Evidence of Open Science Principles in Library Disaster Management: The Malaysian Academic Library Experience

 Abstract :  Many institutions struggle to create effective preparedness, response, recovery, and mitigation plans despite the significance ...

Author Side


Izinkan aku memulakan autobiografi ini dengan kisah pertemuan seseorang jejaka tampan yang rajin dan suka menolong orang dengan seorang gadis yang cantik menawan. Pertemuan ini berlaku secara spontan semasa perkahwinan Kakak Kedua kepada si Jejaka ini bersama Abang Sulung si Gadis ini. Ketika itu, umur si jejaka ini baru 20 tahun manakala si gadis ini baru 16 tahun. Setelah lebih kurang 5 tahun berkenalan, maka si jejaka ini bersama keluarganya bertandang ke rumah si gadis ini bagi tujuan merisik dan bertunang. Ikatan pertunangan selama 6 bulan dan selepas itu berkahwin pada 13 Feb 1981. Si jejaka ini bernama Abidin Bin Mukhtar dan Gadis ini bernama Alimah Bte Osman. Abidin berketurunan Melayu-Cina-Portugese manakala Alimah berketurunan Melayu-Jawa-India.
Setelah mengharungi detik suka dan duka, gembira dan sedih, selama setahun lebih, akhirnya pasangan ini melahirkan zuriat yang sungguh comel dan montel pada tanggal 18 April 1982...dan dinamakan Mohd Ismail Bin Abidin...iaitu aku. Semasa bayi, aku seringkali menangis, meragam dan merengek-rengek tak tentu pasal. Disebabkan keadaan tersebut maka nenek aku (sebelah bapa aku), namanya Endon bin Abdullah, Cina muslim, meletakkan nama timangan ku sebagai Alan...Sekarang ini semua saudara terdekat aku mengenali aku dengan nama Lan..Mungkin bagi nenek aku senang untuk menyebutnya kerana ia berbangsa cina.. Mak aku bercerita, bila aku mula meragam, nenek Endon selalu memangil aku dengan nama Alan...Alan...bulak(budak) baik..senyap la..Jangan nangis-nangis..Ha..ha.. aku sangat geli hati bila mendengar cerita dari mak aku. Dan sampai sekarang aku mengingati kisah tersebut walaupun aku tidak ingat tentang percakapan nenek aku. Aku sangat rindu padanya bila mengingati cerita tersebut kerana nenek aku meninggal dunia semasa aku berusia 2 tahun. Al-Fatiha untuk beliau. Aku mamanggil ibu ku dengan panggilan mak manakala bapa ku aku memanggilnya Baba. Semasa aku berumur hampir 2 tahun...aku menerima kehadiran anggota keluarga baru iaitu pada 31 July 1983, iaitu adik lelaki aku, dan dinamakan Mohd Isham Abidin. Isham ini lebih putih berbanding aku yang agak sedikit gelap. Kebiasaanya setiap bayi tidak berapa suka kepada kehadiran orang baru kerana baginya kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa akan berkurangan dan lebih tertumpu kepada orang baru. Begitu juga dengan aku. Mak dan Baba aku pernah bercerita semasa aku kecil aku sentiasa bergaduh dengan adik aku, Isham. Ibarat seperti anjing dan kucing. Dan ada juga peristiwa yang aku masih ingat sekarang iaitu masa aku berebut nak main mainan, aku tumbuk dan cakar adik aku sampai berdarah dan kemudian bapa aku marah. Bila di ingat semula peristiwa tersebut aku menjadi malu dan sedih. Namun apakan daya, ianya perbuatan semasa kanak-kanak, tidak boleh nak fikirkan baik buruk dan salah betul sesuatu perkara. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1987, mak aku melahirkan seoarang lagi cahaya mata, seorang puteri dan di namai Nurul Ilyana Binti Abidin. Kami sangat gembira dengan kehadiran Nurul. Dan diri aku juga berubah. Aku menjadi lebih penyayang dan bertanggung jawab. Aku tidak lagi selalu bergaduh dengan Isham. Kadang-kadang itu adalah..Al-maklumlah kadangkala ianya faktor gender. Kemudian pada tahun 1990, mak dan bapa aku dikurniakan dengan cahaya mata keempat, lelaki dan dinamai dengan nama Mohd Rahmat Abidin. Pada tahun 1995, mak dan bapa aku dikurniakan dengan cahaya mata kelima (buat masa ini bongsu lah...tak tahu lah kalo-kalo ada lagi..ha..ha..ha..) dan dinamai Nurul Asyikin Umairah Binti Abdin.
Setiap adik beradik aku berlainan perwatakan. Isham mempunyai perangai yang begitu sopan dan santun, lemah lembut dan rajin menolong emak aku. Berlaianan dengan aku yang sedikit pemalas. Nurul Ilyana pula, semasa kecil, agak garang orang nya. Mungkin ketika itu tiada adik perempuan yang lain, oleh itu perangai nya macam lelaki sikit or tomboy. Manakala Rahmat dari kecil sampai sekarang agak pemalas, namun begitu apabila disuruh buat sesuatu kerja iakan buat dengan sempurna. Nurul Asyikin pula, manja nya tidak terkata. Maklumlah anak bongsu, sampai dah jadi anak dara pun masih manja dengan mak dan baba aku. Kadangkala manjanya tidak kena tempat dan membuatkan aku sedikit rimas.
Berbalik pada kisah aku semula, ketika aku berumur 6 tahun, aku memulakan pra-sekolah ku di Tadika Kemas Limbongan. Semasa di tadika, aku sangat gembira kerana dapat banyak kawan baru seperti, Shahrel, Hamidah, Shamirwan, Hafiz, Lizawati dan ramai lagi. Aku rindu kan kalian semua.... Di tadika kami diajar bermacam-macam benda dan yang paling seronok sekali ialah semasa kami diajar menyanyi sambil bertepuk tangan atau menari. Sampai sekarang aku masih ingat lagi lagu-lagu  seperti lagu Ikan Kekek, Bangau oh Bangau, Bapa Ku Pulang, Jong-Jong Inai, Burung Kakak Tua, Can Mali Can, Lagu Tiga Kupang dan banyak lagi. Di tadika, hanya seorang sahaja cikgu yang ajar dan bermain dengan kami, dan ianya merupakan seorang guru yang paling penyayang, ambil berat dan sangat cantik yang pernah aku temui. Namanya Cikgu Azizah. Banyak  kenangan semasa aku ditadika yang tidak akan kulupakan lebih-lebih lagi atas jasabaik dan tujuk ajar Cikgu Azizah. Kemudian setelah umur ku menginjak 7 tahun, aku memasuki alam persekolahan sebenar iaitu di Sekolah Rendah Tengkera 2, Melaka. Aku belajar disini selama 6 tahun, dari darjah 1 Merah hingga darjah 6 Hijau. Di SRK Tengekera 2, ada 2 kelas untuk setiap tahap. Iaitu Kelas merah dan Kelas Hijau. Kelas Hijau adalah bagi murid-murid yang lebih pintar manakala kelas merah bagi murid-murid yang memerlukan lebih perhatian dan bimbingan. Semasa aku darjah 1, aku berada didalam darjah 1 merah sehingga darjah 4. Semasa tempoh ini, aku pernah memasuki kelas pemulihan, iaitu kelas bagi murid-murid yang tidak berapa nak pandai menulis dan membaca (sekarang dikenali sebagai kadar literasi yang rendah). Tetapi Alhamdullilah, berkat dan kegigihan cikgu Fatimah yang mengajar aku dan murid-murid lain, prestasi aku meningkat dan menduduki tempat pertama diakhir peperiksaan dan semasa di darjah 5 aku dimasukkan di darjah 5 Hijau sehinggan darjah 6. Namun demikian, semasa didarjah 5-6, kedudukan aku selalu antara yang terkebelakang, namun ianya tidak bererti prestasi aku menurun, ini kerana, kawan-kawan aku didarjah 5 dan 6 hijau bijak-bijak belaka. Semasa disekolah rendah aku sangat aktif bersukan. Mungkin kerana pada masa itu adalah waktu kanak-kanak. Sukan bererti bermain. Itu bagi definisi hidup aku lah ketika itu. Dan yang paling aku suka adalah sukan lumba lari. Aku selalu mendapat tempat antara naib johan dan johan. Susah untuk aku mendapat johan kerana kawan aku, Daniel sangat pantas berlari dan merupakan atlet sekolah pada ketika itu.
Setelah tamat alam persekolahan rendah, aku memasuki alam persekolahan menengah ketika berumur 13 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang. Disekolah menengah persekitarannya amat berbeza sekali dengan sekolah rendah dan tadika. Semasa di sekolah rendah dan tadika, kawan-kawan aku kebanyakannya dari kalangan kawan-kawan sekampung dan mudah untuk aku bergaul, bermain, dan berkomunikasi. Tetapi di Sekolah Menengah, tidak banyak kawan sekampung aku bersekolah di situ dan ini membuatkan hidup aku tidak berapa ceria pada awalnya. Kebanyakan kawan-kawan disekolah aku berbangsa cina dan india. Namun, lama-kelamaan aku boleh menerimanya dan ianya merupakan permulaan bagi aku bergaul dengan pelbagai bangsa. Boleh dikatakan disekolah menengah 80 peratus adalah murid bukan melayu. Dan di kelas aku, hanya 6 orang sahaja melayu (Shahreza, Izahar, Hasri, Nuruddin, Syahrizad dan aku) daripada 27 orang sekelas. Itu pun dah kira bernasib baik. Jika di kelas untuk murid-murid yang lebih cemerlang, pelajar melayu hanya seorang, 2 orang ataupun 3 orang sahaja. Di Sekolah Menengah aku terlibat aktif dalam persatuan dan kelab. Antara sumbangan aku di Sekolah Menegah, aku menjadi Pengawas, Pengerusi Kelab Keusahawanan, Bendahari Kelab Keusahawan, Quatermaster PBSM, AJK Persatuan Agama Islam, AJK  Persatuan Bahasa Melayu, AJK Kelab Bolasepak dan banyak lagi. Aku juga hampir-hampir dipaksa untuk menjawat Jawatan Penolong Ketua Pengawas semasa aku di Tingkatan 5, namun aku tolak secara baik kerana aku takut tidak dapat memberi komitment sepenuhnya.

Ini kerana aku mahukan tumpukan perhatian aku pada peperiksaan SPM dan juga pada masa tersebut aku lebih banyak terlibat dengan program-program keusawanan yang aku dan pasukan aku uruskan. Beberapa bulan sebelum SPM, aku dan kawan-kawan aku selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kadangkala aku belajar di rumah kawan aku pada waktu malam sambil lepak-lepak bermain gitar. Kadangkala aku belajar di perpustakaan. Namun aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran aku di Perpustakaan Sekolah kerana keadaan yang sempit dan bersesak-sesak. Antara Perpustakaan pilihan aku adalah di Perpustakaan Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka). Disitu aku berasa tenang dan mudah untuk aku menghafal dan mengingati sesuati subjek. Dan ianya juga memudahkan aku untuk menunaikan kewajipan aku sekaligus apabila tiba waktunya. Setelah bertungkus lumus dan sama-sama mengulangkaji pelajaran, Alhamdulillah aku memperoleh keputusan SPM yang agak baik.
Semasa dalam tempoh menunggu keputusan SPM keluar, aku membuat kerja sambilan di Restoran McD. Ketika itu aku menerima gaji RM 2.25 sejam. Walaupun nampak macam rendah dan seperti tidak berbaloi dengan kepenatan bekerja, namun ianya adalah pengalam yang amat berharga buat diri aku. Aku bukan sahaja di ajar menyediakan sajian dengan standart yang tertentu dan berkualiti namun aku juga di ajar bagaimana untuk memberi layanan yang mesra pelanggan semasa di kaunter. Nampak macam remeh, namun bagiku pengalaman yang aku dapat amat berharga.
Setelah keputusan SPM telah keluar, aku dan rakan-rakan ku membuat permohonan untuk kemasukan ke peringkat lebih tinggi pengajian iaitu Universiti. Disini aku mempunyai kesukaran dalam membuat pilihan. Aku tidak tahu hendak memilih program apa. Tapi mak dan bapa aku suka aku dalam bidang IT. Aku pula lebih suka bidang perniagaan. Betul-betul dalam dilema yang hebat ketika itu. Kawan-kawan aku pun suka bidang perniagaan dan mereka memilih bidang perniagaan. Akhirnya aku memutuskan 3 pilihan dalam bidang perniagaan dan 2 sains komputer. Setelah beberapa bulan keputusan kemasukan ke Universiti pun keluar. Aku berjaya mendapat tempat di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dalam program Diploma Pengajian Maklumat. Manakala sahabat-sahabat baik aku semuanya dapat tawaran ke UiTM Cawangan Melaka dalam program Diploma Pengurusan Perniagaan. Hu...hu... sedih betul aku kerana tidak dapat bersama-sama dengan sahabat aku dan juga sangat tertekan kerana perlu berjauhan dengan keluarga aku. Ini merupakan pengalaman pertama aku tinggal di asrama dan jauh dari keluarga. Namun ku gagahi kan juga demi masa depan ku.
Pada awalnya, aku ingat Diploma Pengajian Maklumat adalah seperti Diploma Sains Komputer. Namun akhirnya aku diterangkan bahawa ianya program Diploman Penguran Perpustakaan dan bila aku habis belajar, peluang pekerjaan lebih kepada Perpustakaan dan Pusat Sumber. Aku sangat tertekan ketika itu kerana aku tidak berminat untuk kerja di Perpustakaan. Prestasi aku pun jatuh dan aku mendapat agak rendah keputusan peperiksaan aku di semester pertama dan kedua. Namun setelah masuk semester ke 3 dan ke 4, aku perbetulkan niat aku supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan aku, aku sungguh bertuah kerana mendapat sokongan padu dari sahabat-sahabat aku, dan juga bimbingan dan nasihat dari pensyarah. Alhamdulillah aku dapat menamatkan Diploma aku dengan keputusan yang agak memuaskan dan membolehkan aku menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat.
Dan ketika ini, aku yakin, prospek kerjaya aku di bidang kepustakawanan luas pada masa hadapan. Semasa dalam pengajian aku di peringkat Ijazah, minat aku semakin mendalam dalam bidang ini dan aku terlibat dalam banyak program perpustakaan anjuran fakulti aku. Antaranya Program Membaca bersama kanak-kanak di Sekolah Rendah, Program Pusat Sumber Sekolah, Program Literasi Maklumat di Perpustakaan Kuala Lumpur, dan banyak lagi. Banyak pengalaman yang aku timba didalam penglibatan aku sepanjang program tersebut. Ketika ini juga, aku membuat beberapa kerja sampingan bagi menampung kos hidup aku. Aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa aku kerana aku bukan lah dari golongan yang berada.

 Dalam satu masa/semester kadangkala aku melakukan 4 kerja sambilan. Aku bekerja di McDonald, promoter syarikat Pepsi, Runner di Pusat Belia dan Sukan Selangor dan juga sebagai tutor mengajar bahasa German. Walaupun agak sibuk, namun jika aku tidak bekerja, aku tidak mendapat wang untuk menyara hidup aku dan juga pasti aku banyak membuang masa dengan keluar atau sembang-sembang kosong dengan rakan-rakan tanpa mengulangkaji pelajaran. Daripada aku membuang masa bagi benda-benda tidak berfaedah tersebut, lebih baik aku bekerja. Dapat Pengalaman, dapat kawan baru, dan juga dapat Gaji....Sebenarnya semua benda yang aku lakukan pada waktu tersebut banyak membentuk jati diri aku. Aku belajar secara tidak langsung mengenai konsep pengurusan masa yang cekap, komunikasi, pergaulan dan sabar dalam melaksanakan tugasan. Setelah tamat pengajian aku di Universiti Teknologi MARA Shah Alam selama 5 tahun, Diploma dan Degree, Syukur Alhamdulillah aku tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan pekerjaan. Tamat sahaja pengajian aku, aku di naikkan pangkat sebagai supervisor di Syarikat pemasaran bagi produk Pepsi. Walaupun ianya tidak relevan dengan apa yang aku belajar tapi itu lebih baik daripada tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Dalam masa sama, aku hantar juga resume aku kepada Perpustakaan IPTA/IPTS. Alhamdulillah tidak sampai 5 bulan bekerja sebagai supervisor, dan lagi beberapa minggu sebelum istiadat konvokesyen aku, aku mendapat temuduga di sebuah Kolej Swasta di Selatan Johor, dan aku mendapat kerja disana tapi bukan sebagai Pustakawan tapi sebagai Asst Marketing Exec, walaupun sebenarnya temuduga itu sebagai Pustakawan. Mungkin disebabkan pengalaman aku di bidang pemasaran, kolej tersebut menawarkan aku pekerjaan tersebut. Aku menerimanya. Dalam masa sebulan lebih bekerja disana, aku dapat pula panggilan temuduga di Taylor’s College University Subang Jaya, Selangor sebagai Assistant Librarian. Dan Alhamdulillah aku diterima bekerja disana.


 Di Taylor’s College University Library, suasana persekitaran bekerja amat berbeza sekali dengan kolej terdahulu. Tapi aku tidak berasa susah untuk menerima suasana persekitaran tersebut kerana sebelum ini aku telah pun mempunyai pengalaman bekerja di Syarikat Pemasaran Produk PEPSI. Aku sangat seronok bekerja disini. Disamping inisiatif yang baik yang diberikan kepada kami, dapat melancong, makan malam di hotel mewah dan sebagainya namun persekitaran yang kondusif dan cara bekerja yang effisen membuatkan aku seronok bekerja disini.


Banyak pengalaman aku timba kerana ianya IPTS yang mempunyai bilangan pelajar antarabangsa yang ramai. Sepanjang tempoh disana juga, selama 9 bulan, aku mendapat 2 panggilan temuduga, satu di IPTS library di Melaka-aku tak ingat pula namanya, dan satu lagi di Universiti Teknologi MARA. Kedua-duanya aku pergi. Di Melaka aku pergi sebab ianya tempat kelahiran aku. Jika aku dapat kerja disana, bermakna aku boleh tinggal bersama-sama keluarga aku. Dah puas merantau selama 7 tahun. Orang kata Hujan Emas di tempat orang, Hujan Batu di tempat sendiri. Lebih baik di tempat sendiri. Kita lebih bahagia. Tidak kusangka, Alhamdulillah aku mendapat tawaran bekerja disana dengan tawaran gaji yang lebih tinggi. Namun semasa aku pergi berjumpa dengan Ketua aku, Mr. Jaspal Singh, untuk memberi surat perletakkan jawatan, beliau memberi nasihat dan pandangan peribadi mengenai pekerjaan aku disana dan meminta aku berfikir semula samaada untuk aku meneruskan pekerjaan aku disana atau kekal di Taylor’s. Aku betul-betul dalam dilema. Tapi setelah difikir masak-masak dan mendapatkan pandangan ibu bapa dan rakan-rakan aku, aku membuat keputusan untuk kekal di Taylor’s dan Ketua aku menaikkan gaji aku sedikit lebih daripada yang ditawarkan kepada aku di Melaka. Namun demikian. Tidak sampai pun sebulan, aku menerima tawaran bekerja sebagai Pustakawan di Universiti Teknologi Mara, Melaka. Tawaran yang tidak mungkin aku dapat menolaknya. Ini kerana bukan sahaja aku boleh bekerja di tepat kelahiran aku, namun faedah untuk kerjaya dimasa hadapan adalah lebih terjamin dan lebih cerah. Dan yang paling penting, aku boleh menyumbangkan khidmat bakti aku kepada anak bangsa aku sendiri.
Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan aku pada pekerjaan yang lepas, aku mula berkhidmat di Perpustakaan UiTM Melaka pada 16 Nov 2006. Aku tamat pengajian aku pada Disember 2005. Ini bermakna tidak sampai setahun aku telah bekerja di merata tempat dan dalam pelbagai bidang. Aku rasa sangat berbaloi sekali mengambil jurusan yang pada awalnya aku tidak suka dan tidak minat. Alhamdullillah berkat doa ibu bapa dan keluarga, dorongan dan bimbingan dari para pensyarah, sokongan dari sahabat-sahabat, galakan dan perkongsian pengalaman dari ketua dan rakan-rakan semasa aku berkerja, menjadikan diri aku lebih matang, proaktif dan berdedikasi sekaligus membuka peluang untuk aku mendapatkan pekerjaan dengan, boleh dikatakan agak mudah. Syukur Alhamdulillah.  Sebagai Pustakawan di UiTM Melaka, banyak perbezaan yang aku alami berbanding dengan pekerjaan sebelum ini. Walaupun sebelum ini aku bekerja ditempat yang kondusif, dan mempunyai cara kerja yang cepat dan berkualti, namun di Perpustakaan UiTM, kebanyakan kerja menggunakan standard ISO. Ini bermakna kebanyakan kerja aku perlu mengikuti garis panduan yang telah disediakan. Bukan kata tidak bagus, tapi kadangkala bagiku ianya melambatkan seseuatu proses kerja ataupun tidak bebas untuk melakukan sesuatu perkara mengikut keputusan sendiri. Namun setelah beberapa bulan aku bekerja, aku dapati dan sedar kerja tersebut menjadi lebih teratur, diterima oleh semua staff, dan lebih effeisien. Memandangkan di Taylor’s aku bertugas sebagai Cataloguer, maka di Perpustakaan UiTM Melaka aku ditempatkan di Unit Katalog. Disamping itu juga, aku menjadi ketua bagi unit sirkulasi. Jika sebelum ini kerja aku lebih fokus pada sesuatu bidang, namun di UiTM melaka berbeza. Aku perlu lebih aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai Pustakawan Unit Katalog dan Unit Sirkulasi, namun aku perlu juga bergiat aktif dalam program-progam yang dianjurkan oleh pentadiran UiTM Melaka ataupun di lain-lain jabatan. Setahun kemudian, pada tahun 2007,  aku dipindahkan ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka, cawangan UiTM yang baru ditubuhkan. Ianya lebih bagus kerana amat dekat sekali dengan rumah mak aku. 10 minit sahaja berbanding 40 minit perjalanan sebelum ini. Di UiTM kampus Bandaraya aku bertugas di Pusat Sumber Aras 12, dimana aku mengetuai Unit Perkhidmatan Maklumat, Unit Jurnal dan Pangkalan Data, dan Unit Teknologi Maklumat. Di sini aku bergiat aktif dalam program kemasyarakatan selain daripada menjalankan tugas hakiki yang lain. Antara program besar yang pernah aku anjurkan ialah Seminar dan Pungutan Tabung Bantuan Mangsa Keganasan- Gaza, Palestine usahama dengan MERCY Malaysia.

Setelah hampir 2 tahun bekerja sebagai Pustakawan, pada tanggal 16 Ogos 2008 aku melangsungkan perkahwinan aku dengan orang yang aku cintai, kasihi, dan sayangi iaitu Roslina Zakaria. Dengan perkahwinan tersebut maka hampir lengkaplah kehidupan aku dan masa aku lebih terisi dan berkualiti. Isteri aku bekerja sebagai seorang guru (Ustazah) di sekolah rendah. Diawal perkahwinan, kami hanya berjumpa 2 minggu sekali memandangkan dia mengajar di terengganu manakala aku bertugas di Melaka. Namun syukur Alhamdulliah, setelah lebih kurang 6 bulan hidup berasingan, jun 2009, isteriku dapat bertukar ke Melaka di Sekolah Rendah Ayer Keroh.
Tahun 2010 merupakan tahun yang paling bersinar dan gemilang dalam hidupku.  Projek e-book yang aku usahakan bersama pasukan aku, mendapat naib johan bagi projek Amalan Terbaik peringkat seluruh cawangan semasa Anugerah Kualiti Naib Cancelor. Ianya merupakan kejayaan terbesar dalam kerjaya aku.  Selain dengan kejayaan tersebut aku juga mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi iaitu Sarjana Perpustakaan dan Teknologi Maklumat dibawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi. Aku juga mendapat tawaran untuk membuat Professional Attachment di Ohio Universiti, United States of Amerika. Disamping itu, kehidupan aku lebih bersinar dan bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang sangat comel pada 14 Mei 2010 yang aku namakan Nur Alya Husna Mohd Ismail. Aku rasakan dunia itu seperti milik aku ketika itu. Banyak kejayaan dan kegembiraan yang aku dapat pada tahun tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Adil dalam memberi nikmatMU kepada setiap hamba-hambaMu, Ya Allah. Aku amat bersyuku sekali diatas angurah yang telah Engkau berikan kepada Aku dan Keluarga ku. Dengan kehadiran cahamata pertamaku, maka lengkaplah kehidupan aku sebagai salah seorang khalifah di muka bumi ini. Insyallah, akan aku cuba menjadi khaliffah yang terbaik. Amin.

Aku melanjutkan pelajaran aku di Universiti Malaya pada sesi semester 2 2010/2011. Pada semester 2 2010/2011, aku mengambil 3 subjek dan Alhamdullillah aku mendapat keputusan yang agak cemerlang, dan kemudia semasa cuti panjang aku mengambi satu subjek pada semester istmewa dan aku mendapat keputasn yang cemerlang. Syukur Alhamdullillah aku dapat menamatkan pengajian aku di Universiti Malaya dengan cemerlang dan paling aku gembira, sepanjang 2 tahun aku belajar disana aku dapat menerbitkan 5 kertas persidangan dan 1 artikel didalam Jurnal berimpak tinggi (MyPaper side). Ianya juga boleh dikatakan pencapaian yang agak cemerlang untuk diri aku sebagai Master student MLIS.. Terima Kasih yang tidak terhingga buat supervisor aku iaitu Dr Kiran Kaur yang banyak membimbing dan memberi banyak nasihat, galakan, dorongan serta bantuan kepada aku bagu menerbitkan penyelidkan aku...Jasa Dr amat saya hargai dan tidak akan  saya lupakan....Terima Kasih juga kepada rakan-rakan penyelidik lain iaitu Prof. Madya Dr Abrizah (UM-MLIS Lecturer), Prof. Madya Sabariah Haji Mahat (TR HEA UiTM Melaka), En Ab Malek (Pensyarah undang-undang uitm kbm), Puan Nor Hazidah (Pustakawan UM), Mahdad, Pn Siti Haidah, dan Cik Hazlin yang sama-sama membantu dalam memurnikan penyelidakan aku. Jasa kalian akan kukenang.. 

PGReS2011


My First Presentation at Symposium


My MLIS Friend
With Prof Gorman at Malacca

Insyallah aku akan cuba meningkatkan prestasi aku kerana aku inging melanjutkan pelajaran aku keperingkat yang lebih tinggi lagi kelak iaitu PhD. Insyallah Amin.

3 comments:

  1. Assalam...
    Sy nk tny, temuduga di taylor univ sukar tak? Sy ada interview d sana bln dpn, tapi rasa kurg yakin...

    ReplyDelete