Sunday, October 7, 2012

Promosi Khidmat Nasihat Pencarian Maklumat dan Kelas Kemahiran Maklumat


Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah melanggan pelabagai Pangkalan Data Atas Talian  untuk kegunaan warga UiTM. Yg Berbhg Datuk/ Prof./Prof.Madya/Dr/ Tuan/Puan boleh mendapatkan pelbagai manfaat dari langganan tersebut.   Selain dari pencarian Online Journal, Tuan/Puan boleh juga mendapatkan pelbagai statistik-statistik , prestasi syarikat , membuat perbandingan ekonomi antara negara , Membuat perbandingan antara syarikat , koleksi e-book, koleksi e-thesis dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, bagi membantu warga UiTM Melaka menggunakan pelbagai Pangkalan Data Atas Talian dengan cara yang lebih mudah, efisiyen dan menjimatkan masa , Pusat Sumber menyediakan perhidmatan Khidmat Nasihat Pencarian Maklumat bukan sahaja untuk para pelajar, namun juga kepada para pensyarah dan staf pentadbiran terutamanya yang sedang melanjutkan pengajian, membuat penyelidikan atau PhD juga dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini. Masa perkhidmatan adalah dari jam 8.30 pagi-4.30 petang di Meja Khidmat Nasihat Pusat Sumber Aras 12. Adalah disarankan kepada pensyarah-pensyarah/staf-staf pentadbiran yang sedang membuat penyelidikan agar menggunakan Online Database  yang dilanggan oleh PTAR sahaja bagi memudahkan Tuan/Puan mendapatkan bahan tersebut dengan lebih mudah, cepat, efisyen dan tepat.
Bagi Kelas Kemahiran Maklumat, mohon para pensyarah terutamanya yang mengajar subjek Research Method, untuk menghantar para pelajar ke kelas ini bagi membantu mereka dalam proses pencarian maklumat.
Sebarang tempahan kelas kemahiran maklumat bolehlah menghubungi Puan Noraidah K.H Ali (Pusat Sumber UiTM KBM -062857082) atau Puan Roslina (Perpustakaan UiTM KAG - 065582086)
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan Khidmat Nasihat Pencarian Maklumat bolehlah menghubungi saya terus atau Cik Hazlin Ibrahim Khan (Pustakawan UiTM KAG-065582086)