Kerjaya
Pustakawan. Adakah masayarakat kini terutamanya masyarakat Malaysia mengetahui
bidang sebenar kerjaya Pustakawan? Apakah pandangan mereka terhadap kerjaya dan
bidang kepustakawanan? Apakah sebenarnya kerja-kerja yang dilakukan oleh
seorang Pustakawan? Susun buku? Peminjaman
dan pemulangan buku? Cop bahan-bahan perpustakaan? Atau sebagainya. Apakah juga
nilai, imej dan perwatakan yang perlu bagi menjadi seorang pustakawan? Berkaca
mata? Good looking? Konservatif?
Stereotype? Orang yang serius? Old-fashion?
Orang yang mundar mandir di perpustakaan bagi memastikan perpustakaan senyap?
Orang yang tak ceria dan tidak mesra alam?
Atau apa lagi? Ataukah adakah seorang Pustakawan itu seorang yang seorang sopan
santun, mengambil berat, rajin, membantu pengguna bila diperlukah dan sebagainya?
Apakah perlunya mengambil Diploma,
Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau lebih tinggi lagi PhD untuk menjadi seorang
Pustakawan atupun cukupkah sekadar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Banyak lagi sebenarnya persoalan dan
pemikiran samada positif atau negatif bila diajukan dengan soalan bidang
kepustakawanan ataupun kerjaya Pustakawan.
Merujuk
kepada kajian yang dilakukan oleh Kneale (2002) dari Special Library
Association, yang menjadikan masyarakan di Amerikia Syarikat sebagai
respondennya mendapati kebanyakan masyarakat di Amerika Syarikat mengaitkan
Pustakawan dengan imej konservatif dan lebih teruk lagi kebanyakan respondent
lelaki memberi komen kerjaya ini lebih sesuai untuk golongan wanita sahaja.
Antara komen mereka berbunyi seperti ini : “"How
can you be a librarian? You're a man!" and "I thought being a
librarian was a woman's job." Bowes
menambah (1979) didalam buku karangan beliau bertajuk Between the stack “ In the public psyche, a librarian is a woman of
indeterminate age, who wears spectacles; a person with either a timorous
disposition or an austere dispostion or an austere dispostio, wearing a long
sleeved blouse buttoned to the neck; someone who loves silences, like books and
suffers people. Librarians don’t laugh. They are covered with a thin film or dust. They have pale
skins, which, when touched (as if one evr could) might flake and prove to be
reptilian scales” Begitu juga dengan
kajian yang dilakukan di United Kingdom, rata-rata masyrakat disana memberi
tanggapan yang negatif dan stereotype dan mereka menklasifikasikan semua
Pustakawan sebagai "female, old,
dowdy and bespectacled, with her grey hair in a bun and constantly demanding
fines or silence with a grim, unhappy face" (Allison). Imej negatif dan
streotype dikalangan Pustakawan bukan sahaja boleh dizahirkan melalui pemikiran
orang awam secara langsung dan juga melalui kajian yang dilaksanakan, namun
imej ini dengan aggresifnya juga dipamerkan di dalam filem-filem Barat.
Mengambil contoh filem dari Barat seperti “Merlin,
Ghostbuster, All the President’s Men, It’s a Wonderful Life” dan banyak
lagi, semuanya mempamerkan imej negatif dan stereotype yang ada dikalangan
Pustakawan. Melalui filem ini, masyarakat akan terus menerus menganggap
Pustakawan ini sebagai seorang yang stereotype, membosankan, tidak mesra dan
sebagainya sekaligus membuatkan masyrakat memandang rendah bukan sahaja kepada
Pustakawan tersebut namun juga kepada kerjaya sebagai Pustakawan. Oleh
yang demikian, anggapan, pandangan dan hasil kajian yang didapati mengenai
kerjaya Pustakawan merupakan satu cabaran yang amat besar yang perlu dipikul
oleh Pustakawan masa kini bagi menepis dan menukarkan pandangan tersebut kepada
lebih positif dan lebih diterima masyarakat. Pustakawan sendiri perlu lebih giat
dan aktif dalam mempromosikan bidang sebenar kerjaya pustakawan dan menukar
perspektif masyarakat agar mereka semua lebih senang dan suka bukan sahaja
untuk mendapatkan maklumat bahkan juga sebagai kerjaya kepada mereka pada suatu
hari nanti.
Persepsi
kuno seperti disebut tadi terhadap imej Pustakawan perlu ditukar segera. Mungkin
tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa, perkara pertama yang boleh dibuat
oleh Pustakawan adalah menukar nama jawatan Pustakawan ini kepada nama yang
lebih extravaganza, lebih gah dan lebih dinamik bunyinya seperti Pengurus
Maklumat, Pengurus Sumber Maklumat, Eksekutif Maklumat, Eksekutif Penyelidik,
Dokumentalis dan sebagainya. Di Universiti-universiti Barat dan Organisasi
besar disana kebanyakan menggunakan nama jawatan seperti Director of Information, Information Centre Specialist, Information
Specialist, Principal Researcher, Researcher Specialist, Corporat Research
Executif dan sebagainya bagi mengantikan nama jawatan Pustakawan. Ini
kerana, sejak kita disekolah rendah lagi , pengawas perpustakaan digelar
sebagai Pustakawan. Dan tugas atau tanggungjawab Pustakawan di sekolah hanya
menyusun buku, meronda, cop pinjam dan pulang buku dan lain-lain yang mana
kerja ini pada hakikatnya didunia realiti perpustakaan hanya dilaksanakan oleh
pembantu perpustakaan, kerani atau pembantu awam pejabat bukan dilaksanakan
oleh Pustakawan. Nama jawatan Pustakawan sebenarnya seperti tidak lagi relevan digunakan
oleh Pegawai kerajaan skimS41 dan keatas yang menjawat jawatan Pustakawan. Bagi
masyarakat awam yang tidak biasa ke Perpustakaan dan tidak tahu fungsi sebenar
seorang Pustakawan akan sentiasa menganggap kerjaya Pustakawan hanyalah sama
seperti kerja yang dilakukan oleh pembantu perpustakaan. Dan lebih dashyat lagi
ada juga yang mengatakan berbunyi seperti ini : “ peliklah kau ambil Degree atau Master Perpustakaan. Apa kerja yang
kau buat. Takkan susun buku pun nak ambil sehingga master”. Ayat-ayat
seperti itu sudah teralu biasa bagi seorang pustakawan di Malaysia
mendengarnya. Ditambah pula dengan satu artikel yang berjudul “Library sciene
degree : file that under ‘stupid’ : Nothing even remotely scientific, useful
about this program” oleh Sony Barari, beliau membuat kesimpulan mengapa Program
Library Science perlu ditawarkan pada peringkat Ijazah oleh University of
California dan beliau menyatakan berbunyi seperti ini “ Library Science?
Science? There is not a single scientific thing about library science..”. Oleh yang demikian, Pustakawan perlu segera
menukarnya nama jawatan kepada nama yang lebih extravaganza dan lebih dinamik
bagi memberi nafas baru dan menerima persepsi yang lebih positif kelak.
Selain
daripada menukar nama jawatan, apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan dalam
mempromosikan kerjaya ini adalah dalam bergiat aktif dalam kehidupan masyarakat
samaada secara langsung dan tidak langsung. Bagi mencapai penglibatan aktif
dikalangan Pustakawan, Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan skim Anugerah
Pustakawan Harapan yang diadakan 2 tahun sekali. Melalui skim ini, Perpustakaan
Negara telah menyediakan garis panduan bagi sesiapa yang layak dicalonkan bagi
menerima anugerah ini. Antara kriteria yang perlu dilalui adalah seperti : menyumbangkan
kepada peningkatan profesion kepustakawan melalui PPM, telah menunjukkan corak
pengurusan perpustakaan yang efisien dan berkesan, berjaya dalam mempromosikan
penggunaan perpustakaan/pusat maklumat, penglibatan dalam bidang kepustakawan
di luar organisasi bertugas, berjaya menghasilkan penulisan yang dapat
mempertingkatkan profesion, membuat penyelidikan yang boleh membantu memajukan
bidang kepustakawanan. Melalui semua kriteria seperti diatas, jika seseorang
pustakawan dapat mencapainya, saya yakin semua Pustakawan bukan sahaja dapat mempromosikan
kerjaya mereka secara langsung dan tidak langsung bahkan juga dapat meningkakan
persepsi yang lebih positif dari masyarakat keatas imej dan kerjaya Pustakawan.
Pada
suatu ketika dahulu kita pernah mendengar istilah ataupun isu seperti “ ledakan
maklumat”, “dunia tanpa sempadan”, “globalisasi”, “teknologi hijau” dan kini
yang paling popular, menjadi satu fenomena dan paling digunakan oleh hampir
keseluruhan masyarakat global adalah “Social
Media, Web 2.0 dan Library 2.0”. Melalui
teknologi baru dan berkembang pesat ini, Pustakawan perlu sentiasa bersedia dan
menggunakannya agar tidak ketinggalan. Masyrakat kini lebih kepada “digital
native”. Mereka mendapakat maklumat dihujung jari mereka dan rata-rata
mereka tidak lagi pergi ke Perpustakaan
bagi mendapatkan sumber dan maklumat. Pustakawan perlu lebih bijak dan
mengimplimentasikan teknologi ini agar semua maklumat dan sumber yang terdapat
di perpustakaan dapat disampaikan dengan lebih sistematik dan ianya secara
tidak langsung dapat menarik minat masyarakat menggunakan perkhidmatan yang
disediakan oleh perpustakaan dengan cara lebih effisyen. Ini juga secara tidak
langsung juga dapat mempromosikan imej seorang pustakawan yang sentiasa terkini
dalam apa jua bidang.
Sebagai
kesimpulan, semua pustakawan perlu bergiat lebih aktif bukan sahaja untuk
mempromosikan kerjaya mereka bahkan juga berjaya menukarkan persepsi kuno
seperti pustakawan stereotype kepada pustakawan yang lebih dinamik, disukai,
diperlukan dan sebagainnya yang memberikan persepsi yang positif kepada kerjaya
pustakawan.
References
Kneale,Ruth
A.(2002) You Don't Look Like a Librarian! Librarians' views of public
perception in the Internet age. http://www.librarian-image.net/perc.html
Bowes,Barry.
(1979) Between the stacks. London : Landesman, 1979.
Hamilton, V. (2004). The image and role of the librarian.
Library Review, 53(8), 416-417.
Libraries present and future: The future of the library
profession.(1993). Electronic Library, the, 14(6), 517-522.
Mills, J., & Bannister, M. (2001). Library and
librarian image as motivators and demotivators influencing academic staff use
of university libraries. Performance Measurement and Metrics, 2(3), 159-171.
Rothwell, Alison.(snd).THE IMAGE OF LIBRARIANS. Emerald
Backfiles 2007
“Library
sciene degree : file that under ‘stupid’ : Nothing even remotely scientific,
useful about this program”. oleh Sony Barari. http://librarytalking.blogspot.com/2005/05/library-science-degree-file-that-under.html
Bagus...tolongla tukar nama segera....
ReplyDeletexde motivasi nk kerja kalau nama jawatan masih kuno "pustakawan"
ReplyDelete