Library, Librarianship, Information Professional, Researcher, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA
HARI KEEMPAT CSR Kemboja 5-8 Jun 2025 (PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KHIDMAT MASYARAKAT: KORBAN DAN WAKAF TELAGA DI KEMBOJA SIRI IV )
Hari Keempat | 8 Jun 2025 Hari terakhir di bumi Kemboja… dan macam biasa, kami terbangun lewat lagi. Badan pun memang dah terlalu penat. H...

Sunday, June 23, 2013
PENANGGUHAN KULIAH AKIBAT JEREBU
Kepada semua warga UiTM (Akademik dan Pentadbiran) Melaka
PENANGGUHAN KULIAH AKIBAT JEREBU
Merujuk kepada situasi semasa mengenai keadaan jerebu yang telah sampai ke paras bahaya di beberapa tempat di negeri Melaka ketika ini serta keputusan Kerajaan Negeri Melaka yang telah mengumumkan penutupan sekolah, Pengurusan Tertinggi UiTM Melaka telah memutuskan agar semua kuliah ditangguhkan mulai esok (Isnin 24 Jun 2013) sehingga pengumuman baru dikeluarkan. Namun begitu, urusan pentadbiran harian berjalan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, semua warga UiTM Melaka dinasihatkan senantiasa memakai penutup hidung ketika berada di luar rumah dan pejabat untuk memastikan kesihatan tidak terjejas.
Sekian, untuk makluman dan tindakan
PROF. MADYA DR. MOHD ADNAN HASHIM
Rektor
UiTM Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment