Oleh :
Ismadi bin Md Badarudin (Dr.)
Ismadi bin Md Badarudin (Dr.)
(Fakulti Komputer Sains dan Matematik, UiTM
Melaka)
Mohd Ismail bin Abidin
(Pusat Sumber,
UiTM Bandaraya Melaka)
Abstrak
Penulisan akademik ini adalah
bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan sistem pilihanraya berkomputer (e-Voting)
dan persepsi pengundi di Universiti Teknologi MARA. Perbincangan melibatkan strategi-strategi
bagi meningkatan persepsi dan penerimaan pengundi kampus dan ianya bermula
dengan pembangunan sistem sehinggalah pelaksanaan sistem e-Voting berdasarkan
penglibatan serta pengalaman penulis dalam mengendalikan sistem e-Voting. Hasil
kajian bagi persepsi pengundi untuk pilihanraya kampus 2013 juga dilaporkan dalam
penulisan ini. Hasil kajian pengundian kampus 2013 telah dibandingkan dengan hasil
kajian pengundian kampus 2009 bagi melihat tahap penerimaan terhadap sistem e-Voting.
Penulis dapat merumuskan bahawa usaha berterusan yang dijalankan bagi
menyampaikan informasi terhadap kebolehpercayaan, keselamatan dan ketelusan akan
meningkatan persepsi positif terhadap sistem e-Voting.
Keyword: sistem e-Voting,
piliharaya kampus, kebolehpercayaan, keselamatan, ketelusan
1.0 Pengenalan
Dalam proses
demokrasi, keadilan dan pemilihan secara ekslusif adalah penting. Pelaksanaan
pilihanraya secara kertas undi adalah proses yang biasa dalam proses penentuan
pemimpin. Namun penambahbaikan dari masa ke semasa perlu bagi
meningkatkan kepuasan pelanggan. Walaubagainapun isu kos, masa dan tenaga manusia sering
menjadi kekangan dan halangan. Dalam era Teknologi Maklumat dan keghairahan
generasi-Y dalam menggunakan kemudahan teknologi yang ada, ianya memungkinkan
kaedah pelihanraya secara kertas undi ditukar kepada pilihanraya secara
elektronik (e-Voting). Sistem e-Voting menggantikan kertas undi di
mana undi dilakukan menerusi komputer dan data pengundian disimpan di dalam komputer
untuk mengeluarkan keputusan dan proses penganalisaan.
Banyak kajian
yang telah dijalankan bagi melihat kaedah pelaksanaan, keberkesaan dan
penerimaan terhadap sistem e-Voting. Antara
kajian yang telah dijalankan berkisar dengan isu ini adalah seperti “The relationship between the national culture and the
implementation of the e-Voting system” oleh Basirat,
P. (2012), “Thinking outside of the
ballot box: Examining public trust in E-Voting technolog” oleh Lippert, S.
K., & Ojumu, E. B. (2008), “Building
secure elections: E-Voting, security, and systems theory” oleh Moynihan, D.
P. (2004), dan banyak lagi (Peng, K., 2011, Pieters, W., & Robert, v. H.,
2007, Prandini, M., & Ramilli, M., 2012 dan Schaupp, L. C., & Carter,
L., 2005).
2.0
Pelaksanaan Sistem e-Voting di UiTM
Pelaksanaan pengundiaan
secara elektronik di universiti telah bermula sejak 2006 apabila Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) (telah bertukar nama kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)) mencadangkan proses pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
(JPP) patut dilaksanakan secara eletronik jika ia boleh berjalan dengan lebih
efisen, efektif dan sistematik. Di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
merupakan salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terawal
melaksanakan e-Voting iaitu pada
tahun 2006 di beberapa kampus terpilih dan pada 2007 ia dilaksanakan diseluruh
kampus UiTM negeri. Statitistik terkini Pilihan Raya Kampus UiTM Bandaraya
Melaka (dikenali sebagai JPP 2013/2014) yang dijalankan pada 27 November 2013 di UiTM KBM telah mencapai
95.41% pelajar yang turun mengundi (3574 pelajar dari 3868 jumlah
pelajar yang layak mengundi). Selain daripada UiTM beberapa IPTA seperti
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaya dan terbaru, Universiti
Sains Malaysia (USM) telah menggunakan sistem pengundian pilahannraya kampus
secara elektronik atau dikenali sebagai e-Kira pada pilihanraya kampusnya pada Oktober
2013. Menurut wakil pengurusan USM,
sistem elektronik ini mampu menjimatkan masa pengiraan undi dengan hanya
mengambil masa kira-kira tiga jam selepas tamat tempoh mengundi selain ianya
dijamin telus dan ketepatan proses pengiraan undi adalah tinggi (Berita Harian,
23 Oktober 2013).
Pembangunan
sistem pengundian secara electronik ini bermula dengan penelitian terhadap
pilihanraya kampus yang dibuat secara manual.
Penelitian tersebut merangkumi prosedur pilihanraya, proses dan prosedur
pembuangan serta pengiraan undi. Beberapa dapatan dari kajian-kajian gelagat (behavioural
study) yang membabitkan adaptasi teknologi dan faktor ‘penolakan pengguna
terhadap perubahan’ (user resistence to change) juga diambilkira dalam
deraf pembentukan awal sistem e-Voting
(Basirat, P. (2012), Lippert, S. K., & Ojumu, E. B. (2008), Schaupp, & L.
C., & Carter, L. (2005)). Tidak dinafikan faktor-faktor skeptisme terhadap
pelaksanaan sistem e-Voting menyebabkan
kajian mendalam terhadap prosedur pelaksanaan e-Voting memainkan peranan penting bagi menangani isu-isu
kebolehpercayaan (reliability), consistency, confidentially, keselamatan
data (data security) dan transperan (integrity) (Lippert, S. K.,
& Ojumu, E. B. (2008), Schaupp, L. C., & Carter, L. (2005), & Oravec,
J. A. (2005)).
2.1 Strategi
Pelaksanaan
Cabaran utama
dalam sistem e-Voting adalah ianya
dijalankan secara ‘real time’ dari
bermulanya proses pembuangan undi hingga tamat di mana memastikan sistem
beroperasi berterusan tanpa masalah teknikal dan elektrik adalah isu yang perlu
diambil kira bagi meningkatkan kebolehpercayaan. Pelaksanaan sistem e-Voting
perlu meminimalkan kesan ‘penolakan pengguna’ (user resistence to change). Tiga elemen yang ditekankan adalah:
i) Tahap kerahsiaan – walaupun rekod undi disimpan dalam pangkalan data
sistem, audit trail hanya boleh
dilakukan hingga ketahap pas keselamatan (security
ID) unik yang diberikan dan diketahui oleh pengundi sahaja. Ini bagi menjamin
kerahsiaan undi yang diberikan para pengundi.
ii) Tahap keselamatan undi – Keselamatan data undi yang disimpan dalam pangkalan
data tidak boleh diubah oleh pengendali sistem serta pengundi. Ciri keselamatan
ini telah diprogramkan dalam sistem e-Voting.
iii)Tahap keselamatan sistem – beberapa prosedur dalam
pengendalian dan perlaksanaan sistem dibuat berdasarkan konsep pengasingan skop
tugas setiap individu yang terlibat. Pengendali sistem tidak diberi akses
kepada kod program. Manakala pengaturcara tidak diberi akses kepada data hidup
undi (live data). Pengguna pula tidak
diberi akses untuk menutup (shut down)
sistem. Ketua pusat pembuangan undi hanya diberi akses untuk
memulakan dan menutup sistem e-Voting.
Secara asasnya, pelaksanan e-Voting
boleh dilaksanakan dipersekitaran Mantropolitan
Area Network (MAN) atau ’extranet’, walaubagaimanapun pelaksanaan secara
persekitaran Local Area Network (LAN)
atau ’Intranet’ lebih baik bagi memastikan isu-isu persepsi terhadap ketelusan,
manipulasi data dan lain-lain dapat dihindarkan. Gambarajah 1. menunjukan pelaksanaan sistem e-Voting dilakukan dalam persekitaran LAN.
Gambarajah 1: Pelaksanaan sistem e-Voting dilakukan dalam persekitaran LAN.
Pelaksanaan sistem e-Voting mengambilkira aspek
penjimatan masa, meminumkan penglibatan staf, pengurangan kos dan meningkatkan
kecekapan. Empat strategi yang dilakukan adalah:
(i) Mengurangkan masa pengundi dalam dalam proses penggudian. Pengundi hanya perlu hadir
membawa kad pelajar / bahan bukti dan pemilihan calon boleh dilakukan di
komputer dalam masa yang singkat. Secara purata proses pembuangan undi bermula
dengan memasukan number matrik dan number id serta proses pemilihan hanya kurang dari
20 saat.
(ii) Penglibatan staff yang minima. Staf yang
terlibat hanyalah bertugas dalam
memastikan perjalanan penggundian berjalan lancar dan segala proses
pengiraan dan laporan diproses secara automatik oleh sistem. Staf yang terlibat
dalam proses ini dapat dikurangkan sehingga 50% terutama dalam proses pengiraan
undi dan mengeluarkan laporan.
(iii) Kos yang minima. Penggunaan kertas undi tidak perlu dan ianya dapat
menggurangkan kos secara signifikan.
(iv) Menigkatkan kecekapan. Sistem dapat menghasilkan keputusan dan laporan secara
automatik dengan tepat dan cepat.
Disamping itu, paparan pengguna (user interface) sistem e-Voting
ini juga direka dengan ringkas dan menyerupai kertas undi yang biasa digunakan
untuk masa pembuangan undi dilakukan seminima mungkin (rujuk gambarajah 2).
Gambarajah 2: Proses
pembuangan undi menyerupai kertas undi
3.0 Metodologi
Kajian
Bagi melihat kepada keberkesanan sistem e-Voting ini dilaksanakan dan pandangan pelajar UiTM terhadap
pilihanraya JPP 2013 /2014, satu kajian terhadap persepsi penggunaan sistem e-Voting telah dijalankan. Hasil
terhadap kajian ini dilaporkan dalam penulisan ini. Kajian ini
merupakan pilot study bagi melihat
kepada penggunaan sistem e-Voting
bagi pilihanraya kampus dikalangan
pelajar serta meninjau persepsi pelajar terhadap aplikasi sistem e-Voting dan penggunaannya dikalangan
mereka. Respondent bagi kajian ini meliputi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
di Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka. Rasional pemilihan
pelajar-pelajar ini adalah kerana mereka merupakan generasi muda yang menjadi
penentu kepada penggunaan sistem e-Voting
untuk pilhanraya memilih kerajaan dimasa hadapan. Instrument pengumpulan data
merupakan soalselidik yang mengandungi 9 soalan (opend-ended questionnaire). Penyelidik telah menyenaraikan
faktor-faktor dan persepsi penggunaan aplikasi e-Voting ini setelah merujuk kepada literatur. Sebanyak 261
respondent telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah convenient sampling technique. Data yang
dikumpulkan melalui jawapan yang diterima, dikumpulkan dan dianalisa dengan
menggunakan perisian SPSS versi 20.0 bagi mengolah statistik deskrptif dan
penghuraian pembolehubah melibatkan peratus dan kekerapan.
4.0 Hasil
Kajian
4.1 Latar
belakang responden
Soal selidik
kajian ini diedarkan secara terus (convenience sampling) kepada para
pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA kampus Bandaraya Melaka. Daripada
maklum balas yang diterima, majoriti responden adalah pelajar perempuan
(83.9%), manakala hanya 16.1% mewakili pelajar lelaki.
4.2 Kesedaran
Kewujudan Sistem e-Voting dikalangan
pelajar
Kesedaran
kewujudan sistem e-Voting dikalangan
pelajar didapati sangat tinggi dimana
majoriti responden sedar dan tahu akan maksud sistem e-Voting (75%) . Melalui jadual 1 di bawah, 39% responden
perempuan dan 8 % respondent lelaki menyatakan mereka tahu dan sedar tentang sistem
e-Voting ini.
Jadual 1: Definisi e-Voting
|
Frequency
|
Percent %
|
|
Sedar akan
maksud sistem e-Voting
|
Ya
|
197
|
75.5
|
Tidak
|
64
|
24.5
|
|
Lelaki (Ya)
|
28
|
8
|
|
Perempuan (Ya)
|
169
|
39
|
Seterusnya responden telah ditanya
berkaitan dengan bagaimana mereka sedar/tahu tentang kewujudan sistem e-Voting bagi ini (rujuk jadual 2). Responden diberi peluang untuk memilih lebih
daripada satu jawapan samaada mereka tahu/sedar akan kewujudan sistem ini
melalui rakan mereka, pensyarah, laman web universiti, Bahagian Hal Ehwal
Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, banner/poster, fakulti dan
lain-lain. Berdasarkan maklum balas yang
diterima, 3 sumber utama kesedaran (rujuk
jadual 2) dikalangan pelajar mengenai kewujudan sistem ini adalah (i)
melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik (100%), (ii) melalui portal/laman web
Universiti (49.4%) dan (iii )melalui pensyarah mereka (38.3%). Seterusnya,
17.2% responden mengetahui maklumat tentang sistem ini melalui Fakulti, dan
15.7% melalui rakan mereka. Ini menunjukkan usaha dan komitmen yang dilakukan
oleh Bahagian HEA, pensyarah dan fakulti responden sangat mempengaruhi dalam
proses penyebaran informasi khususnya mewujudkan kesedaran kewujudan penggunaan
sistem e-Voting ini. Agak
memeranjatkan walaupun pihak Hal Ehwal Pelajar yang bertungkus lumus dalam
menguruskan proses pilihanraya e-Voting
ini, hanya 2.7% responden yang mengetahui makluman sistem e-Voting ini melalui bahagian ini serta 1.1% melalui banner/poster
yang ditampal.
Jadual 2:
Sumber kesedaran kesedaran penggunaan sistem e-Voting bagi pilihanraya kampus
|
Frequency
|
Percent %
|
|
Sumber
kesedaran kewujudan sistem e-Voting
|
Laman Web Universiti
|
129
|
49.4
|
Banner/Poster
|
3
|
1.1
|
|
HEP
|
7
|
2.7
|
|
HEA
|
261
|
100
|
|
Fakulti
|
45
|
17.2
|
|
Pensyarah
|
100
|
38.3
|
|
Rakan
|
41
|
15.7
|
|
Lain-lain
|
7
|
2.7
|
4.3 Persepsi pelajar dalam menggunakan
sistem e-Voting yang disediakan oleh
pihak Universiti
Sebelum melihat sejauhmana persepsi
pengguna terhadap sistem e-Voting yang
dibangunkan oleh pihak Universiti, responden ditanya terlebih dahulu adakah
mereka pernah menggunakan sistem ini dan berapa kalikah mereka membuang undi
secara e-Voting ini dalam pilihanraya
kampus. Melalui maklumbalas yang diterima, 81.2 % responden pernah membuang
undi dengan menggunakan sistem e-Voting
yang disediakan oleh pihak Universiti. Daripada jumlah tersebut, 81.2%
mempunyai satu kali pengalaman membuang undi, 10.7% mempunyai 2 kali pengamalan
dan kira-kira 5.4 % responden yang telah menggunakan sistem ini sebanyak 3 kali
dan keatas sepanjang tempoh pengajian mereka.
(rujuk jadual 3).
Jadual 3: Berapa Kali menggunakan e-Voting
|
||||
|
Frequency
|
Percent
(%)
|
||
|
1 Kali
|
212
|
81.2
|
|
2 Kali
|
28
|
10.7
|
||
3 Kali dan keatas
|
14
|
5.4
|
||
99
|
7
|
2.7
|
||
Total
|
261
|
100.0
|
Dalam melihat kepada persepsi pelajar
terhadap sistem e-Voting ini,
responden ditanya dengan 7 soalan dimana respondent perlu menyatakan penilaian
mereka terhadap sistem ini sama ada sangat setuju (5) atau sangat tidak setuju
(1) (rujuk jadual 4). Pernyataan
yang mewakili angka 3 bermaksud responden tidak pasti terhadap soalan yang
diberikan. Melalui maklumbalas yang diterima, majoriti respondent bersetuju
bahawa sistem ini sangat berguna, senang digunakan, menarik untuk digunakan,
dijamin selamat, melindungi privasi mereka, boleh dipercayai dan berasa
keselamatan yang ada pada sistem ini mempengaruhi mereka untuk membuang undi
dengan cara sistem e-Voting ini. Data
menunjukkan 45.6% bersetuju dan 34.5% sangat bersetuju bahawa sistem ini sangat
berguna bagi mereka dalam membuang undi bagi pilihanraya kampus. Hanya 2.7% -
5.4 % sahaja responden yang menyatakan mereka sangat tidak bersetuju dan tidak
bersetuju bagi ketujuh-tujuh pernyataan yang ditanya.
Jadual 4: Persepsi pelajar terhadap sistem e-Voting
|
Sangat Tidak Setuju
(1) %
|
Tidak
Setuju (2) %
|
Tidak Pasti (3)
%
|
Setuju (4)
%
|
Sangat Setuju
|
Sistem
ini sangat berguna
|
2.7
|
0
|
14.2
|
45.6
|
34.5
|
Sistem ini senang digunakan
|
2.7
|
0
|
13.8
|
58.6
|
21.8
|
Sistem ini
menarik untuk digunakan
|
0
|
5.4
|
19.2
|
48.3
|
24.1
|
Sistem ini dijamin selamat
|
2.7
|
5.4
|
20.7
|
41.8
|
26.4
|
Sistem ini
melindungi privasi anda
|
2.7
|
0
|
29.9
|
38.3
|
26.1
|
Sistem ini boleh dipercayai
|
3.1
|
2.7
|
29.1
|
33.7
|
28.4
|
Saya rasa keselamatan sistem ini mempengaruhi kecenderungan saya untuk
menggunakannya
|
3.1
|
2.7
|
19.9
|
41.8
|
29.5
|
5.0
Perbincangan dan Penutup
Secara umumya,
rata-rata pelajar pernah menggunakan sistem e-Voting
ini dan merasakan sistem ini sangat berguna, selamat dan mempunyai tahap
sekuriti yang boleh dipercai. Namun ada juga respondent merasakan sistem ini
perlu diberi penambahbaikan agar kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengundi
terjamin selamat.
Strategi pihak
pengurusan secara berterusan dalam perbincangan mencari inisiatif baru dan
menggandakan usaha bagi menghasilkan medium penyampaian informasi dan
perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif dalam kebolehpercayaan, keselamatan dan ketelusan sistem e-Voting adalah usaha yang amat baik bagi meningkatkan
persepsi positif terhadap pelaksanaan e-Voting.
Ini kerana, hasil kajian yang dilaporkan di atas, menunjukan peningkatan yang
positif terhadap semua item dalam penggunaan sistem e-Voting berbanding kajian yang telah dilaksanakan oleh penulis
pada 2009 seperti dipaparkan dalam jadual
5.
Jadual 5: Perbandingan Persepsi Pengguna terhadap Sistem e-Voting bagi Kajian 2009 dan 2013
Item
|
2009
(%)
|
2013
(%)
|
Julat
peningkatan persepsi pengguna bagi 2013
(%)
|
Sistem
ini sangat berguna
|
78
|
94.3
|
16.3
|
Sistem ini senang digunakan
|
81
|
94.2
|
13.2
|
Sistem ini
menarik untuk digunakan
|
74
|
91.6
|
17.6
|
Sistem ini dijamin selamat
|
74
|
88.9
|
14.9
|
Sistem ini
melindungi privasi anda
|
74
|
94.3
|
20.3
|
Sistem ini boleh dipercayai
|
76
|
91.2
|
15.2
|
Saya rasa keselamatan sistem ini mempengaruhi kecenderungan saya untuk
menggunakannya
|
71
|
91.2
|
20.2
|
Penulis merumuskan kejayaan dalam
melaksanakan pilihanraya berkomputer bukan sekadar terletak kepada sistem e-Voting tetapi juga disokong dengan
prosedur pelaksanaan dan kumpulan pelaksana yang merupakan aspek utama
perbincangan dalam penulisan ini seperti dipaparkan dalam gambarajah 3.
Gambarajah
3: Pelaksanaan e-Voting disokong oleh
prosedur dan kumpulan pelaksana
Penggunaan sistem e-Voting ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja diperingkat
pilihanraya kampus malah boleh digunakan semasa pilihanraya pertubuhan mahupun
pilihanraya umum sesebuah Negara. Pihak pelaksana perlu mewujudkan komunikasi
dua hala dengan pengguna/pengundi agar melalui maklumbalas yang diterima pihak
pelaksana boleh mencari jalan penambahbaikan yang berterusan seterusnya
memastikan mencapai piawaian prestasi cemerlang di masa hadapan.
Rujukan Bibliografi
(2013). Laporan Pilihanraya
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP 2013/2014). Universiti
Teknologi Bandaraya Melaka.
(22 Oktober 2013). Pilihan raya USM guna sistem e-kira. Berita Harian, 22
Oktober 2013,
ms 17.
Basirat, P. (2012). The
relationship between the national culture and the implementation of the e-Voting system. International Journal
of Innovation, Management and Technology, 3(6),
811.
Lippert, S. K., & Ojumu, E. B. (2008).
Thinking outside of the ballot box : examining public trust in E-Voting
technology. Journal of Organizational and End User Computing, 20(3), 57-80.
Schaupp, L. C., &
Carter, L. (2005). E-Voting: From apathy to adoption. Journal of Enterprise Information Management, 18(5), 586-601.
Moynihan, D. P. (2004). Building secure
elections : E-Voting, security, and systems theory. Public Administration
Review,64(5), 515-528.
Oravec, J. A. (2005). Preventing E-Voting
hazards : the role of information professionals. Journal of Organizational
and End User Computing, 17(4),
4-I,II,III,IV.
Pieters, W., & Robert, v. H. (2007).
Temptations of turnout and modernisation. Journal
of Information, Communication & Ethics in Society, 5(4), 276-292.
doi:http://dx.doi.org/10.1108/14779960710846146
Peng, K. (2011). A general and
efficient countermeasure to relation attacks in mix-based e-Voting. International Journal of
Information Security, 10(1),
49-60. doi:http://dx.doi.org/10.1007/s10207-010-0122-1
Prandini, M., & Ramilli, M. (2012). A
model for E-Voting systems evaluation based on international standards: definition
and experimental Validation1. E
- Service Journal, 8(3),
42-72,9
Maklumat Penulis :
Nama penuh : Dr. Ismadi Bin Md
Badarudin
Bahagian / fakulti :
Fakulti Komputer Sains dan Matematik, UiTM Melaka
Alamat e-mel : ismadi73@melaka.uitm.edu.my
Jawatan : Penolong Rektor, UiTM Bandaraya Melaka
Maklumat pendidikan : Doktor Falsafah Artificial Intelligence,
Universiti Putra Malaysia
Nama penuh : Mohd Ismail Bin Abidin
Bahagian / fakulti : Pusat Sumber, UiTM Bandaraya
Melaka
Alamat e-mel :
mohdismail@bdrmelaka.uitm.edu.my
Jawatan : Pustakawan
Maklumat pendidikan : Sarjana Sains Perpustakaan dan
Maklumat, Universiti Malaya