Evidence of Open Science Principles in Library Disaster Management: The Malaysian Academic Library Experience

 Abstract :  Many institutions struggle to create effective preparedness, response, recovery, and mitigation plans despite the significance ...

Tuesday, December 6, 2011

YB Menteri Pengajian Tinggi lancarkan HEIGIP: UiTM Sekretariat

PUTRAJAYA 6 Disember 2011- Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melancarkan HEIGIP (High-end Industry Graduate Internship Programme), satu program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak industri bagi menempatkan para pelajar menjalankan latihan amali secara intensif di organisasi-organisasi yang bersifat 'high-end.' Majlis pelancaran telah berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya.
 
Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab. Rahim Md. Noor, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dato’ Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni) UiTM Prof Dr Hajah Norsaadah Hj Ismail. Untuk merealisasikan program ini UiTM telah diberi mandat berterusan oleh KPT bagi memberikan komitmen yang jitu dan juga akan melibatkan pelajar-pelajar dari IPTA yang lain. Melalui perangkaan formula HEIGIP, ianya telah membuka peluang kepada UiTM serta universiti-universiti yang lainnya untuk melebarkan rangkaian dan keserakanan di bersama pihak industri.
 
Dato’ Mohamed Khaled berkata, melalui program ini kebolehpasaran graduan akan dilaksanakan secara lebih berfokus, sistematik dan komprehensif. Sebagai permulaan seramai 250 pelajar daripada 10 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat akan diberikan latihan intensif bermula dari semester dua pengajian, selama sembilan hingga 12 bulan. Mereka yang mengikuti program akan diberi elaun sebanyak RM900 sebulan dan ditempatkan di 25 organisasi yang telah bersetuju mengambil dan melatih mereka dalam bidang kepakaran masing-masing. Adalah diharapkan agar program ini dapat menyediakan para graduan yang berkemahiran tinggi untuk menerajui industri “high-end” sekaligus menjayakan hasrat negara merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB).
 
Dua pihak berkuasa iaitu Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) turut bekerjasama dengan KPT dan UiTM dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan menepati kehendak industri melalui HEIGIP. Pada masa sama, konsep “match and grow” yang ditekankan dalam perlaksanaan program juga dapat mengelakkan berlakunya brain drain apabila mahasiswa terlatih akan terus bekerja dengan industri-industri yang membangunkan kemahiran mereka. Secara keseluruhan, perlaksanaan HEIGIP sememangnya akan melahirkan suasana “win-win situation” bagi semua pihak yang terlibat sama ada kerajaan, universiti, industri dan bakal graduan itu sendiri.
 
Dalam ucapan aluannya, Naib Canselor Dato' Sahol Hamid berkata “Adalah menjadi harapan saya sebagai salah seorang peneraju IPTA untuk melahirkan bakal graduan yang berkemahiran dan berkebolehan dalam industri “high-end” melalui perlaksanaan program HEIGIP ini serta membangunkan modal insan yang kreatif, inovatif, proaktif, berkeyakinan dan mengamalkan aplikasi teori pembelajaran secara praktikal. Dengan adanya komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat, saya yakin program ini akan mencapai matlamatnya seperti yang telah digariskan."



No comments:

Post a Comment