FAQ

Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam?
Jumlah pinjaman bahan dan jangkamasa pinjaman bergantung kepada kelayakan anda mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan UiTM Melaka. [Maklumat lanjut]
 
Bagaimanakah saya boleh tahu jumlah tajuk buku yang telah saya pinjam?
Anda boleh mengetahui tajuk buku yang telah dipinjam dengan menyemak sendiri rekod pinjaman di WebOPAC Perpustakaan UiTM Melaka.
- Masukkan Nombor pelajar anda dan password
- Pilih On-loan Item
- Skrin akan memaparkan rekod pinjaman anda 
 
Dimanakah peminjaman dan pemulangan bahan dibuat?
Peminjaman dan pemulangan bahan boleh dibuat di kaunter utama, Aras 1 Perpustakaan UiTM Melaka.

Jika sebuah buku telah dipinjam dari Perpustakaan UiTM Cawangan lain, bolehkah ianya dipulangkan di Perpustakaan UiTM Melaka dan sebaliknya?
Semua buku/bahan mesti dipulangkan di Perpustakaan di mana buku/bahan tersebut dipinjam.

Bagaimanakah pembaharuan bahan boleh dibuat?
Pembaharuan bahan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi dan juga melalui Portal Perpustakaan1 hari sebelum tarikh pemulangan bahan/buku menjelang. Pembaharuan tidak dibenarkan sekiranya bahan yang dipinjam telah ditempah oleh pengguna lain.


Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui sama ada sesebuah bahan masih dipinjam atau dirizab?
Anda perlu menyemak WebOPAC:
- Taipkan tajuk yang dikehendaki
- Skrin akan memaparkan rekod penuh bahan yang dikehendaki


Kenapa di dalam rekod bahan dipaparkan "Available " tetapi bahan tersebut tidak boleh dipinjam dan sesetengahnya tiada di rak?
Pastikan nombor panggilan dicatat dengan betul sebelum mencarinya di rak. Jika bahan yang dikehendaki tidak mempunyai rekod yang lengkap (bahan sedang dalam proses) sila dapatkan daripada kakitangan di kaunter. Jika bahan tiada di rak kemungkinan juga bahan tersebut:
- dalam proses/urusan
- baru dikembalikan dan dalam proses penyusunan.
Kerja-kerja penyusunan mengambil masa kerana staf terpaksa bertugas di kaunter setiap hari.


Siapakah boleh saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan Perpustakaan?
Ada Pustakawan yang bertugas di Unit Perkhidmatan Maklumat. Saudara/saudari juga boleh menghubungi talian 06-5582080/86 (Perpustakaan UiTM Melaka) atau 06-2857165/7082 (Pusat Sumber UiTM KBM)

No comments:

Post a Comment