dan pemerhatian secara rambang seperti lawatan ke program-program yang dianjurkan (in-house site visit) mengenai kaedah dan bentuk promosi yang digunakan oleh Perpustakaan Awam di Malaysia bagi memberi kesedaran mengenai penawaran aplikasi Web 2.0 mendapati ada perpustakaan yang memainkan peranan yang aktif dalam mengerakkan promosi ke atas penawaran perkhidmatan ini. Sebagai contoh, pegawai PA4 menyatakan, PA4 melakukan promosi secara langsung dan tidak langsung keatas penawaran aplikasi Web 2.0 ini, salah satunya adalah melalui portal atau laman web rasmi PA4 itu sendiri. Didalam laman web PA4 terdapat ikon “Ikut kami di Facebook (Follow us on Facebook)” dan ikon RSS yang boleh dilihat dengan jelas oleh oleh pengunjung laman web PA4. Selain daripada itu, promosi secara tak langsung adalah melalui penyekatan ke atas beberapa laman web yang tidak dibenarkan dilayari didalam perpustakaan seperti laman Youtube, Twitter dan lain-lain. Apabila pengguna ingin melayari laman tersebut, satu paparan mesej (pop-up window) akan muncul bagi memaklumkan bahawa pengguna tidak dibenarkan mengakes ke laman tersebut. Didalam paparan mesej tersebut, PA4 meletakkan ikon “Ikuti kami di facebook” bagi memaklumkan kepada pengguna bahawa perpustakaan mempunyai akaun Facebook dan pengguna boleh memberi maklumbalas dan melayari laman facebook PA4 untuk melihat aktiviti-aktiviti yang berjalan dan akan dilangsungkan di PA4. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran ke atas pengguna akan kewujudan dan penawaran aplikasi ini kepada pengguna. Menurut pegawai PA4 itu juga, terdapat beberapa penulis blog yang membantu mempromosikan perkhidmatan tersebut. Begitu juga dengan PA5, menurut pegawai PA5, “Pengunjung yang melayari portal atau laman web PA5, akan nampak ikon Facebook dan apabila mereka klik pada ikon tersebut, mereka akan dipautkan dengan laman facebook PA5. Penyelidik juga berpeluang menghadiri lawatan ke Pameran Buku yang dianjurkan oleh PA5 pada bulan Mei 2012. Melalui pemerhatian keatas program tersebut di majlis perasmian, terdapat poster program yang mempunyai isi kandungan logo Facebook PA5 dan juga pengacara majlis ada juga memaklumkan kepada pengunjung untuk melayari laman Facebook PA5 bagi melihat gambar-gambar sepanjang program pameran buku tersebut dan juga bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan PA5. Ianya satu usaha yang baik dalam mempromosikan kewujudan aplikasi ini sekaligus meningkatkan kesedaran orang awam mengenai penawaran perkhidmatan ini.
Sementara itu, menurut pegawai dari PA6, PA10, PA7, PA11 dan PA12 mereka mempromosikan perkhidmatan ini melalui terbitan didalam brosur dan banner serta makluman  melalui email penggguna yang ada dalam sistem perpustakaan. PA6, PA10 dan PA12 juga merupakan antara perpustakaan yang paling aktif menggunakan media sosial untuk berhubung secara langsung dengan penggunanya. Sehinga kini, penyelidik sentiasa mendapat maklumat (update) melalui emel mengenai aktiviti atau program terbaru yang dijalankan oleh perpustakaan awam tersebut.

2.4 Polisi dan garispanduan membangunkan aplikasi Web 2.0
Hampir kesemua perpustakaan awam di Malaysia tidak mempunyai garis panduan atau polisi yang jelas dalam membangunkan aplikasi Web 2.0 ini. Melalui pemerhatian semasa temubual dijalankan, kebanyakan dari pegawai perpustakaan belum sedar akan keperluan dan kepentingan pembentukan polisi dan garis panduan dalam membangunkan perkhidmatan ini. Ada juga darinya menyatakan bahawa penawaran aplikasi Web 2.0 ini bermula dari suka-suka atau inisiatif staf tanpa arahan daripada pihak pengurusan untuk mewujudkan perkhidmatan ini, namun setelah melihat trend pengunaan yang semakin popular dan juga kemudahan dari segi membuat hebahan dan promosi, perpustakaan awam ini akhirnya mengiktiraf aplikasi yang dibangunkan oleh staf mereka sebagai aplikasi rasmi untuk perpustakaan. Namun terdapat juga perpustakaan yang mengunapakai garis panduan yang disediakan oleh badan kerajaan seperti MAMPU.  Seperti yang dimaklumkan oleh pegawai PA4, “Garispanduan yang disediakan oleh MAMPU dalam pembangunan aplikasi media sosial ini lebih mudah, selamat dan praktikal untuk diikuti dan digunakan. Ianya kerana hampir kesemua isu-isu berkaitan keselamatan ICT terkandung didalam garis panduan ini berbanding jika PA4 ingin membangunkan garis panduan sendiri”. Begitu juga dengan PA5, mereka mengunapakai garis panduan ini beserta juga dengan tambahan daripada minit mesyuarat pengurusan PA5 jika ada apa-apa keperluan tambahan yang bersesuaian. Namun berbeza dengan PA13, mereka mempunyai polisi dalam menerbitkan sesuatu maklumat, mereka perlu mendapat kebenaran dari Pengarah PA13 sebelum menerbitkan apa jua maklumat didalam portal perpustakaan mahupun aplikasi Web 2.0. Begitu juga dengan PA1, jabatan IT yang bertanggungjawab ke atas semua aplikasi online mempunyai garis panduan yang ringkas bagi mengurus dan menyelenggara aplikasi Web 2.0. Namun garis panduan ini diwujudkan atas inisiatif jabatan dan  mendapat kebenaran dari pengarah. Garis panduan ini dicipta dan disesuaikan (customized) mengikut apa yang ditawarkan. Pegawai ini juga menjelaskan mengapa mereka tidak menggunapakai garis panduan dari MAMPU. Beliau menyatakan, “ Garis panduan yang diterbitkan oleh MAMPU adalah garis panduan yang sangat umum dan meliputi secara keseluruhan bagi agensi-agensi kerajaan namun ianya tidak memenuhi keperluan sesuatu agensi dan tidak boleh diikuti sepenuhnya, ia perlu disesuaikan dengan apa yang ditawarkan oleh agensi tersebut”.
Sementara itu, menurut pegawai dari PA7, PA7 menerima dan menggunapakai garis panduan dan dasar yang disediakan oleh MAMPU dalam penawaran WEB 2.0......jika perpustakaan mahu mewujudkan satu dasar baru atau garis panduan yang rasmi, ianya perlu dibawa dan dibentangkan didalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri untuk dibahaskan. Proses ini amat rumit dan mengambil masa yang panjang dan jika ia mendapat kelulusan, dasar ini digubal mengikut enakmen. Oleh itu PA7 mengambil keputusan untuk mengunapakai dasar sedia ada dari MAMPU”

3) Analisis soal selidik

3.1 Latar belakang respondent
Soal selidik kajian ini diedarkan secara terus (convenience sampling) kepada remaja-remaja di Malaysia yang berumur diantara 12-18 tahun. Daripada maklum balas yang diterima, majoriti peringkat umur bagi lelaki ialah berumur 14 tahun (29%), diikuti dengan 16 tahun (23%) dan seterusnya respondent yang berumur 15 tahun (18%). Manakala bagi respondent perempuan pula, data yang paling tinggi menunjukkan respondent berumur 16 tahun (31%) menjawab soalselidik ini dan diikuti dengan respondent yang berumur 14 tahun (25%) seterusnya 15 tahun (18%). Responden yang berumur 12 tahun merupakan responden yang paling sedikit menjawab soal selidik ini bagi kedua-dua jantina iaitu hanya 2%. Bagi melihat trend penggunaan aplikasi Web 2.0 dikalangan responden, terlebih dahulu responden ditanya berkaitan dengan kekerapan mereka mengakses internet. Rajah 2 menunjukkan, hampir kesemua (97%) responden menyatakan mereka melayari Internet didalam kehidupan seharian mereka. Data yang paling tinggi menunjukkan responden perempuan (35%) dan responden lelaki (25%) menjawab mereka kadangkala melayari Internet. Hanya 3 % responden yang tidak pernah melayari Internet. Hal ini kemungkinan mereka hidup diluar bandar dan tidak mampu/tidak berpeluang menikmati kemudahan Internet.  



3.2 Kesedaran mengenai kewujudan aplikasi Web 2.0 dan penawaran perkhidmatan ini oleh Perpustakaan Awam

Secara keseluruhannya, majoriti responden sedar dan tahu akan maksud Web 2.0. Melalui rajah 3 dibawah, 37% responden perempuan dan 22 % responden lelaki menyatakan mereka tahu dan sedar tentang aplikasi Web 2.0. Hanya 25 % kedua-dua jantina responden yang tidak tahu apakah itu aplikasi web 2.0 dan 15% tidak berapa pasti akan aplikasi ini. Dari segi penilaian kesedaran tentang penawaran perkhidmatan Web 2.0 oleh perpustakaan, data menunjukkan jumlah responden yang sedar dan tidak sedar akan penawaran perkhidmatan ini tidak jauh berbeza mengikut jantina. 21% respondent lelaki daripada keseluruhan responden menyatakan tidak sedar akan penawaran aplikasi dan 20% darinya sedar, manakala bagi responden perempuan, 31 % darinya tidak sedar akan penawaran perkhidmatan ini berbanding 28% yang sedar. Berdasarkan data tersebut, kesedaran responden terhadap penawaran perkhidmatan Web 2.0 dikalangan Perpustakaan Awam di Malaysia masih ditahap yang rendah.

3.3 Sumber kesedaran kewujudan perkhidmatan Web 2.0


Responden telah ditanya berkaitan dengan bagaimana mereka sedar tentang kewujudan perkhidmatan atau aplikasi Web 2.0 ini (Rujuk Rajah 4). Berdasarkan maklum balas yang diterima, 3 sumber utama kesedaran akan wujudnya penawaran aplikasi ini oleh perpustakaan adalah (i) melalui rakan-rakan responden (20%), (ii) melalui portal/laman web perpustakaan (18%) dan (iii) melalui maklumat yang terdapat didalam banner atau bunting perpustakaan (14%) Seterusnya, 13% responden mengetahui perkhidmatan ini melalui program orientasi yang dijalankan oleh pihak perpustakaan, 12% melalui aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh perpustakaan serta guru mereka sendiri manakala 11% melalui buletin perpustakaan awam. Ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya masih merupakan elemen kuat dalam proses penyebaran informasi khususnya mewujudkan kesedaran kewujudan perkhidmatan Web 2.0.

3.4 Keperluan penawaran perkhidmatan Web 2.0
Responden telah ditanya sejauh mana mereka merasakan perlunya penawaran perkhidmatan Web 2.0 mengikut 7 aplikasi seperti di Jadual 1. Majoriti responden sangat bersetuju pihak perpustakaan menggunapakai Web 2.0 dalam penyampaian informasi dan perkhidmatan mereka. Seterusnya majoriti mengikut pecahan aplikasi, responden sangat bersetuju memilih Facebook (59%), Youtube (57%), Blog (42%), Instant messaging dan Wikis (41%), Flickr (36%), dan RSS (33%). Penggunaan aplikasi Flick mendapat maklumbalas tertinggi bagi pilihan jawapan tidak setuju (17%), diikuti dengan RSS (16%), Instant messaging dan Wikis (14%), Blog (10%) dan Facebook (9%).
Jadual 1: Keperluan penawaran perkhidmatan Web 2.0
NO
Aplikasi Web 2.0
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Neutral
Setuju
Sangat Setuju
1
Instant Messaging
14%
7%
22%
16%
41%
2
RSS
16%
12%
25%
14%
33%
3
Blog
10%
8%
20%
20%
42%
4
Wikis
14%
8%
19%
18%
41%
5
Flickr
17%
7%
20%
20%
36%
6
YouTube
6%
5%
14%
18%
57%
7
Facebook (SNS)
9%
4%
14%
14%
59%

3.5 Pengunaan perkhidmatan Web 2.0 perpustakaan di masa hadapan

Responden telah ditanya sejauh mana mereka  akan menggunakan aplikasi Web 2.0 jika disediakan oleh perpustakaan awam pada masa hadapan. Majoriti responden akan menggunakan Facebook (69%) dan Youtube (67%) jika diaplikasikan kelak dan responden yang menjawab mungkin akan menggunakan aplikasi seperti RSS (56%), Flickr (53%), Instant messaging (51%),  Blog (48%) dan Wikis (46%). (Rujuk Jadual 2).

Jadual 2: Pengunaan perkhidmatan Web 2.0 perpustakaan di masa hadapan
NO
Aplikasi Web 2.0
Ya
Mungkin
Tidak
1
Instant Messaging
41%
51%
8%
2
RSS
25%
56%
19%
3
Blog
39%
48%
13%
4
Wikis
37%
46%
17%
5
Flickr
27%
53%
20%
6
YouTube
67%
29%
4%
7
Facebook (SNS)
69%
25%
6%

Perbincangan dan penutup

Secara umumya, terdapat peningkatan terhadap penawaran dan pembangunan aplikasi Web 2.0 dikalangan perpustakaan awam di Malaysia dan mereka cuba untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti dalam mentransformasikan perkhidmatan Web 2.0 ini. Namun demikian purata perpustakaan hanya mempunyai dan menawarkan 2 atau 3 aplikasi sahaja dan yang paling popular adalah Facebook. Begitu juga dengan keesedaran dikalangan pengguna (remaja) akan penawaran perkhidmatan ini juga boleh dikatakan agak rendah walaupun didapati perpustakaan giat mempromosikan penawaran perkhidmatan ini melalui portal rasmi, banner, orientasi perpustakaan dan sebagainya. Perpustakaan perlu lebih proaktif dan kreatif dalam mentransformasikan perkhidmatan ini dengan  lebih baik pada masa akan datang. Majoriti remaja bersetuju dan menyatakan mereka akan menggunakan perkhidmatan seperti Facebook dan Youtube jika perpustakaan menawarkannya.     
Sebagai mana yang pernah dinyatakan oleh Michael Koenig, dalam artikel penulisan beliau Education for Special Librarianship, antara lainnya bermaksud bahawa “pendidikan dalam bidang kepustakawanan, mulai abad ke 21, seharusnya berupaya untuk menyediakan bakal-bakal graduan yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran kerja bahkan juga dapat melahirkan bakal-bakal pustakawan yang bijak dalam memanafaatkan perkembangan teknologi semasa yang membentuk perkembangan kerjaya kepustakawanan mereka di masa depan. Kita melihat bahawa cabaran besar kepada perkhidmatan perpustakaan pada hari ini ialah perubahan persekitaran yang dinamik serta ekspektasi pelanggan dan juga stakeholders  yang semakin tinggi. Kompetensi pustakawan pada hari ini perlu  seiring dengan trend perubahan sikap pengguna yang beralih dari perpustakaan konvesional ke arah perpustakaan digital. 
Pihak pengurusan perpustakaan perlu duduk semeja, berbincang, mencari inisiatif baru dan menggandakan usaha bagi menghasilkan medium penyampaian informasi dan perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif dalam mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kewujudan pelbagai aplikasi sosial didalam Web 2.0 perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Perpustakaan perlu mewujudkan komunikasi dua hala dengan pengguna agar melalui maklumbalas yang diterima pihak perpustakan boleh mencari jalan penambahbaikan yang berterusan seterusnya memastikan mencapai piawaian prestasi cemerlang di masa hadapan.

RUJUKAN

A.R., Riza Aayu and A., Abrizah. (2011). Do You Facebook? Usage and Services of Facebook Page
among Academic Libraries in Malaysia. The International Information & Library Review, 43 (4), 239-249.
Abram, S. (2005).Web 2.0, Library 2.0 and Librarian 2.0: preparing for the world. ImakeNews Inc.,
2(1), 1-3.
Aharony, N. (2009). The influence of LIS students’ personality characteristics on their perceptions
towards Web 2.0 use. Journal of Librarianship and Information Science, 41 (4), 227-242.
Aharony, N. (2011). Web 2.0 in the professional LIS literature : an exploratory analysis. Journal of
Librarianship and Information Science, 43(1), 3-13.
Anderson, P. (2007). All that glisters is not gold – Web 2.0 and the librarian. Journal of Librarianship
and Information Science, 39 (4), 195-198.
Berners-Lee, Tim (2006). developerWorks Interviews: Tim Berners-Lee :originator of the Web and
director of the World Wide Web Consortium talks about where we've come, and about the challenges and opportunities ahead. http://www.ibm.com/developerworks/podcast/dwi/cm-int082206txt.html
Huvila, I. et al. (2013). What is Librarian 2.0- New competencies or interactive ralations? A library
professional viewpoint. Journal of Librarianship and Information Science, 0 (0),1-8.
Jenkins, H. (2006). Confronting the challenges of participatory culture: media education for the 21st
century. The McArthur Foundation, Chicago, IL.
Mohd Ismail, A and Kiran, K (2012). Reaching out to the web user: practices by Malaysian public
libraries. ICOLIS 2012, Kuala Lumpur. LISU, FCSIT, 2012, 251-252.
Nikolov, R. (1997). Distance education via Internet-education without borders, invited paper.
Proceedings of the Twenty Sixth Spring Conference of Bulgarian Mathematicians, Plovdiv, 22-25 April, 53-66.
O’Reilly, T. (2005). What is Web 2.0: design patterns and business models for the next generation
of foftware. O’Reily Net.
Rafidah Abdul Aziz, et.al (2011). The implications of Libray 2.0 tools in Malaysian academic libraries
towards Reference. Proceedings of the Asia-Pacific Conference on Library & Information Education & Practice, 22-24 June 2011, Putrajaya, Malaysia. Asia Pacific Conference Library & Information Education & Practice, 579-588.
Ram, S. Et al. (2011), Responding to user’s expectation in the library: innovative Web 2.0 applications
at JUIT Library : a case study. Program: electronic library and information systems, 45 (4), 452-469.
Smith, R. (2013), Book review: Linda Berube, do you web 2.0?: public libraries and social networking.
Journal of Librarianship and Information Science,45 (1), 78-79.
Socialbakers.com. (2013). Malaysia Facebook Statistics. Avaliable at:
Squires T. and Golden M. (2009), On Web 2.0 tools for student research. Multimedia &
Internet@Schools, 15-18.
Valkenberg, P. M., and Peter, J. (2009). Social consequences of the internet for adolescents. Current
Direcions in Psychological Science, 18(1), 1-5.

**Sumber dan Penghargaan: Penyelidikan ini telah dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013 pada 25-27 Ogos 2013 bertempat di Mahkota Hotel, Melaka. Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia..
*** Pencapaian : Penyelidakan ini telah mendapat Anugerah Pembentangan Poster Terbaik. Syukur  Alhamdulillah..Tahniah semua...