Pustakawan, Pusat Sumber, Universiti
Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka,
Pustakawan, Pusat Sumber, Universiti
Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka, Malaysia²
Pustakawan, Perpustakaan Kampus Alor
Gajah, Melaka, Malaysia³
Abstract
This study aims to provide an overview
of Web 2.0 applications among public libraries in Malaysia and the awareness
and use of these applications by Malaysian youth. The main focus of this study
is to explore the types of Web 2.0 that is used by the public library, the
extent of its offering, and how widespread the adoption and the awareness is
among youth about the applications. This study incorporates web analytics
methods, interviews and questionnaires. All 14 states public library and 536
youths were involved in this study. The findings show that the Penang Public
Library (PPAPP) is the most active library in offering Web 2.0 (6 applications)
while the top application used by Malaysian public libraries is a Facebook.
Through the observation the adoption of Web 2.0 application is at an initial stage
and most libraries are planning to enhance the use for better services.
However, the study also found that there were no clear guidelines or policies
in the development of this application. Meanwhile, survey data show Malaysian
youth are not very aware of Web 2.0 services provided by public libraries,
however they are wiiling to use Web 2.0 services if offered by the library in
the future.
Keywords: Malaysian Public Library, Web
2.0, Web 2.0, Social Media, Youth
Abstrak
Penyelidikan ini merupakan satu kajian
yang bertujuan untuk memberikan gambaran penawaran aplikasi Web 2.0 dikalangan
perpustakaan awam di Malaysia dan juga gambaran kesedaran penggunaan aplikasi
ini di kalangan remaja Malaysia. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk meneroka
jenis Web 2.0 yang digunakan oleh perpustakaan awam, sejauh mana penawarannya,
bagaimana meluas aplikasi ini di guna pakai dan kesedaran pengguna dikalangan
remaja tentang penawaran aplikasi ini . Kajian ini menggabungkan kaedah analisis web, temubual dan juga soal selidik.
Kesemua 14 perpustakaan awam negeri dan 536 remaja Malaysia terlibat dalam
kajian ini. Penemuan menunjukkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Pinang (PPAPP) merupakan perpustakaan yang paling banyak menawarkan
perkhidmatan Web 2.0 (6 aplikasi) manakala laman Facebook adalah aplikasi
tertinggi yang digunakan di kalangan perpustakaan awam Malaysia. Melalui
pemerhatian terhadap kandungan aplikasi Web 2.0 yang ditawarkan dikalangan
perpustakaan awam di Malaysia boleh dikatakan penawarannya masih di peringkat
awal dan kebanyakan perpustakaan merancang untuk meningkatkan penggunaan bagi
perkhidmatan yang lebih baik. Walau bagaimanapun kajian juga mendapati bahawa
tidak terdapat garis panduan ataupun polisi yang jelas dalam pembangunan
aplikasi ini. Sementara ini, melalui soal selidik, data menunjukkan remaja
Malaysia kurang sedar akan penawaran perkhidmatan Web 2.0 oleh perpustakaan
awam dan mereka amat bersetuju dan akan menggunakan perkhidmatan Web 2.0 jika
ditawarkan oleh perpustakaan di masa hadapan.
Kata Kunci: Perpustakaan Awam Malaysia,
Web 2.0, Perpustakaan 2.0, Media Sosial, Remaja
PENGENALAN
Perpustakaan
awam adalah sumber utama dalam proses pencarian maklumat secara asasnya oleh
masyarakat setempat. Perpustakaan awam menawarkan perkhidmatan maklumat dengan
menawarkan kepelbagaian bentuk sumber maklumat seperti buku, jurnal, makalah,
mikrofilem, pangkalan data dan sebagainya. Perkembangan teknologi informasi dan
komunikasi telah membawa pengaruh dan perubahan yang besar dalam menyumbang
kepada transformasi perpustakaan kearah perkhidmatan yang lebih dinamik,
berdaya saing dan kreatif dalam menarik minat penggunanya. Revolusi
ICT dan teknologi memecahkan satu demi satu batu sempadan negara di
dunia dan menjangkau jauh melepasi had kemampuan fizikal. Dunia seolah-olah
semakin mengecil dengan segala bentuk pengaksesan dan capaian hanya dihujung
jari sahaja tanpa batasan masa dan tempat. Profession pustakawan turut menerima
tempias agar peranan mereka seiring dengan tuntutan arus kemajuan dalam
memastikan perkhidmatan yang ditawarkan tidak ketinggalan. Pustakawan harus
mempelajari bidang-bidang baru yang lebih kompeten dan mempunyai nilai tambah
sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna generasi baru. Penggunaan pelbagai
aplikasi Web 2.0 seperti media sosial Facebook, YouTube, Twitter, Instagram,
Blog dan sebagainya telah menjadi satu fenomena luar biasa di kalangan pengguna
ICT, terutamanya golongan Y dan Z. Statistik terkini menunjukkan bahawa
bilangan pengguna media sosial Facebook didunia telah meningkat kepada 1.15
bilion manakala lebih dari 13 juta darinya adalah pengguna Malaysia (Socialbakers.com,
2013). Dalam era Web 2.0, perpustakaan juga perlu mengambil langkah-langkah
segera serta peluang menggunakan teknologi ini dalam penyampaian perkhidmatan
mereka kepada pengguna. Menurut Alexander (2006),
teknologi Web 2.0 meransang kerjasama
dikalangan pengguna dimana ianya menjana pemikiran dan strategi baru bagi
memenuhi permintaan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah. Web 2.0
dengan memiliki keupayaan multimedia interaktif, mudah untuk digunakan, reka
bentuk antara muka dengan gambaran visual yang menarik perlu dimanfaatkan
sepenuhnya oleh perpustakaan bagi menjalankan aktiviti promosi, menyampaikan
maklumat dan perkhidmatan terus kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, dalam konteks negara-negara
membangun seperti Malaysia, isu-isu yang timbul seperti sejauh mana teknologi
ini mudah diterima oleh masyarakat tempatan (terutamanya di kalangan remaja)
dan bagaimana teknologi ini (Web 2.0/Library 2.0/perkhidmatan sosial media)
boleh digunakan untuk menyokong kepada penyampaian maklumat dan perkhidmatan
perpustakaan, terutama di kalangan perpustakaan awam. Walaupun statistik telah
membuktikan Malaysia adalah antara negara-negara membangun yang aktif
menggunakan rangkaian media sosial sebagai medium komunikasi dan perkongsian
maklumat, walaubagaimanapun kebimbangan utama yang akan dikaji adalah berkaitan
dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan awam. Masakini
perpustakaan awam tidak hanya menanti kedatangan pengunjung malahan perlu
bergerak lebih aktif dan efektif mencari pengguna dengan bantuan Web 2.0.
serta dapat merialisasikan konsep masyarakat maya yang kaya dengan ilmu
pengetahuan. Peranan perpustakaan dan pustakawan dalam mentransformasikan
perkhidmatan Web 2.0 ini sangat besar dan perlu dilaksanakan dengan teliti dan
sistematik dalam memperkasakan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta
penyampaian maklumat. Kajian ini secara tidak langsung akan membantu
perpustakaan awam merialisasikan konsep penyebaran maklumat dengan menggunakan
bantuan Web 2.0 dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memenuhi
polar kehendak masyarakat era kini yang celik IT.
OBJEKTIF
DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat peranan
perpustakaan awam dan pustakawan dalam mentranformasikan perkhidmatan baru dan
secara tidak langsung merealisasikan konsep penyebaran dan penyampaian
maklumat menggunakan aplikasi Web 2.0.
Kajian ini juga melihat kepada penerimaan perkhidmatan ini dikalangan remaja di
Malaysia. Bagi mencapai matlamat kajian, beberapa soalan kajian dibangunkan
untuk menjawab persoalan kepada penawaran aplikasi Web 2.0
SK1 : Apakah aplikasi Web 2.0 yang menjadi trend
penggunaan/perlaksanaan dikalangan
perpustakaan awam di Malaysia?
SK2
: Apakah tujuan aplikasi ini ditawarkan
dan sejauhmana perpustakaan menggunakan
aplikasi ini untuk meningkatkan hubungan
dengan penggunanya?
SK3 : Sejauh manakah penerimaan pengguna keatas
penawaran perkhidmatan Web 2.0
Perpustakaan?
SOROTAN KAJIAN
Penggunaan aplikasi Web 2.0 dikalangan masyarakat
dunia telah menjadi satu fenomena terutama sekali dikalangan generasi baru. Menurut Tim Berner, Sir Web 1.0 adalah
mengenai hubungan manusia dan ianya adalah berbentuk interaktif manakala Web
2.0 adalah penggunaan standard yang berterusan dan dihasilkan oleh oleh manusia
yang terlibat dengan Web 1.0. Terma Web 2.0 telah di konsepkan oleh Tim O’Reily
dan Dale Dougherty pada tahun 2004 (O’Reilly,2005). Ianya merujuk kepada pelbagai definisi : (1) laman web yang
berasaskan kepada penggunaan teknologi, (2) mengandungi ciri-ciri komponen
sosial dan (3) berorientasi kandungan yang dijana oleh pengguna (Cormode and Krishnamurthy,2008).Teknologi
Web 2.0 menandakan bermulanya revolusi maklumat yang ditransformasikan ke arah
bidang sosial. Penggunaan laman web yang interaktif merupakan salah satu
paltform bagi pengguna menyebarkan maklumat, berkongsi maklumat, dan
berkomunikasi secara aktif. Perubahan secara mendadak ini memberikan satu cabaran baru
kepada profesion pustakawan untuk mengkaji sejauh mana perkembangan dan
keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan (Bronstein and
Aharony, 2009). Perpustakaan 2.0 merupakan satu perubahan cara
bagaimana perpustakaan berinteraksi dengan pengguna. Perkembangan
teknologi Web 2.0 merupakan pengaruh besar ke atas perubahan ini. Perubahan ini
juga memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi daripada pustakawan (Isto
Hivula et al., 2013). Cullen (2008) menyatakan bahawa Perpustakaan 2.0 (Library
2.0) merupakan komunikasi utama yang berorientasikan pengguna. Abraham (2008) juga mengatakan
bahawa Perpustakaan 2.0 mesti mempunyai
pengetahuan yang kukuh tentang tingkah laku pengguna.
Chawner (2008) telah mengkategorikan 4 peranan
pustakawan di dalam penggunanaan media sosial. Peranan itu ialah sebagai content
consumer (passive), content commenter ( reactive), content creator (proactive)
and content collector ( current awareness). Beliau lebih selesa mentakrifkan
peranan pustakawan sebagai content consumer dan collector
berbanding memainkan peranan dengan lebih proaktif dan reaktif. Menurut
Oberhelman (2007), "Web 2.0 secara amnya merujuk kepada alat web itu,
dan bukannya bertindak sebagai forum bagi pihak berkuasa untuk memberikan
maklumat kepada pendengar yang pasif menerima, sebenarnya mengundang pelawat
laman mengulas, bekerjasama, dan mengedit maklumat….. ". Manakala
Perpustakaan 2.0 pula bermaksud satu laman web yang terbuka kepada semua,
interaktif, dapat menampung aplikasi Web 2.0 dan wujud kerjasama dengan
pengguna (Xu, Ouyang dan Chu, 2009). Isto Huvila et
al.(2013) dalam kajiannya mengatakan fenomena Perpustakaan 2.0 didefinasikan
sebagai perubahan cara interaksi diantara perpustakaan dan pengguna perpustakaan
(Holmberg et al., 2009). Berdasarkan definisi tersebut, perkembangan teknologi
didalam peralatan dan teknik laman web menjadi faktor perubahan berlaku.
Perpustakaan 2.0 juga bermakna perubahan ke arah
peningkatan penggunaan media sosial dan apa yang dipanggil Web 2.0 sebagai alat di perpustakaan. Aspek perubahan
itu boleh dianggap mempunyai implikasi yang besar kepada kemahiran dan
pengalaman yang diperlukan oleh pustakawan.
Sementara itu Squires dan Golden (2009), mengatakan
bahawa hari ini, Web 2.0 merupakan satu aplikasi yang digunakan sebagai salah
satu cara menjalinkan hubungan dengan lebih mudah dan perpustakaan awam sedia
memberikan kerjasama. Walaupun fokus utama perkhidmatan perpustakaan awam
banyak tertumpu pada pembangunan sumber dan program untuk kanak-kanak dan
remaja, aplikasi Web 2.0 banyak membantu perpustakaan awam bagi membantu dan
membimbing pelajar menjalankan
penyelidikan ketika diluar persekitaran
sekolah mereka. Pada bila-bila masa sahaja pustakawan boleh membantu dalam pencarian
maklumat yang berkesan beserta dengan contoh-contoh dan teknik yang lebih
kreatif dan inovatif. Menurut Ram (2011) pula pengenalan ICT kepada
perpustakaan telah banyak membantu bagi mengatasi rutin dan tugas yang
berulang-ulang serta menawarkan kaedah pembelajaran baru yang lebih inovatif
melalui pelbagai mod iaitu (a) secara serentak ; kandungan yang berbeza dan
bahan-bahan pembelajaran yang interaktif, (b) fleksibiliti ; masa,tempat dan
kadar serta memberi peluang kepada guru-guru meluangkan masa bagi mencipta
teknik pembelajaran yang lebih terkini dan mencabar. Kemunculan aplikasi Web
2.0 merupakan satu transformasi teknologi (Joint, 2010), yang telah memberi
jangkauan dan jalan yang baru kepada generasi pengguna perpustakaan yang akan datang dimana mereka boleh
berinteraksi pada bila-bila masa sahaja, menjimatkan masa dan lebih
berinteraktif dalm proses pembelajaran. Smith (2013), telah membuat ulasan
daripada buku Do You Web 2.0?: Public Libraries and Social Networking hasil
tulisan Linda Berube. Didalam ulasan beliau mengatakan, pengenalan kepada Web 2.0
merupakan satu isu yang praktikal dan perlu diuruskan secara efektif. Halangan
yang biasanya wujud ialah hasil dari
perbezaan persepsi dan tanggapan terhadap fungsi teknologi yang digunakan. Ianya jelas bahawa tidak
hanya cukup memahami atau menghargai apa yang teknologi boleh lakukan tetapi
juga apa yang perlu dilakukan untuk mengintegerasikan pemahaman ini ke dalam
perkhidmatan yang sedia ada. Jika seorang pustakawan tidak berminat menjalinkan
interaksi, maka hakikatnya bahawa blog dan perkhidmatan rangkaian sosial hanya
wujud tanpa maklumbalas dari pengguna dan sudah tentu seseorang biasanya dari
pengurusan tertinggi akan bertanya apakah faedah yg diperolehi dari aplikasi
ini.
METHODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengabungkan 3 kaedah untuk mendapatkan
keseluruhan data yang diperlukan. Ianya terdiri daripada analisis kandungan
laman web, temubual dikalangan pegawai yang bertangunggjawab keatas
pembangunan/penyelengaraan aplikasi Web 2.0, dan soal selidik keatas pengguna.
Analisis kandungan web perpustakaan
dijalankan secara umum dan hanya melibatkan pemerhatian keatas paparan hadapan
(first link view) setiap laman web perpustakaan awam untuk melihat apakah jenis
Web 2.0 yang dibangunkan/ditawarkan oleh setiap perpustakaan. Analisis ini
dilakukan 2 kali iaitu sebelum dan selepas temubual dijalankan. Seterusnya,
temubual secara bersemuka (individual
interview) dan juga melalui telefon telah dijalankan dengan pegawai-pegawai
perpustakaan (pegawai IT / Pustakawan) untuk mengenal pasti tujuan utama
aplikasi ini dibangunkan, serta mengumpul faktor penting yang telah memberi
kesan kepada pelaksanaan Aplikasi Web 2.0 di perpustakaan ini. Daripada 14
sampel Perpustakaan Awam yang dipilih bagi kajian ini, hanya 11 Perpustakaan
sahaja yang dapat di temubual. Faktor kos dan kekangan masa merupakan faktor
yang melambatkan proses temubual dijalankan. Setiap perpustakaan yang di
temubual di beri kod PA1-PA14. Seterusnya, soal selidik ke atas remaja
dilakukan di seluruh Malaysia untuk melihat persepsi dan penerimaan remaja akan
penawaran aplikasi Web 2.0 oleh perpustakaan awam. Sebanyak 536 responden yang
terdiri dari remaja seluruh Malaysia berumur antara 12-18 terlibat dalam kajian
ini meliputi Sabah dan Sarawak
ANALISIS DATA
1) ANALISI KANDUNGAN LAMAN WEB
1.1 Mengenal pasti perpustakaan awam yang mempunyai aplikasi
Web 2.0.
Kewujudan
dan penawaran keatas aplikasi Web 2.0 yang disediakan oleh perpustakaan awam di
Malaysia dikenalpasti melalui laman web atau portal rasmi perpustakaan awam tersebut.
Satu senarai semak yang mengandungi 8 aplikasi dibangunkan untuk melihat akan
penawaran aplikasi Web 2.0 ini. Jika didapati perpustakaan awam tersebut
mempunyai penawaran atau ada kewujudan ikon-ikon Web 2.0, didalam laman web
perpustakaan maka ianya akan ditandakan sebagai “Ya”, manakala jika sebaliknya
ianya akan ditanda sebagai “Tidak”. Setiap ikon yang wujud ini juga disemak
sekali lagi untuk melihat sama ada ianya aktif digunakan ataupun sekadar
hiasan.
1.2 jenis Web 2.0 yang digunakan oleh perpustakaan awam di
Malaysia?
Melalui semakan ke atas setiap laman web atau
portal rasmi 14 perpustakaan awam utama di Malaysia (sehingga 15 Julai 2013),
dapatan data menunjukkan hampir kesemua perpustakaan awam ini membangunkan dan
menawarkan sekurang-kurangnya satu jenis aplikasi Web 2.0 dan rata-ratanya 3 jenis aplikasi Web 2.0 (PPAKB, PPANP, PPASB,
PPAS dan PPATG). Menariknya melalui semakan pertama keatas setiap portal
perpustakaan awam pada awal Februari 2012 dan sehingga temubual dijalankan,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPATG) tidak menawarkan apa-apa
perkhidmatan Web 2.0 namun semakan terkini (15 Julai 2013) mendapati
perpustakaan ini telah menawarkan 3 jenis aplikasi Web 2.0 iaitu halaman
Wikipedia, pautan RSS dan laman Facebook. Perpustakaan Awam Pulau Pinang
(PPAPP) merupakan perpustakaan awam yang paling banyak menawarkan aplikasi Web
2.0 iaitu sebanyak 6 jenis aplikasi berbanding 8 jenis aplikasi yang dikaji
(Lihat Rajah 1). Namun demikian, pada
semakan pertama penyelidik menemui ikon Ask
Librarian didalam portal PPAPP namun ianya tidak aktif dan tiada apa-apa
respon dari PPAPP apabila penyelidik mencubanya. Semasa proses temubual dengan
pegawai PPAPP, penyelidik ada memaklumkan berkenaan perkara ini dan mendapat
maklumbalas bahawa perkhidmatan sembang bersama pustakawan atau Ask Librarian tidak dapat ditawarkan
lagi akibat kekangan masa dan kekurangan staf bagi mengendalikan perkhidmatan
ini. Namun demikian, sebagai alternatifnya, pengguna boleh memberi apa jua
maklumbalas, komen dan cadangan melalui Facebook perpustakaan. Seterusnya,
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
(PPAPH) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) masing-masing
menawarkan sebanyak 5 aplikasi Web 2.0. Semakan kali kedua juga menemukan data
yang menarik keatas portal Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK),
dimana perpustakaan awam ini tidak lagi mempunyai / tidak menawarkan apa-apa
jenis aplikasi Web 2.0 walaupun pada semakan pertama, mereka mempunyai 3 jenis
aplikasi Web 2.0. Seperti yang dijangkakan, Facebook merupakan aplikasi yang
paling banyak ditawarkan oleh pepustakaan. Ini kerana aplikasi ini merupakan
aplikasi yang menjadi trend penggunaan terkini dalam membentuk satu
transformasi hubungan yang lebih meluas dikalangan pengguna Facebook.
Hampir kesemua perpustakaan awam mempunyai laman
Facebook (93%) masing-masing kecuali PPANPK walaupun pada awal semakan,
perpustakaan ini mempunyai laman Facebook nya. Ini diikuti dengan penawaran
aplikasi RSS (64%) dan Youtube (43%). Walaupun begitu RSS merupakan aplikasi
yang memang tersedia secara automatik bagi perpustakaan yang membangunkan laman
web / portal menggunakan perisian Joomlaa. Lain-lain aplikasi yang digunakan
oleh perpustakaan awam adalah sebanyak 29% bagi blog dan Twitter serta Wikis
sebanyak 21%. Analisis web terkini juga mendapati bahawa tiada perpustakaan
awam menawarkan perkhidmatan Instant Messaging atau sembang bersama pustakawan
walaupun ada perpustakaan yang mempunyai perkhidmatan ini (PPAPP dan PNM)
melalui semakan pertama.
2) Analisis
Temubual
2.1 Pembangunan dan Penawaran Aplikasi Web 2.0
Pembangunan dan penawaran perkhidmatan aplikasi Web 2.0 dikalangan
perpustakaan awam boleh dikatakan sangat perlahan dan hanya bermula di akhir
tahun 2008 walaupun aplikasi ini berada di ruangan siber bermula tahun 2004.
Melalui maklumbalas yang diterima melalui temubual yang dijalankan dikalangan
11 buah perpustakaan awam di Malaysia, kebanyakan perpustakaan mula
membangunkan aplikasi ini bermula tahun 2008 dimana, Perpustakaan Awam Negeri
Sembilan yang terawal menggunakannya dan kemudian diikuti oleh Perpustakaan
Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Terengganu, Sabah, Sarawak, Johor, dan
Perlis pada tahun 2009.
Beberapa penemuan yang menarik dan penting didapati melalui data analisis
web dan juga temubual diantara pegawai
mendedahkan beberapa penemuan yang penting yang bercanggah atau tidak
selari diantara kedua-dua dapatan data. Melalui penyemakan kandungan web ataupun
analisis kandungan PA1, dapatan data
menunjukkan bahawa PA1 ada menawarkan khidmat chatting (Ask Librarian) melalui portal u-Pustaka, namun apabila
penyelidik mencuba untuk menggunakannya, ianya tidak berfungsi dan tidak
mempunyai apa-apa respon atau maklumbalas berkaitan masalah yang dihadapi
walaupun penyelidik telah menghantar emel bagi memaklumkan akan ketidakfungsian
perkhidmatan Ask Librarian tersebut.
Melalui temubual yang telah dijalankan, pegawai yang bertanggungjawab keatas
portal rasmi PA1 dan juga perkhidmatan Web 2.0, menyatakan bahawa “u-Pustaka bukan dibangun dan diselenggarakan
oleh pihak PA1. Ianya di bangunkan oleh pihak ketiga melalui konsortium yang
telah ditubuhkan dengan syarikat swasta dan dibiayai oleh kerajaan. Oleh yang demikian, PA1 tidak
bertanggungjawab ke atas penyelenggaran mahupun mengemaskini portal u-Pustaka
tersebut”. Melalui temubual tersebut juga, penyelidik dimaklumkan bahawa
aplikasi atau perkhidmatan Web 2.0 yang pertama dibangunkan oleh PA1 adalah Blog
pada tahun 2009. Namun demikian, tinjauan ke atas portal blog PA1, ianya
didapati, pihak PA1 tidak menggunakan kata nama rasmi blog sebagai Blog PA1,
sebaliknya blog tersebut menggunakan identiti atau nama pengarahnya. Menurut
pegawai tersebut, “pengarah amat suka
menulis berkaitan berita-berita atau apa-apa aktiviti yang berkaitan PA1,
peristiwa penting dan juga ucapannya didalam blog tersebut. Pada awalnya blog
tersebut adalah tulisan sendiri pengarah PA1, namun demikian, pengurusan
PA1 melihat ianya satu amalan yang baik (best practices) untuk
menjadikan blog tersebut sebagai blog rasmi PA1. Kini, setelah
diistiharkan blog tersebut sebagai blog rasmi PA1, maka segala urusan
mengemaskini dan menyelenggara blog tersebut diletakkan dibawah pengurusan korporat”. Seterusnya pada tahun 2010, PA1 membangunkan
aplikasi Facebook dan Flickr. Manakala aplikasi RSS adalah aplikasi sedia ada (automated generate) yang terdapat
didalam portal joomla. Kini PA1 menawarkan 5 aplikasi Web 2.0 dengan yang
terkini Twitter bagi kemudahan atau cara mendekatkan diri dengan pengguna PA1.
Seterusnya melalui temubual ke atas PA4, penyelidik dimaklumkan bahawa PA4
mula membangunkan aplikasi Web 2.0 pada tahun 2011 dengan aplikasi yang pertama
yang ditawarkan adalah Facebook dan RSS kemudiannya diikuti dengan Wikipedia.
Walaupun PA4 cuma membangunkan / menawarkan 3 aplikasi Web 2.0, namun demikan
melalui pemerhatian penyelidik ke atas kandungan didalam Web 2.0 perpustakaan
ini, penyelidik mendapati bahawa PA4 merupakan antara Perpustakaan yang paling
aktif menggunakan media Web 2.0 terutamanya aplikasi Facebook bagi tujuan
promosi dan perhubungan dengan pengguna mereka. Melalui temubual yang
dijalankan juga, penyelidik mendapati pegawai yang bertanggungjawab ke atas
pembangunan ini amat peka dan cepat dalam mengadaptasikan perkhidmatan terkini
dan mengikuti trend terkini yang bersesuaian dengan kehendak pengguna terutama
golongan belia. Menurut pegawai PA4 tersebut “aplikasi Web 2.0 ini
dibangunkan selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh MAMPU, yang memerlukan
semua jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi mempunyai rangkaian sosial media untuk
mendekati rakyat secara umum”. Oleh
itu, PA4 cuba merealisasikan arahan tersebut dan menggunakan Facebook dalam mendekati
penggunanya secara lebih dekat dan mesra.
Satu penemuan yang menarik juga didapati melalui temubual dengan pihak PA14
dan dapatan data analisis kandungan Web 2.0.
Menurut pegawai IT yang bertanggugjawab dalam pembangunan portal PA14, “PA14
tidak menawarkan ataupun membangunkan sebarang aplikasi Web 2.0” namun
demikian, melalui analisis kandungan Web 2.0 yang dijalankan pada awal 2012,
penyelidik mendapati wujud akaun Facebook atas nama PA14, namun pegawai
tersebut memaklumkan “ianya bukan laman facebook rasmi perpustakaan PA14
sebaliknya dibangunkan oleh staf perpustakaan atas inisitiaf sendiri tanpa ada
arahan dari pihak pengurusan dan ianya bertujuan untuk membantu pihak PA14
dalam mempromosi apa-apa aktiviti dan perkhidmatan terbaru kepada
pelanggan”. Menariknya, melalui
semakan semula keatas kandungan Web 2.0 PA14 pada 15 Julai 2013, penyelidik
mendapati, kini PA14 mempunyai 3 aplikasi Web 2.0 iaitu Facebook, Wikipedia dan
RSS.
Seterusnya, temu bual dengan pegawai IT PA13 pada 12 Januari 2012,
mendedahkan bahawa perpustakaan hanya mempunyai dua jenis aplikasi Web 2.0,
Facebook dan Twitter. Laman ini pada asalnya laman bukan rasmi PA13 kerana
ianya dibangunkan/diwujudkan oleh kakitangan fotografi yang bertujuan bagi
perkongsian maklumat, aktiviti-aktiviti dan peristiwa penting diantara
kakitangan PA13. Namun demikian, setelah PA13 menjalankan penjenaamaan semula
ke atas semua perkhidmatan PA13 di akhir tahun 2010, laman Facebook dan Twitter
ini dijadikan laman rasmi perpustakaan dan menjadi salah satu perkhidmatan penting
dalam mempromosikan PA13 secara menyeluruh dan efektif. Melalui analisis kandungan (analisis kedua)
pada 15 julai 2012, PA13 menawarkan 5 aplikasi Web 2.0 iaitu RSS, Blog,
Youtube, Twitter dan Facebook. Namun demikian, RSS merupakan aplikasi sedia ada
yang terdapat didalam Portal Web PA13 yang menggunakan perisian Joomla.
Manakala melalui temubual dengan Penolong Pegawai IT PA12 yang
bertanggungjawab ke atas aplikasi Web 2.0, data menunjukkan PA12 ini mewujudkan
laman Facebook diakhir tahun 2009, manakala laman Twitter pula dipertengahan
tahun 2010. Menariknya, melalui temubual yang telah dijalankan terhadap 11 buah
perpustakaan awam (perpustakaan negeri), PA12 merupakan satu-satunya
perpustakaan awam negeri di Malaysia yang membentuk/mewujudkan satu jawatankuasa
khas yang bertanggungjawab dalam mengemaskini, menyelengara, membuat promosi/hebahan
dan juga membuat laporan khas keatas perkhidmatan Web 2.0 ini. Menurut pegawai
tersebut “Jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan-kakitangan dari
setiap unit yang aktif menggunakan aplikasi Web 2.0 dan berminat untuk
menyumbang tenaga dalam membantu mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan PA12
disamping memberi khidmat nasihat secara terus kepada pengguna mengikut bidang
masing-masing. Jawatankuasa ini terletak dibawah tanggungjawab Knowledge
Management Unit dan dibawah pengawasan jabatan Community Technology Networking.
Melalui semakan terkini, PA12 mempunyai 3 aplikasi Web 2.0 iaitu Twitter,
RSS dan Facebook manakala 1 aplikasi WebCast (koleksi e-Video dan audio) yang
tidak mempunyai ciri-ciri aplikasi Web 2.0.
Seterusnya temubual yang dijalankan keatas PA7 pada 12 Mac 2012, mendapati
Perpustakaan ini telah lama mewujudkan aplikasi Blog, namun bermula tahun 2010,
PA7 aktif menggunakan Laman Facebook dan Blog sebagai salah satu perkhidmatan
mereka. Menurut pegawai yang ditemubual “Pembangunan dan penawaran
perkhidmatan Facebook dilaksanakan kerana, melalui pemerhatian trend pengguna
masa kini dan juga melalui kriteria yang ditetapkan oleh MEMDEC dalam memberi
pengiktirafan keatas laman portal badan-badan kerajaan. Pada tahun 2010, PA7
menerima pengiktirafan 2 bintang ke atas pembangunan Web Portal Perpustakaan
manakala pada 2011, PA7 menerima pengiktirafan 4 bintang setelah
memasukkan aplikasi Web 2.0 didalam portal perpustakaan. Rentetan dari itu PA7
berharap dapat menyediakan lebih banyak aplikasi Web 2.0 ini dalam
memantapkan proses penyampaian maklumat dan juga kegirangan pelanggan ke atas
perkhidmatan yang ditawarkan”. Analisis terbaru (ke atas kandungan Web 2.0)
menunjukkan PA7 kini menawarkan 5 aplikasi Web 2.0 iaitu RSS, Blog, Youtube,
Twitter dan Facebook, berbanding 1 aplikasi sahaja pada tahun 2012.
Sementara itu, melalui temubual yang dijalankan dengan 3 orang Penolong
Pegawai Teknologi PA10 pada 13 Februari 2012, satu penemuan menarik juga telah
dikenalpasti melalui temubual ini. PA10 mula membangunkan laman web blognya
pada bulan Jun 2010 yang dikhaskan untuk tatapan kakitangannya bagi perkongsian
pintar aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dengan perkembangan trend terkini dan
juga keperluan perkongsian maklumat yang lebih luas PA10 membangunkan atau
mewujudkan 2 laman Facebook, Twitter dan Flickr yang berbeza fungsinya bagi
kakitangan dan juga penggunanya. Menurut salah seorang pegawai yang ditemubual “Kewujudan
2 akaun yang berbeza ini kerana PA10 merasakan perlunya mereka
mengasingkan sesuatu maklumat atau informasi untuk disalurkan kepada sasaran
pengguna agar ianya lebih bermanfaat dan berguna. Sebagai contoh, bagi akaun
yang dikhaskan kepada kakitangan, maklumat atau sumber yang akan disampaikan
adalah seperti ucapan-ucapan, pekeliling, aktiviti kekeluargaan kakitangan dan
apa jua yang berkaitan dengan kakitangan dan pengurusan PA10, manakala
bagi akaun untuk pengguna, ianya adalah maklumat berkenaan perkhidmatan,
aktiviti bersama komuniti dan apa jua maklumat yang dirasakan sesuai untuk
tatapan pengguna sahaja disalurkan. Ini amat penting supaya penyampaian sesuatu
maklumat dapat disalurkan dengan lebih baik dan penerimannya lebih meluas berbanding
jika mencampuradukkan perkara-perkara yang tidak relevan untuk tatapan sasaran
pengguna ini”. Menariknya juga, aplikasi yang dibangunkan seperti Facebook,
Flickr, Youtube dan Twitter PA10, semuanya dicadangkan oleh pengguna PA10
melalui borang maklum balas perkhidmatan pelanggan. Melalui analisis kandungan
terkini pada 15 Julai 2013, PPAPP mempunyai
2 Laman Youtube, 2 Laman Flickr, 1 laman Facebook, Twitter, RSS dan
blog.
Semasa temubual dengan 2 orang pegawai Teknologi Maklumat PA8 pada 14 Feb
2012 dan analisis kandungan web pada awal Januari 2012, didapati PA8 cuma
mempunyai 2 akaun iaitu laman Blog dan
Facebook, manakala RSS merupakan aplikasi sedia ada didalam portal PA8. Menurut
pegawai yang ditemubual secara telefon, “PA8 membangunkan dan menawarkan
aplikasi Web 2.0 ini pada tahun 2009 dan ia sebenarnya di wujudkan oleh
kakitangan perpustakaan dalam membantu PA8 secara sukarela untuk
menyalurkan maklumat terkini berkaitan aktiviti-aktiviti dan program-program
yang dilaksanakan oleh perpustakaan dan ia merupakan akaun tidak rasmi bagi PA8.
Bagaimanapun setelah melihat kepada trend penggunaan Web 2.0 terlalu tinggi
dikalangan masyarakat awam dan keperluan untuk menggunakan aplikasi ini sebagai
salah satu bentuk promosi perpustakaan yang lebih efisien, maka PA8
memutuskan untuk menjadikan akaun ini secara rasmi sekitar akhir tahun 2009.
Manakala bagi laman blog pula, pada awalnya ia bertujuan untuk menyimpan dan
merekodkan semua aktiviti kakitangan seperti sukan, hari keluarga, gotong
royong dan sebagainya.” Kini PA8 telah menambah satu lagi aplikasi Web 2.0
iaitu Youtube sebagai salah satu perkhidmatan atas talian mereka.
2.2 Objektif dan tujuan pembangunan/penawaran perkhidmatan
Web 2.0 kepada pengguna
Hampir kesemua
pegawai perpustakaan awam yang ditemubual menyatakan tujuan utama mereka
membangunkan atau menyediakan perkhidmatan Web 2.0 adalah bagi memudahkan sesuatu promosi dapat dilaksanakan dengan
lebih mudah, cepat dan efisien. Sebagai contoh, melalui temubual yang
dijalankan ke atas pegawai perpustakaan PA4,
beliau menyatakan, “...tujuan utama PA4 membangunkan
atau menawarkan perkhidmatan Web 2.0 ini adalah untuk memudahkan perpustakaan
untuk berkomunikasi dengan pengunanya, dan memaklumkan (membuat hebahan)
berkenaan aktitiviti-aktiviti, program-program yang dijalankan atau apa jua
maklumat berkenaan perpustakaan dengan cara yang lebih cepat, cekap dan
efisien. Aplikasi ini juga sangat mudah digunakan dan bersifat “userfriendly”
dan maklumat dapat disebarkan dengan lebih meluas dan cepat. Kos promosi
dan penyebaran maklumat menggunakan
medium ini adalah sangat minimum dan boleh dikatakan hampir percuma berbanding
penggunaan promosi menggunakan kaedah konvensional seperti membuat banner,
bunting, iklan di akhbar-akhbar atau radio dan sebagainya. Begitu juga perpustakaan
PA5, pegawai tersebut menyatakan, “ aplikasi
ini memudahkan perpustakaan untuk membuat promosi dengan lebih cepat dan paling
penting ianya percuma”. Kenyataan ini juga
turut disokong oleh pustakawan yang ditemubual dari Perpustakaan Negara Malaysia. Sementara itu, melalui temubual yang
dijalankan terhadap 2 orang kuat perpustakaan PA13
yang bertanggungjawab ke atas pembangunan aplikasi Web 2.0 ini, mereka
menyatakan, PA13 sentiasa mempunyai
program atau aktiviti yang dibuat secara ad-hoc. Oleh itu mereka perlu
menggunakan medium ini bagi mempromosikan segala aktiviti yang dijalankan
secara ad-hoc supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat, meluas dan menjimatkan masa berbanding cara
konvensional.
Selain daripada
itu, ada juga perpustakaan menyatakan tujuan mereka membangunkan atau
menawarkan perkhidmatan Web 2.0 ini adalah kerana mereka menerima arahan
daripada kerajaan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau badan-badan
kerajaan seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) dan Multimedia Development Corporation (MDeC). Menurut pegawai IT PA4, "kewujudan laman facebook PA4 adalah disebabkan arahan daripada
MAMPU... dimana badan ini mengkehendaki semua agensi kerajaan perlu mempunyai
rangkaian media sosial... supaya proses penyampaian maklumat dapat dilakukan
dengan lebih mudah dan cekap." Begitu juga dengan PA5, pegawai yang ditemubual menyatakan bahawa "Kerajaan
Negeri Melaka telah menggesa semua jabatan kerajaan untuk mempunyai laman
rangkaian sosial seperti Facebook untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat
dengan masyarakat” . Sesuatu yang menarik untuk dikongsi, melalui temubual
bersama dengan pegawai dari PA7, beliau
menyatakan, “ Pembangunan aplikasi Web 2.0 PA7 adalah disebabkan oleh kriteria penilaian ke atas setiap
portal badan kerajaan yang dibuat oleh MDEC, dimana badan kerajaan yang
mempunyai aplikasi Web 2.0 seperti media sosial Facebook mempunyai kelebihan
dari segi permarkahan. Oleh itu, pengurusan PA7
cuba menawarkan seberapa banyak aplikasi Web 2.0 bagi mendapat kelebihan
penilaian tersebut”. Begitu juga PA13,
pegawai yang ditemubual menyatakan, “PA13
sentiasa memastikan maklumat yang terdapat didalam Facebook PA13 sentiasa dikemaskini dan juga maklumat
yang disampaikan tepat dan berkualiti bagi makluman penggunanya. Ia bertujuan
supaya tidak ada pihak yang akan mempertikaikan maklumat yang diberi melalui
Facebook PA13 ini.” Melalui
amalan ini laman web PA13 termasuk
Facebook telah menerima anugerah 4 bintang daripada MDeC dan pernah memenangi
anugerah Inovasi Laman Web terbaik dari
MAMPU ".
Sementara itu
melalui temubual dengan pegawai dari PA12, beliau menyatakan, “PA12 sentiasa melihat dan amat sensitif (peka)
dengan kehadiran teknologi atau aplikasi baru yang digunakan oleh masyarakat
hari ini...trend penggunaan Facebook, Twitter, Youtube, Podcast, RSS, dan
lain-lain aplikasi Web 2.0 yang semakin popular membuatkan PA12 cuba untuk membangunkan sebanyak
mungkin sebagai salah satu perkhidmatan PA12.
Objektif utama pembangunan atau penawaran perkhidmatan ini adalah untuk
mendekati pengguna dan masyarakat secara
khususnya, mewujudkan rangkaian atau komunikasi dua hala antara perpustakaan
dan masyarakat serta memudahkan proses penyaluran maklumat atau promosi aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan. Selepas hampir 3 tahun menggunakan aplikasi ini, PA12 mendapati medium ini adalah salah satu
cara yang paling cepat dan berkesan dalam membuat promosi. Sebagai contoh: PA12 telah menganjurkan satu program
tayangan yang di buat pada waktu malam. PA12
memaklumkan program ini melalui laman facebook dan akaun twitter PA12, serta juga menggunakan kaedah
konvensional untuk mempromosikan program ini. Melalui gabungan bentuk promosi
ini, hampir 500 orang pengunjung yang hadir pada program tersebut. Ianya satu
pencapaian yang diluar jangkaan dan mendapat maklum balas yang sangat positif
dari pengunjung.
Pada masa kini,
Web 2.0 merupakan trend yang popular dalam membentuk sesuatu hubungan
(mewujudkan jaringan hubungan yang lebih meluas) dan juga satu cara bersosial
masyarakat sekarang. Munurut pegawai dari PA4,
“ Web 2.0 terutamanya Facebook merupakan aplikasi yang mesra pelanggan
(user-freindly) dan sangat meluas penggunaannya terutama dikalangan remaja,
lebih-lebih lagi sesuatu maklumat dapat tersebar dengan lebih meluas dan cepat.
Sebagai contoh, apabila seseorang pelanggan perpustakaan melihat sesuatu
kiriman (wall post) didalam laman Facebook PA4,
jika mereka suka (like) atau komen ataupun berkongsi pautan tersebut (shared),
maka rakan-rakan mereka dapat melihat kepada pautan kiriman tersebut. Jika
rakan-rakan mereka bertindak sama seperti pengguna pertama tadi maka jaringan
maklumat akan lebih meluas dan sesuatu maklumat ini dapat disampaikan dengan
lebih cepat dan cekap. Secara logiknya, jika proses ini berulang-ulang maka
sesuatu maklumat berkaitan aktiviti dan program-program perpustakaan dapat
disampaikan dengan lebih baik, cepat dan meluas disamping menjana rangkaian
baru dalam membentuk hubungan diantara perpustakaan, pelanggan sedia ada dan
juga pelanggan baru.” Di samping
itu, pegawai PA1 menyatakan "mudah-mudahan
dengan penawaran aplikasi Web 2.0, ianya dapat menarik minat lebih ramai
pengguna untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PA1, meningkatkan statistik peminjaman buku
dan lain-lain”. Sementara itu, menurut pegawai dari PA13, “ media sosial seperti Facebook ini dapat mewujudkan
komunikasi 2 hala yang baik antara pihak PA13
dan pengguna...pengguna bebas memberi pandangan dan cadangan kepada pihak PA13, berkongsi idea dan juga mereka dapat
memberi ekspresisasi mereka keatas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PA13. Begitu juga dengan PA2 dan PA6,
pegawai yang ditemubual menyatakan melalui
perkhidmatan ini, ianya akan memudahkan komunikasi 2 hala antara pengguna dan
perpsutakaan dan juga dapat membentuk hubungan yang lebih mesra dan dekat
dihati pengguna.
2.3
Bentuk promosi yang digunakan oleh pihak Perpustakaan dalam memberi kesedaran
kepada pengguna akan kewujudan aplikasi ini.
Melalui
analisis Web, temubual yang dijalankan dan pemerhatian secara rambang seperti
lawatan ke program-program yang dianjurkan (in-house site visit)
mengenai kaedah dan bentuk promosi yang digunakan oleh Perpustakaan Awam di
Malaysia bagi memberi kesedaran mengenai penawaran aplikasi Web 2.0 mendapati
ada perpustakaan yang memainkan peranan yang aktif dalam mengerakkan promosi ke
atas penawaran perkhidmatan ini. Sebagai contoh, pegawai PA4 menyatakan, “PA4 melakukan promosi secara langsung dan tidak langsung keatas
penawaran aplikasi Web 2.0 ini, salah satunya adalah melalui portal atau laman
web rasmi PA4 itu sendiri. Didalam
laman web PA4 terdapat ikon “Ikut
kami di Facebook (Follow us on Facebook)” dan ikon RSS yang boleh dilihat
dengan jelas oleh oleh pengunjung laman web PA4.
Selain daripada itu, promosi secara tak langsung adalah melalui penyekatan
ke atas beberapa laman web yang tidak dibenarkan dilayari didalam perpustakaan
seperti laman Youtube, Twitter dan lain-lain. Apabila pengguna ingin melayari
laman tersebut, satu paparan mesej (pop-up window) akan muncul bagi memaklumkan
bahawa pengguna tidak dibenarkan mengakes ke laman tersebut. Didalam paparan
mesej tersebut, PA4 meletakkan
ikon “Ikuti kami di facebook” bagi memaklumkan kepada pengguna bahawa
perpustakaan mempunyai akaun Facebook dan pengguna boleh memberi maklumbalas
dan melayari laman facebook PA4
untuk melihat aktiviti-aktiviti yang berjalan dan akan dilangsungkan di PA4. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kesedaran ke atas pengguna akan kewujudan dan penawaran aplikasi
ini kepada pengguna. Menurut pegawai PA4
itu juga, terdapat beberapa penulis blog yang membantu mempromosikan
perkhidmatan tersebut. Begitu juga dengan PA5, menurut
pegawai PA5, “Pengunjung yang melayari
portal atau laman web PA5, akan
nampak ikon Facebook dan apabila mereka klik pada ikon tersebut, mereka akan
dipautkan dengan laman facebook PA5.
Penyelidik juga berpeluang menghadiri lawatan ke Pameran Buku yang
dianjurkan oleh PA5 pada bulan Mei 2012.
Melalui pemerhatian keatas program tersebut di majlis perasmian, terdapat
poster program yang mempunyai isi kandungan logo Facebook PA5 dan juga pengacara majlis ada juga
memaklumkan kepada pengunjung untuk melayari laman Facebook PA5 bagi melihat gambar-gambar sepanjang
program pameran buku tersebut dan juga bagi mendapatkan maklumat-maklumat
terkini berkaitan PA5. Ianya satu usaha
yang baik dalam mempromosikan kewujudan aplikasi ini sekaligus meningkatkan
kesedaran orang awam mengenai penawaran perkhidmatan ini.
Sementara itu,
menurut pegawai dari PA6, PA10, PA7,
PA11 dan PA12
mereka mempromosikan perkhidmatan ini melalui terbitan didalam brosur dan
banner serta makluman melalui email
penggguna yang ada dalam sistem perpustakaan. PA6,
PA10 dan PA12
juga merupakan antara perpustakaan yang paling aktif menggunakan media sosial
untuk berhubung secara langsung dengan penggunanya. Sehinga kini, penyelidik
sentiasa mendapat maklumat (update)
melalui emel mengenai aktiviti atau program terbaru yang dijalankan oleh
perpustakaan awam tersebut.
2.4 Polisi dan garispanduan membangunkan
aplikasi Web 2.0
Hampir kesemua
perpustakaan awam di Malaysia tidak mempunyai garis panduan atau polisi yang
jelas dalam membangunkan aplikasi Web 2.0 ini. Melalui pemerhatian semasa
temubual dijalankan, kebanyakan dari pegawai perpustakaan belum sedar akan
keperluan dan kepentingan pembentukan polisi dan garis panduan dalam
membangunkan perkhidmatan ini. Ada juga darinya menyatakan bahawa penawaran
aplikasi Web 2.0 ini bermula dari suka-suka atau inisiatif staf tanpa arahan
daripada pihak pengurusan untuk mewujudkan perkhidmatan ini, namun setelah
melihat trend pengunaan yang semakin popular dan juga kemudahan dari segi
membuat hebahan dan promosi, perpustakaan awam ini akhirnya mengiktiraf
aplikasi yang dibangunkan oleh staf mereka sebagai aplikasi rasmi untuk
perpustakaan. Namun terdapat juga perpustakaan yang mengunapakai garis panduan
yang disediakan oleh badan kerajaan seperti MAMPU. Seperti yang dimaklumkan oleh pegawai PA4, “Garispanduan yang disediakan oleh
MAMPU dalam pembangunan aplikasi media sosial ini lebih mudah, selamat dan
praktikal untuk diikuti dan digunakan. Ianya kerana hampir kesemua isu-isu
berkaitan keselamatan ICT terkandung didalam garis panduan ini berbanding jika PA4 ingin membangunkan garis panduan
sendiri”. Begitu juga dengan PA5,
mereka mengunapakai garis panduan ini beserta juga dengan tambahan daripada
minit mesyuarat pengurusan PA5 jika ada
apa-apa keperluan tambahan yang bersesuaian. Namun berbeza dengan PA13, mereka mempunyai polisi dalam menerbitkan
sesuatu maklumat, mereka perlu mendapat kebenaran dari Pengarah PA13 sebelum menerbitkan apa jua maklumat
didalam portal perpustakaan mahupun aplikasi Web 2.0. Begitu juga dengan PA1, jabatan IT yang bertanggungjawab ke atas
semua aplikasi online mempunyai garis panduan yang ringkas bagi mengurus dan
menyelenggara aplikasi Web 2.0. Namun garis panduan ini diwujudkan atas
inisiatif jabatan dan mendapat kebenaran
dari pengarah. Garis panduan ini dicipta dan disesuaikan (customized) mengikut apa yang ditawarkan. Pegawai ini juga
menjelaskan mengapa mereka tidak menggunapakai garis panduan dari MAMPU. Beliau
menyatakan, “ Garis panduan yang diterbitkan oleh MAMPU adalah garis panduan
yang sangat umum dan meliputi secara keseluruhan bagi agensi-agensi kerajaan
namun ianya tidak memenuhi keperluan sesuatu agensi dan tidak boleh diikuti
sepenuhnya, ia perlu disesuaikan dengan apa yang ditawarkan oleh agensi
tersebut”.
Sementara itu,
menurut pegawai dari PA7, “PA7 menerima dan menggunapakai garis panduan
dan dasar yang disediakan oleh MAMPU dalam penawaran WEB 2.0......jika
perpustakaan mahu mewujudkan satu dasar baru atau garis panduan yang rasmi,
ianya perlu dibawa dan dibentangkan didalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri
untuk dibahaskan. Proses ini amat rumit dan mengambil masa yang panjang dan
jika ia mendapat kelulusan, dasar ini digubal mengikut enakmen. Oleh itu PA7 mengambil keputusan untuk mengunapakai
dasar sedia ada dari MAMPU”
3) Analisis soal selidik
3.1 Latar belakang respondent
Soal selidik
kajian ini diedarkan secara terus (convenience sampling) kepada
remaja-remaja di Malaysia yang berumur diantara 12-18 tahun. Daripada maklum
balas yang diterima, majoriti peringkat umur bagi lelaki ialah berumur 14 tahun
(29%), diikuti dengan 16 tahun (23%) dan seterusnya respondent yang berumur 15
tahun (18%). Manakala bagi respondent perempuan pula, data yang paling tinggi
menunjukkan respondent berumur 16 tahun (31%) menjawab soalselidik ini dan
diikuti dengan respondent yang berumur 14 tahun (25%) seterusnya 15 tahun
(18%). Responden yang berumur 12 tahun merupakan responden yang paling sedikit
menjawab soal selidik ini bagi kedua-dua jantina iaitu hanya 2%. Bagi melihat
trend penggunaan aplikasi Web 2.0 dikalangan responden, terlebih dahulu
responden ditanya berkaitan dengan kekerapan mereka mengakses internet. Rajah 2
menunjukkan, hampir kesemua (97%) responden menyatakan mereka melayari Internet
didalam kehidupan seharian mereka. Data yang paling tinggi menunjukkan
responden perempuan (35%) dan responden lelaki (25%) menjawab mereka kadangkala
melayari Internet. Hanya 3 % responden yang tidak pernah melayari Internet. Hal
ini kemungkinan mereka hidup diluar bandar dan tidak mampu/tidak berpeluang
menikmati kemudahan Internet.
3.2 Kesedaran
mengenai kewujudan aplikasi Web 2.0 dan penawaran perkhidmatan ini oleh
Perpustakaan Awam
Secara keseluruhannya,
majoriti responden sedar dan tahu akan maksud Web 2.0. Melalui rajah 3 dibawah,
37% responden perempuan dan 22 % responden lelaki menyatakan mereka tahu dan
sedar tentang aplikasi Web 2.0. Hanya 25 % kedua-dua jantina responden yang
tidak tahu apakah itu aplikasi web 2.0 dan 15% tidak berapa pasti akan aplikasi
ini. Dari segi penilaian kesedaran tentang penawaran perkhidmatan Web 2.0 oleh
perpustakaan, data menunjukkan jumlah responden yang sedar dan tidak sedar akan
penawaran perkhidmatan ini tidak jauh berbeza mengikut jantina. 21% respondent
lelaki daripada keseluruhan responden menyatakan tidak sedar akan penawaran
aplikasi dan 20% darinya sedar, manakala bagi responden perempuan, 31 % darinya
tidak sedar akan penawaran perkhidmatan ini berbanding 28% yang sedar.
Berdasarkan data tersebut, kesedaran responden terhadap penawaran perkhidmatan
Web 2.0 dikalangan Perpustakaan Awam di Malaysia masih ditahap yang rendah.
3.3
Sumber kesedaran kewujudan perkhidmatan Web 2.0
Responden telah ditanya
berkaitan dengan bagaimana mereka sedar tentang kewujudan perkhidmatan atau
aplikasi Web 2.0 ini (Rujuk Rajah 4). Berdasarkan maklum balas yang diterima, 3
sumber utama kesedaran akan wujudnya penawaran aplikasi ini oleh perpustakaan
adalah (i) melalui rakan-rakan responden (20%), (ii) melalui portal/laman web
perpustakaan (18%) dan (iii) melalui maklumat yang terdapat didalam banner atau
bunting perpustakaan (14%) Seterusnya, 13% responden mengetahui perkhidmatan
ini melalui program orientasi yang dijalankan oleh pihak perpustakaan, 12%
melalui aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh
perpustakaan serta guru mereka sendiri manakala 11% melalui buletin perpustakaan
awam. Ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya masih merupakan elemen kuat dalam
proses penyebaran informasi khususnya mewujudkan kesedaran kewujudan
perkhidmatan Web 2.0.
3.4 Keperluan
penawaran perkhidmatan Web 2.0
Responden telah ditanya
sejauh mana mereka merasakan perlunya penawaran perkhidmatan Web 2.0 mengikut 7
aplikasi seperti di Jadual 1. Majoriti responden sangat bersetuju pihak
perpustakaan menggunapakai Web 2.0 dalam penyampaian informasi dan perkhidmatan
mereka. Seterusnya majoriti mengikut pecahan aplikasi, responden sangat bersetuju
memilih Facebook (59%), Youtube (57%), Blog (42%), Instant messaging dan Wikis
(41%), Flickr (36%), dan RSS (33%). Penggunaan aplikasi Flick mendapat maklumbalas
tertinggi bagi pilihan jawapan tidak setuju (17%), diikuti dengan RSS (16%),
Instant messaging dan Wikis (14%), Blog (10%) dan Facebook (9%).
Jadual 1: Keperluan penawaran perkhidmatan Web 2.0
NO
|
Aplikasi Web 2.0
|
Sangat Tidak Setuju
|
Tidak Setuju
|
Neutral
|
Setuju
|
Sangat Setuju
|
1
|
Instant Messaging
|
14%
|
7%
|
22%
|
16%
|
41%
|
2
|
RSS
|
16%
|
12%
|
25%
|
14%
|
33%
|
3
|
Blog
|
10%
|
8%
|
20%
|
20%
|
42%
|
4
|
Wikis
|
14%
|
8%
|
19%
|
18%
|
41%
|
5
|
Flickr
|
17%
|
7%
|
20%
|
20%
|
36%
|
6
|
YouTube
|
6%
|
5%
|
14%
|
18%
|
57%
|
7
|
Facebook (SNS)
|
9%
|
4%
|
14%
|
14%
|
59%
|
3.5 Pengunaan perkhidmatan Web 2.0 perpustakaan di masa hadapan
Responden telah
ditanya sejauh mana mereka akan
menggunakan aplikasi Web 2.0 jika disediakan oleh perpustakaan awam pada masa
hadapan. Majoriti responden akan menggunakan Facebook (69%) dan Youtube (67%)
jika diaplikasikan kelak dan responden yang menjawab mungkin akan menggunakan
aplikasi seperti RSS (56%), Flickr (53%), Instant messaging (51%), Blog (48%) dan Wikis (46%). (Rujuk Jadual 2).
Jadual
2: Pengunaan perkhidmatan Web 2.0 perpustakaan di masa hadapan
NO
|
Aplikasi Web 2.0
|
Ya
|
Mungkin
|
Tidak
|
1
|
Instant Messaging
|
41%
|
51%
|
8%
|
2
|
RSS
|
25%
|
56%
|
19%
|
3
|
Blog
|
39%
|
48%
|
13%
|
4
|
Wikis
|
37%
|
46%
|
17%
|
5
|
Flickr
|
27%
|
53%
|
20%
|
6
|
YouTube
|
67%
|
29%
|
4%
|
7
|
Facebook (SNS)
|
69%
|
25%
|
6%
|
Perbincangan dan penutup
Secara umumya, terdapat
peningkatan terhadap penawaran dan pembangunan aplikasi Web 2.0 dikalangan
perpustakaan awam di Malaysia
dan mereka cuba
untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti dalam mentransformasikan
perkhidmatan Web 2.0 ini. Namun demikian purata perpustakaan hanya mempunyai
dan menawarkan 2 atau 3 aplikasi sahaja dan yang paling popular adalah
Facebook. Begitu juga dengan keesedaran dikalangan pengguna (remaja) akan
penawaran perkhidmatan ini juga boleh dikatakan agak rendah walaupun didapati
perpustakaan giat mempromosikan penawaran perkhidmatan ini melalui portal
rasmi, banner, orientasi perpustakaan dan sebagainya. Perpustakaan perlu lebih
proaktif dan kreatif dalam mentransformasikan perkhidmatan ini dengan lebih baik pada masa akan datang. Majoriti
remaja bersetuju dan menyatakan mereka akan menggunakan perkhidmatan seperti
Facebook dan Youtube jika perpustakaan menawarkannya.
Sebagai mana yang pernah
dinyatakan oleh Michael Koenig, dalam artikel penulisan beliau Education
for Special Librarianship, antara lainnya bermaksud bahawa “pendidikan
dalam bidang kepustakawanan, mulai abad ke 21, seharusnya berupaya untuk
menyediakan bakal-bakal graduan yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan
pasaran kerja bahkan juga dapat melahirkan bakal-bakal pustakawan yang bijak
dalam memanafaatkan perkembangan teknologi semasa yang membentuk perkembangan
kerjaya kepustakawanan mereka di masa depan. Kita melihat bahawa cabaran besar
kepada perkhidmatan perpustakaan pada hari ini ialah perubahan persekitaran
yang dinamik serta ekspektasi pelanggan dan juga stakeholders yang
semakin tinggi. Kompetensi pustakawan pada hari ini perlu seiring dengan trend perubahan sikap pengguna
yang beralih dari perpustakaan konvesional ke arah perpustakaan digital.
Pihak pengurusan
perpustakaan perlu duduk semeja, berbincang, mencari inisiatif baru dan
menggandakan usaha bagi menghasilkan medium penyampaian informasi dan
perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif dalam mempromosikan perkhidmatan yang
ditawarkan.
Kewujudan pelbagai aplikasi sosial didalam Web 2.0 perlu dimanfaatkan
sepenuhnya. Perpustakaan perlu mewujudkan komunikasi dua hala dengan pengguna
agar melalui maklumbalas yang diterima pihak perpustakan boleh mencari jalan
penambahbaikan yang berterusan seterusnya memastikan mencapai piawaian prestasi
cemerlang di masa hadapan.
RUJUKAN
A.R., Riza Aayu and A., Abrizah.
(2011). Do You Facebook? Usage and Services of Facebook Page
among Academic Libraries in Malaysia. The International Information
& Library Review, 43 (4), 239-249.
Abram, S.
(2005).Web 2.0, Library 2.0 and Librarian 2.0: preparing for the world. ImakeNews
Inc.,
2(1), 1-3.
Aharony, N.
(2009). The influence of LIS students’ personality characteristics on their
perceptions
towards Web 2.0 use. Journal of Librarianship and Information
Science, 41 (4), 227-242.
Aharony, N.
(2011). Web 2.0 in the professional LIS literature : an exploratory analysis. Journal
of
Librarianship and Information Science, 43(1), 3-13.
Anderson,
P. (2007). All that glisters is not gold – Web 2.0 and the librarian. Journal
of Librarianship
and Information Science, 39 (4), 195-198.
Berners-Lee,
Tim (2006). developerWorks Interviews: Tim Berners-Lee :originator of the Web
and
director of the World Wide Web
Consortium talks about where we've come, and about the challenges and
opportunities ahead. http://www.ibm.com/developerworks/podcast/dwi/cm-int082206txt.html
Huvila, I.
et al. (2013). What is Librarian 2.0- New competencies or interactive
ralations? A library
professional viewpoint. Journal of Librarianship and Information
Science, 0 (0),1-8.
Jenkins, H. (2006). Confronting the
challenges of participatory culture: media education for the 21st
century. The McArthur Foundation, Chicago, IL.
Mohd Ismail, A and Kiran, K (2012).
Reaching out to the web user: practices by Malaysian public
libraries.
ICOLIS 2012, Kuala Lumpur. LISU, FCSIT, 2012, 251-252.
Nikolov, R. (1997). Distance education
via Internet-education without borders, invited paper.
Proceedings of the Twenty Sixth Spring Conference of
Bulgarian Mathematicians, Plovdiv, 22-25 April, 53-66.
O’Reilly, T. (2005). What is Web
2.0: design patterns and business models for the next generation
of foftware. O’Reily Net.
Rafidah Abdul Aziz, et.al (2011).
The implications of Libray 2.0 tools in Malaysian academic libraries
towards Reference. Proceedings of the Asia-Pacific
Conference on Library & Information Education & Practice, 22-24
June 2011, Putrajaya, Malaysia. Asia Pacific
Conference Library & Information Education & Practice, 579-588.
Ram, S. Et al. (2011), Responding to
user’s expectation in the library: innovative Web 2.0 applications
at JUIT Library : a case study. Program: electronic library and
information systems, 45 (4), 452-469.
Smith, R.
(2013), Book review: Linda Berube, do you web 2.0?: public libraries and social
networking.
Journal of Librarianship and Information Science,45 (1), 78-79.
Socialbakers.com. (2013). Malaysia
Facebook Statistics. Avaliable at:
Squires T.
and Golden M. (2009), On Web 2.0 tools for student research. Multimedia &
Internet@Schools, 15-18.
Valkenberg, P. M., and Peter, J.
(2009). Social consequences of the internet for adolescents. Current
Direcions in Psychological Science, 18(1), 1-5.
**Sumber dan Penghargaan: Penyelidikan ini telah dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013 pada 25-27 Ogos 2013 bertempat di Mahkota Hotel, Melaka. Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia..
*** Pencapaian : Penyelidakan ini telah mendapat Anugerah Pembentangan Poster Terbaik. Syukur Alhamdulillah..Tahniah semua...